CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wartawan Amerika Sokong LGBTQ Mati Ketika Buat Liputan Piala Dunia Qatar, Abangnya Syak Dia Dibunuh

11-12-2022 09:00 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 6395| Komen: 72



Doha: Wartawan bola sepak terkenal dari Amerika Syarikat (AS) yang lantang menentang penganjuran Piala Dunia di Qatar, Grant Wahl, meninggal dunia ketika membuat liputan pertandingan itu, hari ini.

Wahl, 48, dilaporkan rebah ketika membuat liputan aksi suku akhir antara Argentina dan Belanda sebelum dibawa ke hospital, namun tidak jelas di mana dia menghembuskan nafas terakhirnya.

Abangnya, Eric Wahl membuat pengumuman itu dalam video Instagram yang mana dia mendakwa abangnya "sihat" sebelum dia rebah secara tiba-tiba.



Eric juga percaya Grant dibunuh selepas dia baru-baru ini ditahan kerana memakai baju bendera pelangi semasa perlawanan pembukaan Amerika Syarikat menentang Wales.

"Nama saya Eric Wahl. Saya tinggal di Seattle, Washington. Saya abang Grant Wahl. Saya gay.

"Sayalah sebab dia memakai baju pelangi ke Piala Dunia. Abang saya sihat. Dia memberitahu saya dia menerima ugutan bunuh. Saya tidak percaya abang saya baru sahaja meninggal dunia. Saya percaya dia telah dibunuh. Dan saya hanya memohon sebarang bantuan," ujarnya di Instagram.

Untuk rekod, wartawan yang bekerja untuk CBS Sports itu pernah ditahan pada 21 November kerana memakai baju bendera pelangi semasa perlawanan di Stadium Ahmad bin Ali Qatar sebagai tanda solidariti kepada komuniti LGBTQ+.

Homoseksualiti adalah haram di Qatar.

Dia ditahan selama 30 minit tetapi akhirnya dibenarkan masuk ke stadium.

Bola sepak AS dalam satu kenyataan berkata, 'seluruh keluarga bola sepak AS patah hati dengan berita mengenai kehilangan Grant Wahl.

"Penyokong bola sepak dan kewartawanan di tahap tertinggi tahu yang kami selalu boleh bergantung kepada Grant bagi menyampaikan berita yang bermakna dan menarik mengenai bola sepak dan protagonis utamanya - pasukan, pemain, jurulatih serta banyak lagi personaliti yang membuatkan sukan ini tidak sama seperti sukan lain."

Komisioner MLS, Don Garber menciap: "Kami terkejut dan bersedih atas pemergian tragik Grant Wahl. Beliau seorang yang sangat baik hati dan mengambil berat dengan semangat dan dedikasi terhadap kewartawanan yang tidak tolok bandingnya." - CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wnwa05 11-12-2022 06:01 AM
Amboi..dah la kunyit tuduh adik kena bunuh pulak.nak burukkan qatar lah tu
Quote ladybugz 11-12-2022 06:32 AM
dah rebah sorg2 pun. nk tuduh ape lagi. dah la biadap masuk negara org duk langgar peraturan.
Quote gampang2 11-12-2022 06:47 AM
Maaf ye, org lgbt patut mati kerana merosakan dna keturunan dan lebih iblis
Sebab tu sodom mampus
Quote albedah 11-12-2022 07:35 AM
Berita ni hasil google translate ke
Quote missbigrockstar 11-12-2022 07:40 AM
Masuk negara org, hormat lah cara negara tu. Jgn ikut kepala sendiri. Lepas tu menuduh, speku adik dia kena hate crime
Quote bakingsoda 11-12-2022 07:43 AM
bertimpa2 kifarah berlaku di piala dunia germany, brazil, skrg wartawan nyit
Quote honeybee1802 11-12-2022 07:48 AM
Tetiba rebah sendiri?kalo kat sini jantung la..
Quote Minami2013 11-12-2022 07:56 AM
Nak kait kan islam dgn keganasan lah tu.

Tak payah lah nk overrrrr...
Quote becir 11-12-2022 07:59 AM
Takpe nanti blastoff masuk cakap vaccine penyebab
Quote ultra78 11-12-2022 07:59 AM
Orang nak tengok bola,kau sibuk nak bawa agenda lain.
Quote mejaputih 11-12-2022 08:00 AM
Kenapa tak kaitkan dgn vaksin...kohkoh
Quote Mopiko 11-12-2022 08:09 AM
Orang sibuk dengan world cup tak ada makna nak bunuh adik ko lah setakat pakai baju pelangi..sedap je buat fitnah.att seekers btol... Patut dah ngaku sebab ko adik ko tu pakai baju pelangi bawa2 taubat lah.ni nak bersyak buruk kat orang pulak mentang2 negara islam

Btw abang dia ni top ke bottom
Quote Mopiko 11-12-2022 08:13 AM
mejaputih replied at 11-12-2022 08:00 AM
Kenapa tak kaitkan dgn vaksin...kohkoh

Ntah2 antivaksin. adik dia mati cardiac arrest agaknya..kerja siang malam tak stop mmg risiko...
Quote mejaputih 11-12-2022 08:16 AM
Mopiko replied at 11-12-2022 08:13 AM
Ntah2 antivaksin. adik dia mati cardiac arrest agaknya..kerja siang malam tak stop mmg risiko...

Kan...mcm2 punca boleh jadi...most probably due to cardio aystem...
Quote Dwdrum 11-12-2022 08:18 AM
Edited by Dwdrum at 10-12-2022 04:22 PM

2 X 5 worldcup qatar ini.... Orang pergi untuk support sports dan die hard fan..... LGBT sibuk dengan agenda depa Qatar sibuk mahu promote agama....mahu hosting world event tidak perlu ada discrimination...
Quote FOTHER-MUCKER 11-12-2022 05:02 PM
Mana boleh bass masuk budaya luar ke negara arab akan dituduh kuranh ajar dan juga akan di ugut bunuh tetapi mereka tidak sedar apabila mereka datang ke negara orang dengan membawa budaya mereka. Jikakau dah taliban tu memang tak boleh buat apa lagi.
Quote fealefea 11-12-2022 05:12 PM
X de pekdah bunuh geng pelangi.
Quote JunkMail 11-12-2022 05:17 PM
Edited by JunkMail at 11-12-2022 05:18 PM

Omputih ni apa yang payah benar datang rumah org sebok nak ikut cara sendiri. Kau tak paham erti respect ke? Tetamu buat cara tetamu.. nak jugak paksa tuan rumah ikut kehendak kau. Yihhhhhh.. nak tengok bola buat cara nak tengok bola..sebuk dgn agenda terpaling suci kau tu.

Ni macam spesis  traveller yang suka berbogel kat sacred place negara org lah.. konon terpaling woke.
Quote Babai 11-12-2022 05:19 PM
JunkMail replied at 11-12-2022 05:17 PM
Omputih ni apa yang payah benar datang rumah org sebok nak ikut cara sendiri. Kau tak paham erti res ...

Itu mencari maut namanya

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 10:51 PM GMT+8 , Processed in 0.225189 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top