Zahirah MacWilson, 27, menidakkan persepsi orang ramai dirinya sedang hamil selepas video berkongsi senarai nama kegemaran sekiranya dikurniakan anak perempuan tular dalam aplikasi TikTok.
Namun, kata isteri kepada pelakon Aiman Hakim Ridza bersyukur sekiranya dikurniakan rezeki memperoleh anak kedua. "Video ini hanya perkongsian mengenai cadangan nama dan saya berkongsi untuk berseronok. Jika ada, Alhamdulillah, kami tidak akan menolak rezeki. "Namun, setakat ini, saya belum hamil lagi. Sekarang, saya sedang fokus dengan kerjaya tetapi kalau ia terjadi (hamil), tak mengapa. "Saya dan Aiman serahkan pada rezeki. Kita boleh merancang, Allah juga menentukan. Jadi, apabila masa sesuai sudah tiba, insya-Allah," katanya kepada BH Online.
Zahirah berkata, dia kembali aktif berlakon selepas lebih dua tahun memperlahankan kerjaya lakonannya untuk fokus membesarkan anaknya, Isaac Raees. "Saya kembali aktif berlakon, sejak dua bulan lalu. Sebelum ini, saya banyak terima tawaran berlakon, tetapi saya mahu fokus kepada anak saya dan belum bersedia. "Sekarang, saya mula aktif memandangkan anak juga akan menginjak usia dua tahun, tidak lama lagi," katanya. Zahirah ditemui ketika menjalani penggambaran drama bersiri, Metro Crime Series: Siapakah Lelaki Itu? terbitan Razor's Edge Pictures di Balai Berita, Jalan Riong, Bangsar, semalam. Berkongsi lanjut mengenai drama diinspirasi menerusi kisah benar wartawan di Harian Metro, Zahirah berkata, dia teruja memandangkan ini adalah drama tempatan pertama yang mengangkat kisah wartawan.
|
bondeh replied at 13-12-2022 12:17 PM
Suka sheolls. Mommy moden tapi ada sikit traditional dan dia happy being mom takde gelupoh bagi stat ...
ADVERTISEMENT