Fareed menyangkal dakwaan kononnya hubungan K-Clique dengan Tuju bergolak sehingga menyebabkan dia menjauhkan diri daripada mereka. Sebaliknya, Fareed atau Fareed Saddi, 28, menjelaskan K-Clique masih bersama sebagai sebuah kumpulan, namun Tuju mengambil keputusan untuk memberi fokus kepada keluarga buat masa ini.
"Dalam sebuah keluarga itu jika ada pertelingkahan di antara adik-beradik perkara biasa, tetapi kami masih bersama sebagai K-Clique. "Cuma Tuju buat masa ini mahu memberi fokus kepada keluarga dan kami sepakat memberi dia peluang untuk berbuat demikian," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Fareed memberitahu kali terakhir dia berkomunukasi dengan Tuju adalah sekitar Mei lalu dan ketika itu penyanyi rap berkenaan meluahkan hasrat berkenaan.
Bagaimanapun katanya, sejak itu mereka tidak berhubung atau bertanya khabar tentang keadaan masing-masing. "Insya Allah kalau dia sudah bersedia, kami sentiasa mengalu-alukan kehadirannya dan dia boleh telefon saya," katanya. Tambah Fareed, K-Clique juga sedang merancang sesuatu buat peminat yang akan diumumkan tidak lama lagi. Namun sebelum itu, Fareed memberitahu dia akan memberi fokus kepada program Famili Duo yang bakal memperlihatkan dia bergandingan dengan abangnya iaitu penyanyi Sabhi Saddi. Kata Fareed, dia teruja menyertai pertandingan tersebut kerana sudah lama mengimpikan untuk bergandingan dengan Sabhi di atas pentas sama. "Famili Duo bakal memperlihatkan saya bakal bekerjasama dengan abang sendiri buat kali pertama dan saya cukup teruja dapat berkongsi pentas dengannya. "Seperti mana peserta lain, kami juga berharap dapat mara ke peringkat final dan menjuari pertandingan tersebut," katanya. Sumber: mStar |
helicornia replied at 8-12-2022 08:22 PM
Sabhi sadhi penah join GV tk
ADVERTISEMENT