CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mengaku Bujang, Akhirnya Kantoi Dah Ada Dua Anak, "Patutlah Call Guna IG Je"

7-12-2022 05:30 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2697| Komen: 19

Remuk hati seorang wanita apabila mendapat tahu ‘teman lelakinya’ yang disangka bujang ternyata sudah beristeri dan memiliki dua orang cahaya mata.

Pendedahan tersebut dikongsikan oleh seorang wanita berkenaa menerusi hantaran di media sosial TikTok miliknya, @dalilifatini.


Foto: Tiktok

“Saya dapat merasakan bahawa dia sebenarnya sudah memiliki pasangan tetapi masih tidak dapat membuktikan firasat tersebut kerana nama yang digunakannya bukanlah nama sebenar.

“Berbekalkan bantuan ibu, pada akhirnya saya mendapat tahu namanya yang sebenar, ” jelasnya yang bertindak meninggalkan lelaki tersebut lantaran merasa kasihan dengan isteri dan anak-anaknya

Tambahnya, semua gambar-gambar dapat diperolehi dengan mudah menerusi Facebook dan lain-lain aplikasi kerana sudah tahu akan nama sebenarnya sekali gus mendedahkan kebenaran ternyata rupa-rupanya dia sudah berkhawin dan memiliki anak.



Menurutnya, perkenalan mereka pada awalnya bermula menerusi sebuah aplikasi di media sosial dan berterusan hingga ke realiti.

“Dia sentiasa menemani saya contohnya pergi berjogging, mengajak keluar, berhubung menggunakan panggilan video di Instagram, sering melawat di kampus, membelikan bunga sewaktu hendak menjawab ujian serta selalu memuat naik kata-kata rindu di Instagram dan sebagainya,” katanya.

Ujarnya, lelaki tersebut sudah merayu dan meminta maaf kepadanya serta dia berharap agar individu tersebut benar-benar menyesal atas tindakannya dan boleh berubah ke arah yang lebih baik.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan simpati mereka terhadap wanita tersebut dan memuji tindakan yang dilakukannya.

“Terima kasih kerana menjaga perasaan isteri dan anak-anaknya. Semoga ada yang lebih baik untuk anda,” komen seorang pengguna TikTok.

“Tahniah. Anda wanita yang bijak dan baik. Semoga dipertemukan dengan jodoh yang lebih baik,” puji netizen lain pula.

Dalam pada itu, wanita berkenaan sempat meninggalkan pesanan kepada para wanita di media sosial berkenaan agar bertindak menyelidik latar belakang seseorang itu terlebih dahulu agar kesilapannya tidak berulang kepada mereka. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagnaklcc 7-12-2022 05:37 PM
Rajinnya mak bdk ni nak tolong invistigate. Kalau mak i, awal2 dah nampak red flag mesti dah bebel bising suruh jgn kwn dah.

Laki kalau byk alasan, takleh commit selalu elak2, selalunya dah ada org lain.
Quote che-cikL 7-12-2022 05:38 PM
So, isu semasanya, apa?
Quote otai_g 7-12-2022 05:40 PM
Kalo btl kesiankan isteri dan anak lelaki itu kenalah saling bantu membantu. Yg berat sama dipikul, yg ringan sama dijinjing
Quote CiliPadiSedap 7-12-2022 05:58 PM
Mak budak ni patut pelangkung friska sebab sondol suami orang[em:4:]
Quote pocongkiutss 7-12-2022 06:01 PM
Bagus budak ni..ada pompuan yg bila mak dia siasat n tunjuk kebenaran..dia buat mak dia cam musuh pulak nk halang chenta jagung dia
Quote Prickford 7-12-2022 06:05 PM
Iolls dulu penah kenal sorang brader ni, melalui online la. Cuma iolls pelik dia kata kalau apa2 jangan wasap, just hantar SMS. Wakluuu dah tahun berapa nak ber SMS. Masa tu wasap dah ada & tengah mendonia. Pastu tak bagi tahu nama betul2. Kemain ajak kuar dating pegi makan. Ok, iolls pon set. Pegi mall yg ramai orang utk makan, yela takut apa2 jadi kan.  After dating, iolls balik, iolls siasat heolls melalui baju yg heolls pakai. Pakai baju local brand apa tah. Mmg cantik la brand tu tag dia dekat IG. Nama kat IG sama plak kat FB. Amik kau dah kawin anak 3! Anak ke-3 plak baru je lahir..Allahuuu. Iolls confront dia & terus cauuu. Meratap hiba merayu bagi chance. Pegi mampos! Iolls boleh hepi2 cari yg bujang lepas tu.
Quote imransulaiman 7-12-2022 09:08 PM
Harap belum terlanjur...
Quote rosedemon 8-12-2022 10:40 AM
kahkah syiannnn laki sape la agaknya tu
Quote tri-max 8-12-2022 05:11 PM
begitu syulit lupakan raihan... apalagi raihan sangat baekkkkkk
suami org - 1
bujang - 0

