CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Arja Lee Dah Tak Minat Dunia Glamour, Seronok Duduk Kelantan Sebab Jimat Kos

7-12-2022 06:47 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5594| Komen: 49

Description: Sejak bergelar seorang pensyarah di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) tahun lalu, pelakon Arja Lee mengambil keputusan meninggalkan bidang seni bagi membolehkan dia memberi tumpuan kepada karier baha ...
Sejak bergelar seorang pensyarah di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) tahun lalu, pelakon Arja Lee mengambil keputusan meninggalkan bidang seni bagi membolehkan dia memberi tumpuan kepada karier baharunya itu.


Arja atau Azharudin Ramli, 39, berkata, dia tidak mahu lagi terbabit dalam dunia glamour sebagai seorang selebriti dan lebih tenang menjalani kehidupan tanpa sebarang kontroversi di Kelantan.

Foto: IG

"Alhamdulillah saya selesa dengan kehidupan saya sekarang... ada pekerjaan tetap dan paling penting ada pendapatan bulanan yang tak perlu saya risau setiap bulan.

"Dekat sini saya mahu menjalani hidup tenang dan bebas daripada sebarang kontroversi sebagai seorang selebriti.

"Disebabkan itu, saya mengambil keputusan tinggalkan bidang seni buat masa ini bagi memberi tumpuan kepada tanggungjawab sebagai seorang pensyarah yang turut memerlukan komitmen tinggi," katanya kepada mStar.



Dalam pada itu, Arja berkata, dia semakin seronok dan selesa menetap di Kelantan memandangkan kos sara hidup yang jauh lebih rendah berbanding di Kuala Lumpur.

Kehidupannya bukan sahaja lebih sederhana tetapi tenang tanpa sebarang gangguan selain tidak lagi memikirkan kehidupan 'glamour' sebelum ini.

"Kos sara hidup di Kelantan lebih rendah dan saya tidak lagi perlu memikirkan hal-hal berkaitan dunia hiburan. Fokus saya sekarang adalah terhadap pekerjaan sebagai pensyarah dan mendidik anak bangsa," jelasnya.



Sementara itu, Arja berkata, bekerja sebagai pensyarah bukan kebetulan tetapi sejak dahulu lagi dia memang menyimpan impian untuk bergelar seorang pendidik.

Kata Arja, dia bersyukur impian melanjutkan pengajian seterusnya diterima sebagai pensyarah terlaksana dan akan menggunakan ilmu dan pengalaman sebagai pelakon sebelum ini untuk dicurahkan kepada pelajar di universiti.



Dalam perkembangan lain, Arja memberitahu bakal menyambung pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) tidak lama lagi.

Pelakon filem Anu Dalam Botol itu juga baharu sahaja menamatkan pengajian di peringkat Sarjana Pengajian Persembahan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote elnor_81 7-12-2022 08:10 PM
Salute aa dia ni...
Quote somaki 7-12-2022 08:11 PM
Dia ni duduk kat rumah pakcik iols nuu di kelantan.
Quote green~tea 7-12-2022 08:19 PM
Ooo dah berhijrah ke kelantan.. before covid pernah le gi dance studio.. ada dia dgn geng2.. pandai jugak dia ni dancing..
Quote GreySuede 7-12-2022 08:25 PM
Betul....yg pntg ada fix income tetiap bulan. Tahniah arja.
Quote Meiizu 7-12-2022 08:40 PM
Eloklaa bagus ada keje tetap
Quote ketupatnasi 7-12-2022 08:45 PM
Tak pe la bukan pensyarah terpaling kanan pun..... Yang penting bukan shop lot college sis
Quote peachnfamous 7-12-2022 08:58 PM
baru kahwin ke dia? nmpk inai kat 3 jari.
Quote sharlenetexas 7-12-2022 09:10 PM
somaki replied at 7-12-2022 08:11 PM
Dia ni duduk kat rumah pakcik iols nuu di kelantan.

Taman apa? Kampus bachok ke? Ke pengkalan chepa?

Quote Nham22 7-12-2022 09:58 PM
Seronok tgm artis berhijrah
Quote anony-mous 7-12-2022 10:01 PM
Bagus la dia ni. Xsangka nmpk cenggitu tp bijak. I sokong. Fikir masa depan
Quote naina 7-12-2022 10:01 PM
Bestnya. Rindu zaman belajar dan konvo. Aku memang ada hasrat nak sambung belajar. Tapi dengan anak2 kecik skng ni memang taklah..nanti nak ambik pendidikan jugaklah.
Quote syamzana 7-12-2022 10:02 PM
sharlenetexas replied at 7-12-2022 09:10 PM
Taman apa? Kampus bachok ke? Ke pengkalan chepa?

umk ada byk kampus ke? ingatkan kat jeli tu je?
Quote sharlenetexas 7-12-2022 10:04 PM
syamzana replied at 7-12-2022 10:02 PM
umk ada byk kampus ke? ingatkan kat jeli tu je?

Kampus induk kat bachok. Pengkalan chepa keusahawanan dan veterinar.

Quote Honey_Inara 7-12-2022 10:10 PM
Wow tak tahu pula arja ni educated rupanya.. tahniah
Quote missyL 7-12-2022 10:29 PM
Bgs nye
Xthu die pensyarah
Elok jgk tu.
Quote insyi81 7-12-2022 10:37 PM
okla tu just do what makes you happy
Quote mawardia 7-12-2022 10:37 PM
Keputusan yang terpaling tepat u ols buat ni, Ja.
Sukses selalu yahh.
Quote Tunan 8-12-2022 12:30 AM
Suka sgt heols dalam Anu dalam botol
Sedihhhh
Quote August 8-12-2022 08:39 AM
Dia bff dgn Dr Norzizi zulkifli Zain

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:29 PM GMT+8 , Processed in 0.066757 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top