KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kerajaan untuk membatalkan saman yang difailkan keluarga model Belanda, mendiang Ivana Esther Robert Smit yang maut selepas terjatuh daripada sebuah unit kondominium, lima tahun lalu.
Justeru tindakan undang-undang yang difailkan keluarga mendiang tersebut akan melalui perbicaraan penuh pada tarikh yang akan ditetapkan kelak. Semasa prosiding, Pesuruhjaya Kehakiman, Roz Mawar Rozain memutuskan demikian atas alasan saman tersebut bukanlah satu kes biasa yang boleh diputuskan secara terus. Dalam penghakiman ringkasnya, hakim itu berkata pihak plaintif telah memperincikan segala fakta dan kejadian yang membolehkan tindakan saman ini dimulakan dan memang terdapat beberapa isu yang perlu dibicarakan.
“Sementara dakwaan pihak defendan bahawa mereka mempunyai immuniti di bawah Akta Polis 1967 tidak boleh diputuskan melalui permohonan untuk membatalkan saman. Ini kerana dakwaan immuniti itu telah menimbulkan beberapa persoalan serius di sisi undang-undang yang perlu dijawab melalui perbicaraan,” kata hakim itu. Menurut Roz Mawar, pada peringkat ini, beliau tidak akan dapat menjalankan fungsinya sebagai hakim bicara dan menjawab segala persoalan yang timbul dengan begitu sahaja. “Selepas membaca keseluruhan dokumen dan mengandaikan bahawa segala dakwaan adalah benar, adalah jelas saman ini bukanlah kes yang boleh dibatalkan begitu sahaja kerana tiada kausa alasan yang munasabah yang membolehkan tindakan itu diambil. “Saman ini juga bukanlah sesuatu yang remeh, menyusahkan dan satu penyalahgunaan proses mahkamah yang membolehkan Mahkamah ini membenarkan permohonan defendan. Oleh itu, permohonan defendan ditolak dengan kos,”ujar Roz Mawar. Mahkamah kemudian mengarahkan kesemua defendan membayar kos sebanyak RM5,000 dan kes ditetapkan untuk pengurusan kes pada 14 Disember ini. Pada prosiding hari ini, plaintif diwakili Datuk Sankara Nair manakala kesemua defendan diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Mohd. Azhar Hamzah. Dalam saman itu ibu Ivana, Christina Carolina Gerarda Johanna Verstappen selaku plaintif menamakan Ketua Polis Negara, Asisten Superitendan Faizal Abdullah, Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia masing-masing sebagai defendan pertama hingga keempat. Saman tersebut berhubung dakwaan kegagalan dan kecuaian dalam siasatan bagi menentukan punca kematian Ivana. Pada 21 April 2021, Mahkamah Tinggi di sini membatalkan saman Christina atas alasan penyataan tuntutan wanita terbabit tidak mematuhi Perintah 18, Peraturan 7 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. Bagaimanapun pada 7 Februari lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Christina dan memerintahkan saman itu dikembalikan ke Mahkamah Tinggi agar meritnya didengar. Pada 8 Mac 2019, Mahkamah Koroner memutuskan kematian Ivana disebabkan misadventure (kematian akibat nahas) dan tiada elemen jenayah. Bagaimanapun, pada 22 November, Mahkamah Tinggi di sini mengetepikan keputusan koroner dan mengarahkan Jabatan Peguam Negara (AGC) meminta polis menyiasat punca kematian model berusia 19 tahun itu. Hakim Collin Lawrence Sequerah dalam keputusannya menyatakan kematian model itu adalah disebabkan oleh ‘individu yang dikenali atau tidak dikenali’ dan tidak ada penyiasatan yang mencukupi dijalankan oleh pihak berkuasa. – CARI Sumber: Kosmo
|
cattiecute replied at 7-12-2022 05:39 AM
dia ni ke jatuh bangunan time 3some dengan laki bini orang mana tah.
cattiecute replied at 7-12-2022 01:39 PM
dia ni ke jatuh bangunan time 3some dengan laki bini orang mana tah.
supernaturalee replied at 7-12-2022 04:34 PM
3 some kt balkoni???
ayukpingu replied at 7-12-2022 04:07 PM
yup. betul.
couple tu dah berpindah ke US.
supernaturalee replied at 7-12-2022 04:34 PM
3 some kt balkoni???
cattiecute replied at 7-12-2022 08:44 AM
senang betul kan
tak rasa bersalah.
lupa nama couple tu tapi foreign kan
cattiecute replied at 7-12-2022 04:44 PM
senang betul kan
tak rasa bersalah.
lupa nama couple tu tapi foreign kan
cattiecute replied at 7-12-2022 04:45 PM
https://www.nst.com.my/news/nation/2018/04/352058/couple-admits-having-threesome-dutch-model-short ...
Prickford replied at 7-12-2022 04:47 PM
Alex & Luna. Tanak ngaku langsung.
Kak-Rohana replied at 7-12-2022 04:48 PM
Theory akak lah kan.. bini dia yg tolak. Tercabar kot nmpk laki bersedapan dengan model. Ko hanya ...
cattiecute replied at 7-12-2022 08:51 AM
baru tengok gambar laki bini ni.
tadi try google tak keluar pun gambar dorang. bini pun nama luna ...
cattiecute replied at 7-12-2022 04:53 PM
tengok muka bini macam something wrong.
dah la dok bersedapan berdadah. tah2 claim tak sengaja. :l ...
cattiecute replied at 7-12-2022 08:44 AM
senang betul kan
tak rasa bersalah.
lupa nama couple tu tapi foreign kan
Prickford replied at 7-12-2022 04:55 PM
Luna Almaz, org Kazak katanya.
Kak-Rohana replied at 7-12-2022 04:57 PM
Bini org belah2 Tajikistan ke haper akak tak hinggat dek tapi ada kesan ketukan.. kisah ni masok D ...
ADVERTISEMENT