CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1186|Reply: 10

Pramugari China Jadi Suri Teladan Lepas Dapat Kerja Baru Sejurus Dipecat Kerana 'Terlalu Tua'

[Copy link]
Post time 13-12-2022 11:11 AM | Show all posts |Read mode
Seorang pramugari warga China berusia 50 tahun yang mempelajari Bahasa Inggeris dan Bahasa Finland untuk meningkatkan prospek kerjayanya selepas dibuang kerja, dipuji sebagai inspirasi di media sosial.


South China Morning Post (SCMP) melaporkan, wanita itu mendapatkan pekerjaan sejurus dipecat dari Norwegian Air Shuttle, lapor South China Morning Post.




Foto: Weibo




Pramugari yang hanya dikenali dengan nama keluarganya Hu, tidak mahu mencari pekerjaan dengan syarikat penerbangan China yang tidak menggaji wanita berusia lebih 40 tahun.


Sebaliknya, Hu ambil inisiatif belajar Bahasa Inggeris dan Bahasa Finland sebagai persediaan untuk menghadiri temuduga dengan syarikat penerbangan asing.


Difahamkan, Hu pernah berkhidmat selama enam tahun dengan syarikat penerbangan tambang rendah Norway, Norwegian Air Shuttle dan menerima banyak tawaran selepas dipecat.


Kisah Hu tular di media sosial di China dan mendapat perhatian kerana peraturan umur yang diskriminasi terhadap wanita.


Di bawah undang-undang buruh China, wanita yang terbabit dalam pekerjaan intensif fizikal bersara pada usia 50 tahun, manakala umur persaraan untuk lelaki lebih lewat iaitu 55 tahun.


Umur persaraan adalah 55 untuk wanita dan 60 bagi lelaki, jika mereka bekerja dalam kerajaan, sekolah atau pengurusan.


Syarikat penerbangan China pula menetapkan syarat untuk tidak mengambil wanita sebagai pramugari jika berumur lebih 40 tahun.


Jika mereka mencapai umur ini semasa bekerja, pramugari wanita biasanya ditugaskan mengambil peranan lain, lapor SCMP.




Foto: Weibo



"Saya bersenam secara rutin dan bertegas untuk mengamalkan pemakanan sihat. Ini adalah sebab utama saya masih mampu mengendalikan pekerjaan ini yang memerlukan (kekuatan) fizikal dengan penerbangan selama berjam-jam," kata Hu dalam video yang ditonton lebih lima juta kali di platform media sosial China, Weibo.


Usahanya untuk mencari pekerjaan pada akhir kariernya mencetuskan perdebatan di laman sosial mengenai had umur yang diskriminasi untuk kru kabin.


"Sukar bagi seseorang yang berumur lebih 30 tahun untuk mencari pekerjaan di China. Mereka yang berumur 40 tahun ke atas dianggap sebagai orang tua oleh syarikat," tulis seorang di Douyin.


Sementara itu, individu lain mengucapkan tahniah kepada Hu atas kerjaya baharunya dan menggelarnya sebagai suri teladan.


Nama majikan baharu Hu tidak didedahkan dalam video itu namun mendedahkan sudah lapan bulan berkhidmat dengan syarikat penerbangan baharu itu.




Sumber: Harian Metro








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2022 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Nmpk lagi muda dari acik celine.


Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2022 11:28 AM | Show all posts
sharlenetexas replied at 13-12-2022 11:22 AM
Nmpk lagi muda dari acik celine.

dh mmg lbh muda dr celine pun



Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2022 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 13-12-2022 11:28 AM
dh mmg lbh muda dr celine pun

Beza dua tahun je.

Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2022 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Pandai jaga body dia..cantik
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2022 11:42 AM | Show all posts
dia cantik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-12-2022 11:53 AM | Show all posts
nampak muda je....
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2022 04:36 PM | Show all posts
Selagi tulang herlok, maintain amik vit D boleh la fly setahun dua lagi. Kena rajin la cek total calcium, umur dah tua2 mcm ni bone density makin berkurangan. Tgk hakak michelle yeoh umur dah 60's, masih gagah. Sebab rajin martial art. Iols pula martial arts keyboard je. Tu pon tak grade2 lagi ahahahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2022 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Sewajarnya pekerja yang lebih berpengalaman ini lebih tenang, terlatih dan bersikap profesional dalam situasi di luar jangkaan.

Apatah lagi pekerjaan berisiko tinggi seperti ini.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2024 08:00 AM | Show all posts
Ðð ¥ðµ wåñ† mê †ð?
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2024 08:02 AM | Show all posts
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 11:35 PM GMT+8 , Processed in 0.097169 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list