View: 2059|Reply: 19
|
Mengaku Bujang, Akhirnya Kantoi Dah Ada Dua Anak, "Patutlah Call Guna IG Je"
[Copy link]
|
|
Remuk hati seorang wanita apabila mendapat tahu ‘teman lelakinya’ yang disangka bujang ternyata sudah beristeri dan memiliki dua orang cahaya mata.
Pendedahan tersebut dikongsikan oleh seorang wanita berkenaa menerusi hantaran di media sosial TikTok miliknya, @dalilifatini.
 Foto: Tiktok
“Saya dapat merasakan bahawa dia sebenarnya sudah memiliki pasangan tetapi masih tidak dapat membuktikan firasat tersebut kerana nama yang digunakannya bukanlah nama sebenar.
“Berbekalkan bantuan ibu, pada akhirnya saya mendapat tahu namanya yang sebenar, ” jelasnya yang bertindak meninggalkan lelaki tersebut lantaran merasa kasihan dengan isteri dan anak-anaknya
Tambahnya, semua gambar-gambar dapat diperolehi dengan mudah menerusi Facebook dan lain-lain aplikasi kerana sudah tahu akan nama sebenarnya sekali gus mendedahkan kebenaran ternyata rupa-rupanya dia sudah berkhawin dan memiliki anak.
Menurutnya, perkenalan mereka pada awalnya bermula menerusi sebuah aplikasi di media sosial dan berterusan hingga ke realiti.
“Dia sentiasa menemani saya contohnya pergi berjogging, mengajak keluar, berhubung menggunakan panggilan video di Instagram, sering melawat di kampus, membelikan bunga sewaktu hendak menjawab ujian serta selalu memuat naik kata-kata rindu di Instagram dan sebagainya,” katanya.
Ujarnya, lelaki tersebut sudah merayu dan meminta maaf kepadanya serta dia berharap agar individu tersebut benar-benar menyesal atas tindakannya dan boleh berubah ke arah yang lebih baik.
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan simpati mereka terhadap wanita tersebut dan memuji tindakan yang dilakukannya.
“Terima kasih kerana menjaga perasaan isteri dan anak-anaknya. Semoga ada yang lebih baik untuk anda,” komen seorang pengguna TikTok.
“Tahniah. Anda wanita yang bijak dan baik. Semoga dipertemukan dengan jodoh yang lebih baik,” puji netizen lain pula.
Dalam pada itu, wanita berkenaan sempat meninggalkan pesanan kepada para wanita di media sosial berkenaan agar bertindak menyelidik latar belakang seseorang itu terlebih dahulu agar kesilapannya tidak berulang kepada mereka. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Rajinnya mak bdk ni nak tolong invistigate. Kalau mak i, awal2 dah nampak red flag mesti dah bebel bising suruh jgn kwn dah.
Laki kalau byk alasan, takleh commit selalu elak2, selalunya dah ada org lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo btl kesiankan isteri dan anak lelaki itu kenalah saling bantu membantu. Yg berat sama dipikul, yg ringan sama dijinjing  |
|
|
|
|
|
|
|
Mak budak ni patut pelangkung friska sebab sondol suami orang[em:4:] |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus budak ni..ada pompuan yg bila mak dia siasat n tunjuk kebenaran..dia buat mak dia cam musuh pulak nk halang chenta jagung dia |
|
|
|
|
|
|
|
Iolls dulu penah kenal sorang brader ni, melalui online la. Cuma iolls pelik dia kata kalau apa2 jangan wasap, just hantar SMS. Wakluuu dah tahun berapa nak ber SMS. Masa tu wasap dah ada & tengah mendonia. Pastu tak bagi tahu nama betul2. Kemain ajak kuar dating pegi makan. Ok, iolls pon set. Pegi mall yg ramai orang utk makan, yela takut apa2 jadi kan. After dating, iolls balik, iolls siasat heolls melalui baju yg heolls pakai. Pakai baju local brand apa tah. Mmg cantik la brand tu tag dia dekat IG. Nama kat IG sama plak kat FB. Amik kau dah kawin anak 3! Anak ke-3 plak baru je lahir..Allahuuu. Iolls confront dia & terus cauuu. Meratap hiba merayu bagi chance. Pegi mampos! Iolls boleh hepi2 cari yg bujang lepas tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Harap belum terlanjur...  |
|
|
|
|
|
|
|
kahkah syiannnn laki sape la agaknya tu |
|
|
|
|
|
|
|
begitu syulit lupakan raihan... apalagi raihan sangat baekkkkkk 
suami org - 1
bujang - 0
|
|
|
|
|
|
|
|
baru i tau kat ig boleh vc  |
|
|
|
|
|
|
|
LoveSungmin replied at 8-12-2022 06:27 PM
baru i tau kat ig boleh vc
aku pun baru tau. tang mana button call tu nati nak godek la.
byk betul medium perhubungan skrg, mudah nak skandal  |
|
|
|
|
|
|
|
LoveSungmin replied at 8-12-2022 06:27 PM
baru i tau kat ig boleh vc
Vc maknanya voicecall ka bideocall? |
|
|
|
|
|
|
|
Apehal semua berita tahun 2022 naik balik ni? Ko ni sapa boo08? Konspirasi nak tutup kes vivik atau kes gomen nuart ha? |
|
|
|
|
|
|
|
isu nya ramai sangat andartu & janda sekarang..
kawen tak sampai 3,4 tahun, jadi janda...
ada pounder SSKJP aku tgok sllu promote produk ni, dah kawen, cerai anak sorang...kawen balik,ingat dah ok la,lepas hampir 2 tahun dapat baby, tgok2 komplen lak dlm media sosial suami curang la apa...ni pun tak lama gamaknya..
awek ig, threads berlambak2 duk jualan murah nak cari calon suami, yg single mom pun berderet2 show off gambar macam2 posing..
mana laa suami2 orang ni kopiah atas kepala tak terbang bila tengok 
|
|
|
|
|
|
|
|
lasagnaklcc replied at 7-12-2022 05:37 PM
Rajinnya mak bdk ni nak tolong invistigate. Kalau mak i, awal2 dah nampak red flag mesti dah bebel b ...
Iols rasa bagus mak dia wat camtu
Kalau main halang je..bukan budak2 ni nak percaya khen..chenta jagung dihalang ibu kejam katanyeh
Apapun pd adik ni..terima kasih kerana tak melayan jantan ni & percaya kepada ibu anda.. semoga dpt jodoh yg berganda2 lebih baik..aminn |
|
|
|
|
|
|
|
Prickford replied at 7-12-2022 06:05 PM
Iolls dulu penah kenal sorang brader ni, melalui online la. Cuma iolls pelik dia kata kalau apa2 jan ...
Wah..tak terfikir menyiasat guna cara ini..hebat2 |
|
|
|
|
|
|
|
lasagnaklcc replied at 7-12-2022 05:37 PM
Rajinnya mak bdk ni nak tolong invistigate. Kalau mak i, awal2 dah nampak red flag mesti dah bebel b ...
napa mak tak kasik jadi madu ..klo dia dah de bini?
mono poly trio quadro just nomo jek
ciannn dak pompuan tadak laki..sedih taw |
|
|
|
|
|
|
| |
|