CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1609|Reply: 7

Telefon Je Saya - Fareed K-Clique Dedah Cerita Sebenar Lama 'Lost Contact' Dengan Tuju

[Copy link]
Post time 7-12-2022 09:00 PM | Show all posts |Read mode
Fareed menyangkal dakwaan kononnya hubungan K-Clique dengan Tuju bergolak sehingga menyebabkan dia menjauhkan diri daripada mereka.


Sebaliknya, Fareed atau Fareed Saddi, 28, menjelaskan K-Clique masih bersama sebagai sebuah kumpulan, namun Tuju mengambil keputusan untuk memberi fokus kepada keluarga buat masa ini.




IG Tuju/Fareed




"Dalam sebuah keluarga itu jika ada pertelingkahan di antara adik-beradik perkara biasa, tetapi kami masih bersama sebagai K-Clique.


"Cuma Tuju buat masa ini mahu memberi fokus kepada keluarga dan kami sepakat memberi dia peluang untuk berbuat demikian," katanya kepada mStar.


Dalam pada itu, Fareed memberitahu kali terakhir dia berkomunukasi dengan Tuju adalah sekitar Mei lalu dan ketika itu penyanyi rap berkenaan meluahkan hasrat berkenaan.


Bagaimanapun katanya, sejak itu mereka tidak berhubung atau bertanya khabar tentang keadaan masing-masing.




mStar




"Insya Allah kalau dia sudah bersedia, kami sentiasa mengalu-alukan kehadirannya dan dia boleh telefon saya," katanya.


Tambah Fareed, K-Clique juga sedang merancang sesuatu buat peminat yang akan diumumkan tidak lama lagi.


Namun sebelum itu, Fareed memberitahu dia akan memberi fokus kepada program Famili Duo yang bakal memperlihatkan dia bergandingan dengan abangnya iaitu penyanyi Sabhi Saddi.


Kata Fareed, dia teruja menyertai pertandingan tersebut kerana sudah lama mengimpikan untuk bergandingan dengan Sabhi di atas pentas sama.







"Famili Duo bakal memperlihatkan saya bakal bekerjasama dengan abang sendiri buat kali pertama dan saya cukup teruja dapat berkongsi pentas dengannya.


"Seperti mana peserta lain, kami juga berharap dapat mara ke peringkat final dan menjuari pertandingan tersebut," katanya.




Sumber: mStar








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2022 03:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok….        
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 08:03 AM | Show all posts
amboi, basah lencun baju noki yaaa..
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 10:48 AM | Show all posts
Ko sapa noks.. ko sebut nama abg ko baru meolss tau eh
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
moga yang baik baik buat tuju dan semua ahli kumpulan yang lain
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 08:22 PM | Show all posts
Sabhi sadhi penah join GV tk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-12-2022 11:24 PM | Show all posts
helicornia replied at 8-12-2022 08:22 PM
Sabhi sadhi penah join GV tk

Pernah dgn one nation mc
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Pelik dhlaa satu ahli group..takkan xde group wasap plak? Group ngaji pn ada group wasap sendiri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 02:58 PM GMT+8 , Processed in 0.047889 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list