Peniaga roti canai di negeri ini mendakwa terkesan akibat kekurangan bekalan telur sehingga terpaksa menaikkan harga roti canai telur RM3.20 sekeping.
Mohd Najmudin Md Nor, 32, berkata, kenaikan harga roti canai telur tidak dapat dielakkan kerana kini terpaksa membeli telur gred B dengan harga RM19 sepapan berbanding RM13.40 sepapan sebelum ini. Katanya, sebelum ini dia menjual sekeping roti canai telur pada harga RM2.50 dan harga terpaksa dinaikkan sejak dua minggu lalu. "Adakalanya saya terpaksa membeli telur premium lebih mahal pada harga RM8 iaitu 80 sen sebiji berbanding 40 sen sebelum ini.
"Saya juga pernah menggunakan telur ayam kampung yang dibeli di pasar disebabkan bekalan telur ayam terputus dengan harga 70 sen sebiji," katanya ketika ditemui di gerainya di Medan Selera Alor Bakar Bata, di sini hari ini. Peniaga lain, Mohd Nazri Ahamed Khan, 29, berkata, setakat ini dia sudah lima kali menaikkan harga roti canai telur disebabkan kesukaran mendapatkan telur. Katanya, harga roti canai telur sebelum ini adalah RM2.20 sebelum dinaikkan harga antara 10 sen hingga 30 sen sekeping. "Nak dapat telur sepapan pun susah sekarang ni sebab terpaksa pergi awal ke pasar raya atau kedai untuk mengelak kehabisan stok telur. "Penat juga nak cari bekalan telur hinggakan saya terpaksa pergi ke daerah lain termasuk Pendang semata-mata untuk mencari telur," katanya ketika ditemui di Medan Selera Peremba, di Jalan Kuala Kedah, di sini. Mohd Nazri berkata, ada juga pelanggan yang merungut kerana roti canai telur naik harga, tetapi dia tidak dapat berbuat apa-apa disebabkan masalah ini hinggakan terpaksa menggunakan telur premium yang lebih mahal sehingga mencecah RM12 untuk 10 biji. Katanya, sebelum ini dia mampu menghasilkan lebih 300 roti canai telur tetapi sekarang hanya mampu menghasilkan sekitar 200 biji. Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, beliau menerima banyak rungutan daripada pengguna terutama peniaga kedai makan berkaitan bekalan telur yang berkurangan di semua daerah di negeri ini. Katanya, pihaknya berharap isu ini dapat diselesaikan segera bagi mengelakkan peniaga dan pengguna mengalami kerugian. "Hasil pemantauan saya dengan peniaga roti canai mendapati, mereka memaklumkan telur yang diperoleh mencecah 56 sen sebiji berbanding harga murah yang kurang berkualiti. "Semalam saya terbaca laporan berita bahawa kerajaan akan membuat pengumuman untuk menurunkan harga telur tetapi sekarang yang penting adalah bekalan telur kerana harganya setakat ini tiada masalah," katanya. Mohamad Yusrizal berkata, pihak pemborong mendakwa terpaksa menghadkan penghantaran telur dengan alasan bekalan telur tidak cukup. Sumber: BH Online |
kakikuDibibirmu replied at 6-12-2022 09:18 PM
Untunglaaa sini roti canai kosong pun RM2.10 sekeping, roti tulur kalu lagilah double harganya{:1 ...
Jitu replied at 6-12-2022 10:26 PM
mahalnya la skrg ni mujur aku tak minat mkn
btw telur ayam kampung mcm hanyir sikit kan bila mkn me ...
kakikuDibibirmu replied at 6-12-2022 10:32 PM
Tak kena salmonella ke sis?
cmf_jeangrey replied at 6-12-2022 11:59 PM
Once dah naik mmg xkan turun walau harga brg mentah turun..bukan ku xtau perangai peniaga2 tel aviv ...
bunnyj3lly replied at 7-12-2022 12:19 AM
Betul. Tengok jela haritu masa harga minyak masak naik, amboi.. kemain laju masing-masing naik har ...
bunnyj3lly replied at 7-12-2022 12:19 AM
Betul. Tengok jela haritu masa harga minyak masak naik, amboi.. kemain laju masing-masing naik har ...
mamajawie replied at 7-12-2022 11:40 AM
aiyooo minyak masih mahal ye sistur..kat tempat iollss ni paling murah cap buruh rm29.79..lahanat ...
KamikuP replied at 7-12-2022 09:25 AM
Tak minat roti canai bubuh telur hilang rasa asli roti canai dah le mahal pulek tu puikk
ninja boy replied at 7-12-2022 01:59 AM
Artificial eggs bikin lah
ADVERTISEMENT