CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mayat Ditemui Dalam Perut, Tragedi Manusia Ditelan Ular Sawa 100 Kilogram Di Johor

7-12-2022 11:01 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3945| Komen: 40

SEGAMAT – Pengalaman seorang bekas wartawan membuat liputan peristiwa seorang lelaki ditelan ular sawa di Tenang di sini pada 4 April 1995 masih tersemat dalam ingatannya.


Bekas wartawan China Press, Wong Kim Soo, 80, berkata, ketika kejadian kira-kira pukul 7.15 malam itu, dia dimaklumkan mengenai tragedi manusia ditelan ular sawa seberat kira-kira 100 kilogram (kg) daripada seorang kenalannya.

Pada mulanya dia menyangka lelaki terbabit hanya dipatuk ular sebelum bergegas ke lokasi kejadian iaitu di rumah mangsa yang terletak kira-kira 20 meter dari kawasan paya.


Kim Soo, Foto: Kosmo

“Ketika mencari maklumat mengenai berita itu, saya amat bernasib baik apabila menjadi wartawan pertama yang mendapat gambar-gambar peristiwa itu daripada pihak polis.

“Dalam kejadian tragis itu, kehilangan seorang lelaki berusia 22 tahun dari sebuah rumah terpencil di Tenang di sini terjawab apabila mayatnya ditemui di dalam perut ular sawa sepanjang tujuh meter,” katanya ditemui di bandar Segamat di sini semalam.

Kim Soo memberitahu, liputan berita itu turut menjadikannya buruan petugas media cetak serta elektronik dari dalam serta luar negara untuk mendapatkan maklumat mengenai kejadian.

“Mereka bertanya lokasi sebenar kejadian itu dan meminta beberapa sudut gambar sisi lainnya sehari selepas itu.

“Antara rentetan peristiwa yang sukar dilupakan apabila saksi, anggota polis yang menembak mati ular tersebut menceritakan bagaimana ular sawa itu menjulang mangsa beberapa meter ke udara sebelum menelan lelaki tersebut,” ujarnya.

Biarpun sudah lebih 27 tahun berlalu, peristiwa manusia ditelan ular sawa itu masih segar menjadi sejarah hitam di Segamat, malah menjadi tumpuan dunia ketika itu.

Kim Soo tidak pernah sesekali dapat melupakan apabila terpaksa menyewa teksi dengan bayaran RM80 ke Ibu Pejabat China Press di Kuala Lumpur untuk menghantar gambar bercetak serta berita berkenaan.

Dia yang memulakan perkhidmatan kewartawanan di akhbar berbahasa Cina itu pada tahun 1990 berdepan pelbagai insiden, namun peristiwa tersebut sememangnya yang paling bermakna.

Kim Soo turut memuji keberanian anggota polis walaupun nyawa menjadi taruhan, mereka berjaya menemui mangsa meskipun berakhir dengan tragis.

“Zaman 90-an dahulu bukan mudah jadi wartawan. Banyak pengorbanan tenaga dan masa. Berita pun kita hantar by hand ke pejabat berita.

“Sekarang senang semua be­rita boleh dihantar melalui WhatsApp atau e-mel, namun tanggungjawab masih sama dan ia bukan mudah.

“Kewajipan sebagai pengamal media berjaya dilaksanakan ketika itu dengan hasil kerja berpasukan,” kongsinya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote NazRysha 7-12-2022 11:01 AM
masih ingat kes ni
ms tu darjah 5
Quote venom1 7-12-2022 11:05 AM
pelik juga ular jadikan manusia sasaran. mungkin dah lapar sangat tu
Quote sagiman91 7-12-2022 11:07 AM
NazRysha replied at 7-12-2022 11:01 AM
masih ingat kes ni
ms tu darjah 5

SAMA UMUR ERKKK?
Quote NazRysha 7-12-2022 11:08 AM

hahaha
tua da ek kita hihi
cepatnya masaaaa
Quote chandrahusin 7-12-2022 11:14 AM
https://www.mynewshub.tv/2017/02/lelaki-ditelan-ular-sawa-di-segamat-pada-1995/

Terus aku google.. scary
Quote noorhairiahma 7-12-2022 11:15 AM
NazRysha replied at 7-12-2022 11:01 AM
masih ingat kes ni
ms tu darjah 5

