CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3034|Reply: 45

Maut Jatuh Kondo: PDRM, Kerajaan Gagal Batal Saman Keluarga Model Belanda

[Copy link]
Post time 7-12-2022 01:22 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kerajaan untuk membatalkan saman yang difailkan keluarga model Belanda, mendiang Ivana Esther Robert Smit yang maut selepas terjatuh daripada sebuah unit kondominium, lima tahun lalu.


Justeru tindakan undang-undang yang difailkan keluarga mendiang tersebut akan melalui perbicaraan penuh pada tarikh yang akan ditetapkan kelak.


Semasa prosiding, Pesuruhjaya Kehakiman, Roz Mawar Rozain memutuskan demikian atas alasan saman tersebut bukanlah satu kes biasa yang boleh diputuskan secara terus.




Foto: Kosmo




Dalam penghakiman ringkasnya, hakim itu berkata pihak plaintif telah memperincikan segala fakta dan kejadian yang membolehkan tindakan saman ini dimulakan dan memang terdapat beberapa isu yang perlu dibicarakan.


“Sementara dakwaan pihak defendan bahawa mereka mempunyai immuniti di bawah Akta Polis 1967 tidak boleh diputuskan melalui permohonan untuk membatalkan saman. Ini kerana dakwaan immuniti itu telah menimbulkan beberapa persoalan serius di sisi undang-undang yang perlu dijawab melalui perbicaraan,” kata hakim itu.


Menurut Roz Mawar, pada peringkat ini, beliau tidak akan dapat menjalankan fungsinya sebagai hakim bicara dan menjawab segala persoalan yang timbul dengan begitu sahaja.


“Selepas membaca keseluruhan dokumen dan mengandaikan bahawa segala dakwaan adalah benar, adalah jelas saman ini bukanlah kes yang boleh dibatalkan begitu sahaja kerana tiada kausa alasan yang munasabah yang membolehkan tindakan itu diambil.


“Saman ini juga bukanlah sesuatu yang remeh, menyusahkan dan satu penyalahgunaan proses mahkamah yang membolehkan Mahkamah ini membenarkan permohonan defendan. Oleh itu, permohonan defendan ditolak dengan kos,”ujar Roz Mawar.


Mahkamah kemudian mengarahkan kesemua defendan membayar kos sebanyak RM5,000 dan kes ditetapkan untuk pengurusan kes pada 14 Disember ini.


Pada prosiding hari ini, plaintif diwakili Datuk Sankara Nair manakala kesemua defendan diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Mohd. Azhar Hamzah.


Dalam saman itu ibu Ivana, Christina Carolina Gerarda Johanna Verstappen selaku plaintif menamakan Ketua Polis Negara, Asisten Superitendan Faizal Abdullah, Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia masing-masing sebagai defendan pertama hingga keempat.


Saman tersebut berhubung dakwaan kegagalan dan kecuaian dalam siasatan bagi menentukan punca kematian Ivana.


Pada 21 April 2021, Mahkamah Tinggi di sini membatalkan saman Christina atas alasan penyataan tuntutan wanita terbabit tidak mematuhi Perintah 18, Peraturan 7 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.


Bagaimanapun pada 7 Februari lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Christina dan memerintahkan saman itu dikembalikan ke Mahkamah Tinggi agar meritnya didengar.


Pada 8 Mac 2019, Mahkamah Koroner memutuskan kematian Ivana disebabkan misadventure (kematian akibat nahas) dan tiada elemen jenayah.


Bagaimanapun, pada 22 November, Mahkamah Tinggi di sini mengetepikan keputusan koroner dan mengarahkan Jabatan Peguam Negara (AGC) meminta polis menyiasat punca kematian model berusia 19 tahun itu.


Hakim Collin Lawrence Sequerah dalam keputusannya menyatakan kematian model itu adalah disebabkan oleh ‘individu yang dikenali atau tidak dikenali’ dan tidak ada penyiasatan yang mencukupi dijalankan oleh pihak berkuasa. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2022 01:39 PM | Show all posts
dia ni ke jatuh bangunan time 3some dengan laki bini orang mana tah.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 03:40 PM | Show all posts
Kes ni mcm ada kerabat yg terlibat tak?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka ivana ni sepesen dengan syazlin.


Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 04:07 PM | Show all posts
cattiecute replied at 7-12-2022 05:39 AM
dia ni ke jatuh bangunan time 3some dengan laki bini orang mana tah.

yup. betul.
couple tu dah berpindah ke US.

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 04:34 PM | Show all posts
cattiecute replied at 7-12-2022 01:39 PM
dia ni ke jatuh bangunan time 3some dengan laki bini orang mana tah.

3 some kt balkoni???


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2022 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 7-12-2022 04:34 PM
3 some kt balkoni???

3some dlm kondo..lepas tu jiran2 dengar gadoh dek. Lepas tu org mayat dah kt area swimming pool dek.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 04:44 PM | Show all posts
ayukpingu replied at 7-12-2022 04:07 PM
yup. betul.
couple tu dah berpindah ke US.

senang betul kan
tak rasa bersalah.
lupa nama couple tu tapi foreign kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2022 04:45 PM | Show all posts
Lepas tu org __________ mayat dah kt area swimming pool dek.

missing words, i guess?


Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 04:45 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 04:47 PM | Show all posts
cattiecute replied at 7-12-2022 08:44 AM
senang betul kan
tak rasa bersalah.
lupa nama couple tu tapi foreign kan

Alex & Luna. Tanak ngaku langsung.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
cattiecute replied at 7-12-2022 04:44 PM
senang betul kan
tak rasa bersalah.
lupa nama couple tu tapi foreign kan

Theory akak lah kan.. bini dia yg tolak. Tercabar kot nmpk laki bersedapan dengan model. Ko hanya tukang letak KY disisi
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 04:51 PM | Show all posts
cattiecute replied at 7-12-2022 04:45 PM
https://www.nst.com.my/news/nation/2018/04/352058/couple-admits-having-threesome-dutch-model-short ...

siap ngaku yek
plus ambik drug
dh mcm dlm citer hollywood



Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 04:51 PM | Show all posts
Prickford replied at 7-12-2022 04:47 PM
Alex & Luna. Tanak ngaku langsung.

baru tengok gambar laki bini ni.
tadi try google tak keluar pun gambar dorang. bini pun nama luna je tau. nama full takda dalam berita
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 04:53 PM | Show all posts
Kak-Rohana replied at 7-12-2022 04:48 PM
Theory akak lah kan.. bini dia yg tolak. Tercabar kot nmpk laki bersedapan dengan model. Ko hanya  ...

tengok muka bini macam something wrong.
dah la dok bersedapan berdadah. tah2 claim tak sengaja.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 04:55 PM | Show all posts
cattiecute replied at 7-12-2022 08:51 AM
baru tengok gambar laki bini ni.
tadi try google tak keluar pun gambar dorang. bini pun nama luna ...

Luna Almaz, org Kazak katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2022 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
cattiecute replied at 7-12-2022 04:53 PM
tengok muka bini macam something wrong.
dah la dok bersedapan berdadah. tah2 claim tak sengaja. :l ...

Bini org belah2 Tajikistan ke haper akak tak hinggat dek tapi ada kesan ketukan.. kisah ni masok Daily Mail UK dulu. Tapi kapel ni ckp si model yg bunuh diri dek.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 04:58 PM | Show all posts
cattiecute replied at 7-12-2022 08:44 AM
senang betul kan
tak rasa bersalah.
lupa nama couple tu tapi foreign kan

couple ni selalu threesome tapi dengan berlainan perempuan/lelaki.

pelik nya hobi depa ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 05:04 PM | Show all posts
Prickford replied at 7-12-2022 04:55 PM
Luna Almaz, org Kazak katanya.

itu la. dari lifestyle pun dah tau macam mana.

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 05:04 PM | Show all posts
Kak-Rohana replied at 7-12-2022 04:57 PM
Bini org belah2 Tajikistan ke haper akak tak hinggat dek tapi ada kesan ketukan.. kisah ni masok D ...

kondo kat dang wangi tu kondo apa? lupa pulak.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 03:17 AM GMT+8 , Processed in 0.118196 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list