CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7385|Reply: 117

Isteri Pemalas Sangat- Tak Masak, Bangun Pukul 11, Dua Anak Dibiar Tak Mandi Sampai Malam

[Copy link]
Post time 7-12-2022 02:41 PM | Show all posts |Read mode
Seorang suami tampil mengadu mengenai sikap isterinya yang pemalas sehingga ia menjadi tular dan meraih perhatian netizen.


Menurut pelayar yang menggunakan nama Mohd Zafrul di Facebook, dia berasa buntu dengan masalah dihadapi lalu meminta pendapat orang ramai melalui hantaran ditulis pada Grup Kemelut Rumah Tangga.


Jelasnya yang bekerja di sebuah klinik namun tidak dinyatakan lokasi dan jawatan, dia mengakui sudah tujuh tahun mendirikan rumah tangga dan mereka dikurniakan dua cahaya mata.




Gambar Hiasan




Luah Zafrul, dia mengharapkan isterinya yang merupakan suri rumah sepenuh masa dapat menguruskan hal ehwal keluarga.


Namun tabiat si isteri yang suka bangun lewat membuatkan anak-anak mereka terabai.


"Tiap hari bangun lambat. Bangun pukul 11. Kadang anak-anak bangun dulu. Dia tak bangun lagi.


"Breakfast pun jarang-jarang. Masak dekat rumah pun jarang-jarang. Satu tong gas tu tahan enam bulan," ujarnya.


Selain malas masuk dapur, si isteri juga didakwa enggan mengemas atau membersihkan rumah.


Sehinggakan Zafrul yang sering pulang lewat ke rumah dari tempat kerja terpaksa menggagahkan diri melakukan kerja-kerja berkenaan.


"Vacuum rumah sebulan sekali pun susah. Kadang-kadang saya balik kerja kena vacuum dan basuh bilik air.


"Bayangkan saya balik kerja pukul 10 malam, penat-penat tapi kena kemas rumah sebab bersepah. Layan batin memang tak payah ceritalah," luah lelaki itu lagi.


Ujarnya, walaupun sudah ditegur beberapa kali, segala arahan dan pesanan suaminya masih tidak dituruti.


Tambah Zafrul, dia terpaksa menguruskan anak-anaknya sendirian setelah diabaikan seharian oleh isteri.


"Lagi teruk saya suruh dia ajar anak-anak mengaji dan baca buku sehari sekali. Jarang-jarang sangat dia ajar. Saya dah puas dan tegur baik, marah-marah dan berleter. Tak dengar juga.


"Kadang-kadang saya balik malam anak tak mandi lagi. Saya juga kena mandikan. Suap anak makan. Kalau saya suruh buat kerja rumah dia akan bagi alasan kemas rumah tanggungjawab suami," ujarnya lagi dalam hantaran sama.


Bagaimanapun kata Zafrul, satu-satunya kerja rumah yang dilakukan si isteri ialah membasuh dan menjemur pakaian.


Namun ia akan dibiarkan berlonggok tanpa dilipat selepas ia kering.


Kongsi Zafrul lagi, sebagai suami yang bekerjaya dia tidak pernah mengabaikan nafkah bulanan untuk isterinya.


Malah, segala keinginan dan keperluan isterinya turut ditunaikan termasuk membeli alat solek.


Dia yang bagaikan sudah buntu dengan kemelut ini, meminta pendapat warga maya bagi mengatasi masalah yang membelenggu rumah tangganya.


"Saya tak kisah pun. Cuma nak dia jalankan tanggungjawab dia sebagai isteri dan ibu.


"Cuba bagi tip macam mana saya nak nasihatkan dia ni. Saya dah penat jadi suami. Menyesal saya kahwin kalau macam ni jadi suami," jelasnya.


Hantaran yang ditulis Zafrul meraih perhatian netizen yang memberikan pendapat di ruangan komen.


Pelbagai pendapat dan kritikan diutarakan dalam usaha membantu Zafrul.


"Jangan bercerai. Bagitahu dia yang awak nak kahwin seorang lagi untuk meringankan (kerja) awak.


"Suami selalu berlembut dan ikutkan isteri. Cuba berkeras sikit. Contohnya tinggikan suara supaya dia agak takut dengan awak.


"Biar aku teka. Mesti isteri kau lawa ni.