Quote LoveSungmin 8-12-2022 06:27 PM
baru i tau kat ig boleh vc
Quote syamzana 8-12-2022 06:37 PM
LoveSungmin replied at 8-12-2022 06:27 PM
baru i tau kat ig boleh vc

aku pun baru tau. tang mana button call tu nati nak godek la.
byk betul medium perhubungan skrg, mudah nak skandal
Quote boo08 5-12-2024 08:12 AM
Ðð ¥ðµ wåñ† mê †ð?
Quote Tinot7 5-12-2024 08:21 AM
LoveSungmin replied at 8-12-2022 06:27 PM
baru i tau kat ig boleh vc

Vc maknanya voicecall ka bideocall?
Quote Lunchbox 5-12-2024 08:37 AM
Apehal semua berita tahun 2022 naik balik ni? Ko ni sapa boo08? Konspirasi nak tutup kes vivik atau kes gomen nuart ha?
Quote n3ar 5-12-2024 11:03 AM
isu nya ramai sangat andartu & janda sekarang..

kawen tak sampai 3,4 tahun, jadi janda...

ada pounder SSKJP aku tgok sllu promote produk ni, dah kawen, cerai anak sorang...kawen balik,ingat dah ok la,lepas hampir 2 tahun dapat baby, tgok2 komplen lak dlm media sosial suami curang la apa...ni pun tak lama gamaknya..

awek ig, threads berlambak2 duk jualan murah nak cari calon suami, yg single mom pun berderet2 show off gambar macam2 posing..

mana laa suami2 orang ni kopiah atas kepala tak terbang bila tengok



Quote pocongkiutss 5-12-2024 11:07 AM
lasagnaklcc replied at 7-12-2022 05:37 PM
Rajinnya mak bdk ni nak tolong invistigate. Kalau mak i, awal2 dah nampak red flag mesti dah bebel b ...

Iols rasa bagus mak dia wat camtu

Kalau main halang je..bukan budak2 ni nak percaya khen..chenta jagung dihalang ibu kejam katanyeh

Apapun pd adik ni..terima kasih kerana tak melayan jantan ni & percaya kepada ibu anda.. semoga dpt jodoh yg berganda2 lebih baik..aminn
Quote pocongkiutss 5-12-2024 11:10 AM
Prickford replied at 7-12-2022 06:05 PM
Iolls dulu penah kenal sorang brader ni, melalui online la. Cuma iolls pelik dia kata kalau apa2 jan ...

Wah..tak terfikir menyiasat guna cara ini..hebat2
Quote ajinomotonosuga 5-12-2024 12:24 PM
lasagnaklcc replied at 7-12-2022 05:37 PM
Rajinnya mak bdk ni nak tolong invistigate. Kalau mak i, awal2 dah nampak red flag mesti dah bebel b ...

napa mak tak kasik jadi madu ..klo dia dah de bini?

mono poly trio quadro just nomo jek

ciannn dak pompuan tadak laki..sedih taw
Quote boo04 9-12-2024 08:13 AM
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 10:43 AM GMT+8 , Processed in 0.076346 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top