CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Putra Amaris Dituduh Berlagak Bujang, Sorok Anak Dan Isteri

7-12-2022 06:51 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2571| Komen: 20

Putra Amaris mempunyai sebab tersendiri apabila jarang berkongsi gambar isteri dan anaknya di laman sosial.

Katanya, keputusan itu dibuat bukan kerana dia mahu berlagak bujang, sebaliknya keluarganya selesa menjalani kehidupan tanpa terlalu menjadi perhatian umum.


Amaris yang mendirikan rumah tangga dengan Syazwani Alias, lima tahun lalu, turut bersyukur dikurniakan isteri yang memahami.

Foto: IG

“Alhamdulillah, kehidupan kami bahagia dengan dilengkapi kehadiran anak yang comel. Cuma, saya tidak selesa untuk terlalu berkongsi hal peribadi di laman sosial.

“Saya tiada masalah jika sesekali berkongsi mengenai isteri dan anak, tetapi ada batasnya. Saya tidak tahu orang lain, mungkin mereka ada pendekatan tersendiri dalam hal ini.


“Apa yang penting, isteri lebih mengenali siapa saya berbanding orang luar. Jadi, saya tidak perlu takut dengan persepsi orang lain,” katanya.




Ditanya mengenai kehilangannya dari dunia seni, Amaris, 37, berkata dia masih menerima tawaran dan bersyukur diberikan ruang untuk terus berkarya.

Namun, minat itu terpaksa diperlahankan kerana mahu memberi fokus kepada perniagaan yang sedang diusahakan.

“Insya-Allah, awal tahun depan saya akan kembali sibuk dengan beberapa produksi, termasuk di Indonesia dan Brunei,” jelasnya.

Berkongsi mengenai pembukaan Rumah Artis yang baru dilancarkan, Amaris berkata, dia memilih perniagaan hiasan dalaman kerana ia kini menjadi minat ramai.



“Sudah lama saya minat bidang ini dan apabila berpeluang menceburkan diri, saya sangat bersyukur. Apabila bercakap mengenai dekorasi, ramai membayangkan ia memerlukan perbelanjaan  besar.

“Di Rumah Artis, kami cuba merealisasikan impian mereka yang menginginkan dekorasi mewah pada harga berpatutan. Selain perabot, terdapat juga fabrik dan pelbagai barangan yang menjadi pilihan penggemar hiasan dalaman.

“Dalam setiap perniagaan yang saya usahakan, fokusnya tetap sama iaitu ingin berkongsi dengan mereka yang kurang bernasib baik melalui Gerakan Infaq yang dimulakan bersama isteri sejak beberapa tahun lalu,” katanya. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rayna_raynes 7-12-2022 07:09 PM
Radar meols berdenting tengok sheols
Quote shernazz 7-12-2022 09:51 PM
Ye la bang meran   
Quote amyfaha 7-12-2022 10:55 PM
Indon lah, brunai lah. Kepala nenek dia
Quote slyfynx 8-12-2022 12:15 AM
AMRan ISmail.
Celah mana dtg Putera nye.
Quote doubleharmonic 8-12-2022 01:24 AM
ko ialah sape babi? ko sorok ke tak sorok anak bini pon takde beza sebab ko memang tak dikenali pon hah babi?
Quote LadyCarefree 8-12-2022 03:28 AM
netizen ada yg nak semua gambar ahli keluarga ada kat IG kah? some people mmg xsuka gambar mereka ada kat medsos apatah lg medsos celeb/instapemes.
Quote CauPandin 8-12-2022 06:16 AM
nak jugakkkkkkk
Quote hotmak 8-12-2022 06:25 AM
oh patutlah nampak dia bergambar dgn sorang ustaz tahfiz ni, ada perempuan pegang tangan dia, terkejutlah juga sebab ingatkan ‘bengkok’ rupanya suami org
Quote DeLuna85 8-12-2022 07:02 AM
Kalau aku jadi bini aku akan kecil hati kalau suami aku berlagak bujang. Betul ke ayat aku ni. Aku nak jugak dia up gambar aku.
Quote cikatilia 8-12-2022 09:51 AM
gaydarrr berdegup kencang
Quote supernaturalee 8-12-2022 09:53 AM
video workout tu berapa kilo pny berat tu
nmpk senang sgt
tgk kt biseps tu mcm xde pressure langsung

gitu komen org tgh workout
Quote prince_marhaen 8-12-2022 10:15 AM
...Cuma, saya tidak selesa untuk terlalu berkongsi hal peribadi di laman sosial....


Alahhhhhhhhhh nokkkkk.....nak jaga hati PARTNER kannn??? AHAHHAHAHA... Sooo lame ye bila fefonen PLU nak coverina alasan tak share gambar anak bini... takut market jatuh nak DM DM flirting kat socmed kan...

Dulu tokvida pun kau layankan kan...asal mendapat untunggg... ehehehehehe
Quote GreySuede 8-12-2022 10:18 AM
Amran kok jadi amaris?? Huhu
Quote mizzmimi 8-12-2022 10:24 AM
Cantik juga wifeynya.. harap2 heols setia to wife and marriage and no noknok activities anymore walopon gaydar cap ayam iols berdenting jugak le melihat.. bagus la jaga privacy wife & kids..
Quote ReginaGeorge 8-12-2022 10:45 AM
Klu benar seperti yg dikatakan, wow... laki mcm ni la yg jadi impian. Handsome, charming, kayo, gentelmen, loving...
Tapi kan, ada yg tak post muka anak bini tu sebab takut perasaan gf terguris Ataupon bflgbt
Quote laksmanabentan 8-12-2022 11:04 AM
hahahhahaa... Putera la sgt....

MERAN MAIL.. itu haaa nama sebenar...
Quote rosedemon 8-12-2022 11:14 AM
papelah amaris geli tgk muka uol
Quote KamikuP 8-12-2022 02:56 PM
doubleharmonic: ko ialah sape babi? ko sorok ke tak sorok anak bini pon takde beza sebab ko memang tak dikenali pon hah babi?


Dulu dia adalah kuli kepada Tok Vida sebelum datangnya Iqbal lembam

Quote becir 8-12-2022 06:44 PM
Ni sama kes ngan Remy la..dah kawen bini macam tak wujud..

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 05:25 AM GMT+8 , Processed in 0.082089 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top