"Kau kahwin dengan anak kayangan ni," komen beberapa netizen. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2022 02:44 PM | Show all posts
bawak bawakla ke pejabat agama. jelas ko tu nahkoda kapal yang gagal, manakala bini ko pulak jenis tak boleh ditegur
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Protes sbb 2b kot?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 02:49 PM | Show all posts
kalau anak2 tak terjaga tu susah la,, kalau kerja kita faham la kalau suri rumah buat la yg patut dlu..siap mkn anak2 kemas sikit2 dh la ni kalau anak pun xmndi tu xtau la nk ckp.. ntah la mungking bini nya rebel kot xnk benti keje di suruh benti dok umah. mgkin dah biasa bkerja.. kalau degil lg kau kawin jela 1 lg bang,,
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 02:51 PM | Show all posts
ini isu semasa? zafrul kan pg Doha...
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Mental bini okay tak?
Kawan iols ada kena depression..
Mcm.ni la situasinya..
Hampir bercerai..
Pastu suami dia htr ke kk...kk buat mental test tak silap...
Pastu terus refer hospital upm

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2022 02:52 PM | Show all posts
Aku heran betul org jenis hari2 bangun lambat..takpening keee tidoq jaaa.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 02:53 PM | Show all posts
Dlm cite ni...bini dia memberontak marah apa kat laki sampai gitu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2022 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
wife dia ‘sakit’ ke? mcm tak normal je tu, habis apa je dibuatnya kat rumah
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 02:59 PM | Show all posts
hotmak replied at 7-12-2022 02:54 PM
wife dia ‘sakit’ ke? mcm tak normal je tu, habis apa je dibuatnya kat rumah

melangut tgk netflix kot



Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 03:06 PM | Show all posts
Bawak cik isteri tu gi pejabat agama & minta kaunseling kat sana....
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 03:07 PM | Show all posts
ramai wanita2 zaman skrg of low quality...tidak layak mendapat layanan sexual pun
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuba suruh bini dia cari keje pulak
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 7-12-2022 02:51 PM
Mental bini okay tak?
Kawan iols ada kena depression..
Mcm.ni la situasinya..

Have you been sent?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lightheaded67 at 7-12-2022 03:27 PM

aiolz saspek deyolz duduk cameron highland pukul 11 leh aman2 tdo lagi, tak pening kepale ke lama gila tdo jah. kalau psg ekon pun hari2 dari malam smpi pukul 11 pagi duduk dlm ekon tak kering ke kulit sheolz. jenuh nk lumur lotion. yih

tp kan blanje lah sheolz sauna tu satu duduk rumah sokmo mmg lah prone to mental n malas2 jah sbb tak bpeluh, dh ringan sikit esok okey la tu. sbb nk suruh eksesais aktif2 kerja rumah, sheolz tga besar kpale tu tak maunyer. anak kecik2 ikotkan tak menang tgn melayan. org laki pun ade jur, spisis hari2 memerap rumah/kerja opis tak bpeluh, kadg boleh pulun tdo smpi sehari bau bdn pun jauh pergi nyer. ni pndpt aiolz lah,  hari2 kena kluar pluh kalau tak rasa malas lemau jah.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 7-12-2022 03:07 PM
ramai wanita2 zaman skrg of low quality...tidak layak mendapat layanan sexual pun

Kakarosipinki dah siap bazooka penakanya utk ambush ko ipan....ko baik bersiap siaga


Kahkahjahkahah

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2022 03:17 PM | Show all posts
sian ko bang...time kapel x nmpk ke potensi die nak jd pemalas tegur...skali skala kene ajar gak..cube bawak bakal adik utk bini ko tu..xjalan gk,try la p pej agama..kumpul bukti sesiap
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 03:32 PM | Show all posts
kau sebagai seorg suami dah jadi tugas kau membimbing isteri kau. dan kalau isteri kau tak berubah bermaksud kau gagal mendidik dan membimbing isteri kau dan pilihan ada ditangan kau sendiri utk memilih take it or leave it.!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
mesti bini dia lawa sebab tu laki dia tahan
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 03:43 PM | Show all posts
wanita2 red flag sebegini dah boleh tahu semasa berkawan dgn dier...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 02:22 AM GMT+8 , Processed in 0.054396 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list