CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Berpangkat Kapten Didenda Halang Laluan Ambulans

7-12-2022 08:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1237| Komen: 4

Netizen di Thailand meluahkan rasa berang selepas satu rakaman video di media sosial menunjukkan sebuah trak pikap menghalang laluan sebuah ambulans yang membawa seorang pesakit ke sebuah hospital di wilayah Nakhon Ratshasima, lapor portal berita Thaiger semalam.


Siasatan mendapati pemandu trak pikap itu sebenarnya ialah seorang pegawai polis berpangkat Kapten di Balai Polis Dan Khun Thot menyebabkan dia didenda sebanyak 500 baht (RM62.85) kerana melanggar Akta Trafik Jalan Raya (1979).


Thaiger

Pemandu ambulans itu, Worawut Naebchid iaitu seorang anggota sukarelawan dari Yayasan Sawangwitcha Dhammasathan menceritakan situasi yang sebenarnya tentang kejadian tersebut.

Pada pagi Ahad, katanya, dia dimaklumkan oleh pusat penyelamat bahawa terdapat seorang wanita berusia 73 tahun berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di Kampung Ban Khok Sanga. 


Pasukan penyelamat bergegas ke tempat kejadian tetapi anggota-anggotanya tidak berjaya untuk menyedarkan pesakit itu dan dia perlu dihantar ke hospital dengan segera.

Semasa dalam perjalanan, berhampiran Pasar Segar Mittraphap, ambulans yang dipandunya dihalang oleh trak pikap Ford walaupun dia menghidupkan siren dan lampu kecemasan.

Trak pikap itu berhenti di lampu merah dan ia turut menyebabkan ambulans tersebut tidak dapat meneruskan perjalanannya.

Walaupun sudah membuat pengumuman meminta pemandu Ford itu memberikan laluan kepada kenderaan itu kerana terdapat pesakit dalam keadaan kritikal di dalamnya, trak pikap berkenaan masih lagi tidak berganjak daripada kedudukannya. 


Sumber: Kosmo





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 7-12-2022 09:00 PM
Sedihnya. Kalau tadi nenek tu emak si kapten, mungkin dia dah mengamuk
Quote esbok 8-12-2022 10:44 AM
murahnya denda
Quote boo08 5-12-2024 08:10 AM
Ðð ¥ðµ wåñ† mê †ð?
Quote boo04 9-12-2024 08:12 AM
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 10:41 AM GMT+8 , Processed in 0.079003 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top