Seorang suami tampil mengadu mengenai sikap isterinya yang pemalas sehingga ia menjadi tular dan meraih perhatian netizen. Menurut pelayar yang menggunakan nama Mohd Zafrul di Facebook, dia berasa buntu dengan masalah dihadapi lalu meminta pendapat orang ramai melalui hantaran ditulis pada Grup Kemelut Rumah Tangga.
Jelasnya yang bekerja di sebuah klinik namun tidak dinyatakan lokasi dan jawatan, dia mengakui sudah tujuh tahun mendirikan rumah tangga dan mereka dikurniakan dua cahaya mata. Luah Zafrul, dia mengharapkan isterinya yang merupakan suri rumah sepenuh masa dapat menguruskan hal ehwal keluarga. Namun tabiat si isteri yang suka bangun lewat membuatkan anak-anak mereka terabai.
"Tiap hari bangun lambat. Bangun pukul 11. Kadang anak-anak bangun dulu. Dia tak bangun lagi. "Breakfast pun jarang-jarang. Masak dekat rumah pun jarang-jarang. Satu tong gas tu tahan enam bulan," ujarnya. Selain malas masuk dapur, si isteri juga didakwa enggan mengemas atau membersihkan rumah. Sehinggakan Zafrul yang sering pulang lewat ke rumah dari tempat kerja terpaksa menggagahkan diri melakukan kerja-kerja berkenaan. "Vacuum rumah sebulan sekali pun susah. Kadang-kadang saya balik kerja kena vacuum dan basuh bilik air. "Bayangkan saya balik kerja pukul 10 malam, penat-penat tapi kena kemas rumah sebab bersepah. Layan batin memang tak payah ceritalah," luah lelaki itu lagi. Ujarnya, walaupun sudah ditegur beberapa kali, segala arahan dan pesanan suaminya masih tidak dituruti. Tambah Zafrul, dia terpaksa menguruskan anak-anaknya sendirian setelah diabaikan seharian oleh isteri. "Lagi teruk saya suruh dia ajar anak-anak mengaji dan baca buku sehari sekali. Jarang-jarang sangat dia ajar. Saya dah puas dan tegur baik, marah-marah dan berleter. Tak dengar juga. "Kadang-kadang saya balik malam anak tak mandi lagi. Saya juga kena mandikan. Suap anak makan. Kalau saya suruh buat kerja rumah dia akan bagi alasan kemas rumah tanggungjawab suami," ujarnya lagi dalam hantaran sama. Bagaimanapun kata Zafrul, satu-satunya kerja rumah yang dilakukan si isteri ialah membasuh dan menjemur pakaian. Namun ia akan dibiarkan berlonggok tanpa dilipat selepas ia kering. Kongsi Zafrul lagi, sebagai suami yang bekerjaya dia tidak pernah mengabaikan nafkah bulanan untuk isterinya. Malah, segala keinginan dan keperluan isterinya turut ditunaikan termasuk membeli alat solek. Dia yang bagaikan sudah buntu dengan kemelut ini, meminta pendapat warga maya bagi mengatasi masalah yang membelenggu rumah tangganya. "Saya tak kisah pun. Cuma nak dia jalankan tanggungjawab dia sebagai isteri dan ibu. "Cuba bagi tip macam mana saya nak nasihatkan dia ni. Saya dah penat jadi suami. Menyesal saya kahwin kalau macam ni jadi suami," jelasnya. Hantaran yang ditulis Zafrul meraih perhatian netizen yang memberikan pendapat di ruangan komen. Pelbagai pendapat dan kritikan diutarakan dalam usaha membantu Zafrul. "Jangan bercerai. Bagitahu dia yang awak nak kahwin seorang lagi untuk meringankan (kerja) awak. "Suami selalu berlembut dan ikutkan isteri. Cuba berkeras sikit. Contohnya tinggikan suara supaya dia agak takut dengan awak. "Biar aku teka. Mesti isteri kau lawa ni. "Kau kahwin dengan anak kayangan ni," komen beberapa netizen. -CARI Sumber: mStar Online
|
hotmak replied at 7-12-2022 02:54 PM
wife dia ‘sakit’ ke? mcm tak normal je tu, habis apa je dibuatnya kat rumah
shernazz replied at 7-12-2022 02:51 PM
Mental bini okay tak?
Kawan iols ada kena depression..
Mcm.ni la situasinya..
ifanonline replied at 7-12-2022 03:07 PM
ramai wanita2 zaman skrg of low quality...tidak layak mendapat layanan sexual pun
ADVERTISEMENT