View: 3375|Reply: 38
|
Mayat Ditemui Dalam Perut, Tragedi Manusia Ditelan Ular Sawa 100 Kilogram Di Johor
[Copy link]
|
|
SEGAMAT – Pengalaman seorang bekas wartawan membuat liputan peristiwa seorang lelaki ditelan ular sawa di Tenang di sini pada 4 April 1995 masih tersemat dalam ingatannya.
Bekas wartawan China Press, Wong Kim Soo, 80, berkata, ketika kejadian kira-kira pukul 7.15 malam itu, dia dimaklumkan mengenai tragedi manusia ditelan ular sawa seberat kira-kira 100 kilogram (kg) daripada seorang kenalannya.
Pada mulanya dia menyangka lelaki terbabit hanya dipatuk ular sebelum bergegas ke lokasi kejadian iaitu di rumah mangsa yang terletak kira-kira 20 meter dari kawasan paya.
 Kim Soo, Foto: Kosmo
“Ketika mencari maklumat mengenai berita itu, saya amat bernasib baik apabila menjadi wartawan pertama yang mendapat gambar-gambar peristiwa itu daripada pihak polis.
“Dalam kejadian tragis itu, kehilangan seorang lelaki berusia 22 tahun dari sebuah rumah terpencil di Tenang di sini terjawab apabila mayatnya ditemui di dalam perut ular sawa sepanjang tujuh meter,” katanya ditemui di bandar Segamat di sini semalam.
Kim Soo memberitahu, liputan berita itu turut menjadikannya buruan petugas media cetak serta elektronik dari dalam serta luar negara untuk mendapatkan maklumat mengenai kejadian.
“Mereka bertanya lokasi sebenar kejadian itu dan meminta beberapa sudut gambar sisi lainnya sehari selepas itu.
“Antara rentetan peristiwa yang sukar dilupakan apabila saksi, anggota polis yang menembak mati ular tersebut menceritakan bagaimana ular sawa itu menjulang mangsa beberapa meter ke udara sebelum menelan lelaki tersebut,” ujarnya.
Biarpun sudah lebih 27 tahun berlalu, peristiwa manusia ditelan ular sawa itu masih segar menjadi sejarah hitam di Segamat, malah menjadi tumpuan dunia ketika itu.
Kim Soo tidak pernah sesekali dapat melupakan apabila terpaksa menyewa teksi dengan bayaran RM80 ke Ibu Pejabat China Press di Kuala Lumpur untuk menghantar gambar bercetak serta berita berkenaan.
Dia yang memulakan perkhidmatan kewartawanan di akhbar berbahasa Cina itu pada tahun 1990 berdepan pelbagai insiden, namun peristiwa tersebut sememangnya yang paling bermakna.
Kim Soo turut memuji keberanian anggota polis walaupun nyawa menjadi taruhan, mereka berjaya menemui mangsa meskipun berakhir dengan tragis.
“Zaman 90-an dahulu bukan mudah jadi wartawan. Banyak pengorbanan tenaga dan masa. Berita pun kita hantar by hand ke pejabat berita.
“Sekarang senang semua berita boleh dihantar melalui WhatsApp atau e-mel, namun tanggungjawab masih sama dan ia bukan mudah.
“Kewajipan sebagai pengamal media berjaya dilaksanakan ketika itu dengan hasil kerja berpasukan,” kongsinya. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
masih ingat kes ni
ms tu darjah 5 |
|
|
|
|
|
|
|
pelik juga ular jadikan manusia sasaran. mungkin dah lapar sangat tu |
|
|
|
|
|
|
|
SAMA UMUR ERKKK?
|
|
|
|
|
|
|
|
hahaha
tua da ek kita hihi
cepatnya masaaaa
|
|
|
|
|
|
|
|
https://www.mynewshub.tv/2017/02/lelaki-ditelan-ular-sawa-di-segamat-pada-1995/
Terus aku google.. scary |
|
|
|
|
|
|
|
1995, darjah 5..
samalah tua..
|
|
|
|
|
|
|
|
Mayat dalam perut ular ke? Tak salah aku, dulu tengok suratkhabar bahu mayat tu tersangkut kat mulut ular, rahang ular tu tak cukup besar nak telan. |
|
|
|
|
|
|
|
haah betul..kepala je lepas bahu x lepas
|
|
|
|
|
|
|
|
mangsa adalah bangsa cina kan? teringat lg gambar badan masih kat luar...sblm tu ular tu dah belit utk patahkan tulang2 mangsa.... |
|
|
|
|
|
|
|
Wartawan masa tu umur 53 tahun.
Mula berkhidmat tahun 1990 umur 48.
Tak pernah terlambat. Sekarang umur 80 nmpk masih gagah.
|
|
|
|
|
|
|
|
dah knp iols tak pernah tau cite ni?
mungkin dok hostel takdak tv, paper pun nanhado
|
|
|
|
|
|
|
|
ramainya 84's babies dlm ni..
utk tak ot, mmg kecoh la masa tu kat sekolah semua berebut nak baca suratkhabar baca psl berita ni..cerpatnya masa berlalu |
|
|
|
|
|
|
|
Ular sawa mmg top predator..manusia blh menang ngan dia pun sbb pkai senjata, cuba lawan one by one mmg jadi santapan dia le |
|
|
|
|
|
|
|
ko sekolah mana?hahahha
aku sekolah dato' bentara
masa kes tu aku form 2
|
|
|
|
|
|
|
|
eeiii scarynyaa. jgn memain wehhh |
|
|
|
|
|
|
|
Eeee sheramnyaaaa.. tapi pernah tgk citer ape entah, kes polis smpai rumah sbb ada aduan dia kene belit dengan ular belaan dia.. mmg org cakap yer bole jinak tapi 1 masa dia dh observe & paham keadaan sekeliling ular akan makan tuan dia.. mcam dh lari topic tapi teringat citer tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
harap pakcik makcik yg bela ular sawa tu baca kisah ni....gempar satu malaysia masa tu... |
|
|
|
|
|
|
|
cam lari je citer , jumpa mayat dalm ular la, siap ckp ular julang manusia sebelum telan .... tak sempat telan pun kan ? tersangkut kat bahu .... tak lepas rahang ular tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|