Seorang pramugari warga China berusia 50 tahun yang mempelajari Bahasa Inggeris dan Bahasa Finland untuk meningkatkan prospek kerjayanya selepas dibuang kerja, dipuji sebagai inspirasi di media sosial.
South China Morning Post (SCMP) melaporkan, wanita itu mendapatkan pekerjaan sejurus dipecat dari Norwegian Air Shuttle, lapor South China Morning Post. Pramugari yang hanya dikenali dengan nama keluarganya Hu, tidak mahu mencari pekerjaan dengan syarikat penerbangan China yang tidak menggaji wanita berusia lebih 40 tahun. Sebaliknya, Hu ambil inisiatif belajar Bahasa Inggeris dan Bahasa Finland sebagai persediaan untuk menghadiri temuduga dengan syarikat penerbangan asing.
Difahamkan, Hu pernah berkhidmat selama enam tahun dengan syarikat penerbangan tambang rendah Norway, Norwegian Air Shuttle dan menerima banyak tawaran selepas dipecat. Kisah Hu tular di media sosial di China dan mendapat perhatian kerana peraturan umur yang diskriminasi terhadap wanita. Di bawah undang-undang buruh China, wanita yang terbabit dalam pekerjaan intensif fizikal bersara pada usia 50 tahun, manakala umur persaraan untuk lelaki lebih lewat iaitu 55 tahun. Umur persaraan adalah 55 untuk wanita dan 60 bagi lelaki, jika mereka bekerja dalam kerajaan, sekolah atau pengurusan. Syarikat penerbangan China pula menetapkan syarat untuk tidak mengambil wanita sebagai pramugari jika berumur lebih 40 tahun. Jika mereka mencapai umur ini semasa bekerja, pramugari wanita biasanya ditugaskan mengambil peranan lain, lapor SCMP. "Saya bersenam secara rutin dan bertegas untuk mengamalkan pemakanan sihat. Ini adalah sebab utama saya masih mampu mengendalikan pekerjaan ini yang memerlukan (kekuatan) fizikal dengan penerbangan selama berjam-jam," kata Hu dalam video yang ditonton lebih lima juta kali di platform media sosial China, Weibo. Usahanya untuk mencari pekerjaan pada akhir kariernya mencetuskan perdebatan di laman sosial mengenai had umur yang diskriminasi untuk kru kabin. "Sukar bagi seseorang yang berumur lebih 30 tahun untuk mencari pekerjaan di China. Mereka yang berumur 40 tahun ke atas dianggap sebagai orang tua oleh syarikat," tulis seorang di Douyin. Sementara itu, individu lain mengucapkan tahniah kepada Hu atas kerjaya baharunya dan menggelarnya sebagai suri teladan. Nama majikan baharu Hu tidak didedahkan dalam video itu namun mendedahkan sudah lapan bulan berkhidmat dengan syarikat penerbangan baharu itu. Sumber: Harian Metro |
sharlenetexas replied at 13-12-2022 11:22 AM
Nmpk lagi muda dari acik celine.
supernaturalee replied at 13-12-2022 11:28 AM
dh mmg lbh muda dr celine pun
ADVERTISEMENT