Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah binti Sultan Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Tunku Aminah merupakan anakanda kedua dan puteri tunggal bagi pasangan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah.
Baru-Baru ini, tular di tiktok video makeup Tunku Aminah yang dimuat naik oleh akaun @babarabeer yang telah berjaya mencuri perhatian para netizen dengan kecantikannya. Dalam video yang dimuatnaik, terlihat begitu cantik dan anggun wajah Tunku Aminah hasil sentuhan makeup daripada Babarabeer. Pada kapsyen video tersebut, dia mengatakan makeup yang dikenakan pada Tunku Aminah sangat cantik.
Di ruangan komen tersebut, rata-rata netizen memuji kecantikan Tunku dan ada juga yang mengatakan wajahnya kelihatan seperti orang Thailand. Netizen turut teruja melihatnya setelah sekian lama tidak tahu perkembangan Tunku selepas Tunku menghapuskan sosial medianya. "Masya’allah TTA Princess Johor paling cantikkkkk." "Sejak Tunku Aminah ni takde Instagram, susah nak tau perkembangan dia. So bila ada muka dia naik kat mana-mana sosial media excited weh!" Sekadar info, Baginda telah mengeluarkan rangkaian set penjagaan kulit iaitu “Luvins The Royal Art of Beauty” yang dibuat khusus bagi setiap wanita tanpa mengira had umur. “Luvins” berasal daripada perkataan “Luv Ina”. Produk ini dicetuskan oleh baginda sendiri dan sebagai tanda kasih dan sayang kepada para pengguna produk tersebut. Produk ini juga telah dikilangkan di Mum Bio-Cos Manufacturing di Johor Bahru. -CARI Sumber: Murai.my
|
stingergrumpy replied at 7-12-2022 06:20 PM
Rakyat teloq tengah kekurangan, the last they want to be reading adaler ttg perkara kayangan macam n ...
purplelilac replied at 7-12-2022 06:35 PM
Rakyat marhaen ramai lg cantik tau, cuma bukan kerabat je hehe
otai_g replied at 7-12-2022 06:38 PM
Ini 2 bnd yg berbeza la bro. X kan psl telor kurang ko x nak tgk tv, baca mastika, isap shisha?
purplelilac replied at 7-12-2022 05:35 PM
Rakyat marhaen ramai lg cantik tau, cuma bukan kerabat je hehe
green~tea replied at 7-12-2022 06:39 PM
Tp ayat deme tu dah betull...
Princess johor paling cantik (comparison among princesses of johor ...
lilacomot replied at 7-12-2022 06:49 PM
Kecantikan mak dia x menurun kt anak
dani-rox replied at 7-12-2022 07:10 PM
di kalangan princess johor, maksudnya termasuk yg bekas sekali mcm acik dengki?
alesandra replied at 7-12-2022 07:15 PM
Muka pun muka belah2 bapak
ADVERTISEMENT