1995, darjah 5..

samalah tua..
Quote BeskotCekelat 7-12-2022 11:18 AM
Mayat dalam perut ular ke? Tak salah aku, dulu tengok suratkhabar bahu mayat tu tersangkut kat mulut ular, rahang ular tu tak cukup besar nak telan.
Quote ketambangkang 7-12-2022 11:24 AM
BeskotCekelat replied at 7-12-2022 11:18 AM
Mayat dalam perut ular ke? Tak salah aku, dulu tengok suratkhabar bahu mayat tu tersangkut kat mulut ...

haah betul..kepala je lepas bahu x lepas
Quote mejaputih 7-12-2022 11:40 AM
mangsa adalah bangsa cina kan? teringat lg gambar badan masih kat luar...sblm tu ular tu dah belit utk patahkan tulang2 mangsa....
Quote prince_marhaen 7-12-2022 11:48 AM
NazRysha replied at 7-12-2022 11:01 AM
masih ingat kes ni
ms tu darjah 5

Wehhhhh sama! aku darjah 5.. Hahahahah ramai sebaya ni!

Kes ni paling aku ingat sebab ------- akuorang Segamat! Hahahaha!
Dan....lepas ular tu kena tangkap / bunuh oleh polis, ular tu diorang bawa naik lori, masa tu mayat takde lah.. letak depan pejabat perhilitan segamat depan sekolah aku masa tu.
Balik sekolah semua kecoh ada ular besar atas lori...berebut2 budak panjat lori nak tengok..aku salah sorang lah..terus trauma ye tengok ular besar gila, lepas tu demam...kata mak kena ketulahan / badi mayat la tu.. petang tu aku jadi kepohchi satu taman..bangga dapat tengok ular tu.. hahahahahaha..

Btw, ular tu dapat telan kepala sampai bahu je..lepas tu sangkut..gambar ori uncle ni amik sampai bahu je..
Quote sharlenetexas 7-12-2022 11:53 AM
Wartawan masa tu umur 53 tahun.
Mula berkhidmat tahun 1990 umur 48.
Tak pernah terlambat. Sekarang umur 80 nmpk masih gagah.


Quote syamzana 7-12-2022 12:03 PM
dah knp iols tak pernah tau cite ni?
mungkin dok hostel takdak tv, paper pun nanhado

Quote tripleid 7-12-2022 12:05 PM
ramainya 84's babies dlm ni..

utk tak ot, mmg kecoh la masa tu kat sekolah semua berebut nak baca suratkhabar baca psl berita ni..cerpatnya masa berlalu
Quote grouper 7-12-2022 12:15 PM
Ular sawa mmg top predator..manusia blh menang ngan dia pun sbb pkai senjata, cuba lawan one by one mmg jadi santapan dia le
Quote pp_gurl 7-12-2022 12:23 PM
prince_marhaen replied at 7-12-2022 11:48 AM
Wehhhhh sama! aku darjah 5.. Hahahahah ramai sebaya ni!

Kes ni paling aku ingat sebab ------- aku ...

ko sekolah mana?hahahha
aku sekolah dato' bentara
masa kes tu aku form 2
Quote mizruncing 7-12-2022 12:27 PM
eeiii scarynyaa. jgn memain wehhh
Quote ibugarang 7-12-2022 12:37 PM
Eeee sheramnyaaaa.. tapi pernah tgk citer ape entah, kes polis smpai rumah sbb ada aduan dia kene belit dengan ular belaan dia.. mmg org cakap yer bole jinak tapi 1 masa dia dh observe & paham keadaan sekeliling ular akan makan tuan dia.. mcam dh lari topic tapi teringat citer tu..
Quote mejaputih 7-12-2022 12:41 PM
harap pakcik makcik yg bela ular sawa tu baca kisah ni....gempar satu malaysia masa tu...
Quote UMMI_MAI 7-12-2022 01:43 PM
cam lari je citer , jumpa mayat dalm ular la,  siap ckp ular julang manusia sebelum telan .... tak sempat telan pun kan ? tersangkut kat bahu .... tak lepas rahang ular tu

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 11:16 AM GMT+8 , Processed in 0.294849 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top