CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1469|Reply: 29

Dari RM2.50, Roti Canai Telur Naik RM3.20

  [Copy link]
Post time 6-12-2022 08:58 PM | Show all posts |Read mode
Peniaga roti canai di negeri ini mendakwa terkesan akibat kekurangan bekalan telur sehingga terpaksa menaikkan harga roti canai telur RM3.20 sekeping.


Mohd Najmudin Md Nor, 32, berkata, kenaikan harga roti canai telur tidak dapat dielakkan kerana kini terpaksa membeli telur gred B dengan harga RM19 sepapan berbanding RM13.40 sepapan sebelum ini.


Katanya, sebelum ini dia menjual sekeping roti canai telur pada harga RM2.50 dan harga terpaksa dinaikkan sejak dua minggu lalu.




Peniaga roti canai, Mohd Najmuddin Md Nor terpaksa menaikkan harga roti canai telur disebabkan kekurangan bekalan telur. - NSTP/ ZULIATY ZULKIFFLI





"Adakalanya saya terpaksa membeli telur premium lebih mahal pada harga RM8 iaitu 80 sen sebiji berbanding 40 sen sebelum ini.


"Saya juga pernah menggunakan telur ayam kampung yang dibeli di pasar disebabkan bekalan telur ayam terputus dengan harga 70 sen sebiji," katanya ketika ditemui di gerainya di Medan Selera Alor Bakar Bata, di sini hari ini.


Peniaga lain, Mohd Nazri Ahamed Khan, 29, berkata, setakat ini dia sudah lima kali menaikkan harga roti canai telur disebabkan kesukaran mendapatkan telur.


Katanya, harga roti canai telur sebelum ini adalah RM2.20 sebelum dinaikkan harga antara 10 sen hingga 30 sen sekeping.


"Nak dapat telur sepapan pun susah sekarang ni sebab terpaksa pergi awal ke pasar raya atau kedai untuk mengelak kehabisan stok telur.


"enat juga nak cari bekalan telur hinggakan saya terpaksa pergi ke daerah lain termasuk Pendang semata-mata untuk mencari telur," katanya ketika ditemui di Medan Selera Peremba, di Jalan Kuala Kedah, di sini.


Mohd Nazri berkata, ada juga pelanggan yang merungut kerana roti canai telur naik harga, tetapi dia tidak dapat berbuat apa-apa disebabkan masalah ini hinggakan terpaksa menggunakan telur premium yang lebih mahal sehingga mencecah RM12 untuk 10 biji.


Katanya, sebelum ini dia mampu menghasilkan lebih 300 roti canai telur tetapi sekarang hanya mampu menghasilkan sekitar 200 biji.


Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, beliau menerima banyak rungutan daripada pengguna terutama peniaga kedai makan berkaitan bekalan telur yang berkurangan di semua daerah di negeri ini.


Katanya, pihaknya berharap isu ini dapat diselesaikan segera bagi mengelakkan peniaga dan pengguna mengalami kerugian.


"Hasil pemantauan saya dengan peniaga roti canai mendapati, mereka memaklumkan telur yang diperoleh mencecah 56 sen sebiji berbanding harga murah yang kurang berkualiti.


"Semalam saya terbaca laporan berita bahawa kerajaan akan membuat pengumuman untuk menurunkan harga telur tetapi sekarang yang penting adalah bekalan telur kerana harganya setakat ini tiada masalah," katanya.


Mohamad Yusrizal berkata, pihak pemborong mendakwa terpaksa menghadkan penghantaran telur dengan alasan bekalan telur tidak cukup.




Sumber: BH Online








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2022 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Untunglaaa sini roti canai kosong pun RM2.10 sekeping, roti tulur kalu lagilah double harganya
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 09:42 PM | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 6-12-2022 09:18 PM
Untunglaaa sini roti canai kosong pun RM2.10 sekeping, roti tulur kalu lagilah double harganya{:1 ...

tempat kaka ada roti canai rm 1 tapi besar sikit dari donut. harga barang mmg dh mahal dah.

sebab tu kaka makan sekarang ala kadar bayangkan makan keropok lekor pisang pun dah harga mahal. zaman dulu boleh lah kalau mahal kunyah pisang keropok lekor. sekarang semua mahal.

sekarang perut kaka dah ok makan 3 kali sehari atau 2 kali sehari. dh xragam. mula2 dulu ragam nak minta penampar .
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
bestnya roti canai cicah gula
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 10:26 PM | Show all posts
mahalnya la skrg ni mujur aku tak minat mkn
btw telur ayam kampung mcm hanyir sikit kan bila mkn mentah sbb aku biasa dulu lps workout telan telur mentah
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 10:28 PM | Show all posts
part telur nak makan hak premium..
part roti canei naik rege bising..keh keh keh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2022 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Jitu replied at 6-12-2022 10:26 PM
mahalnya la skrg ni mujur aku tak minat mkn
btw telur ayam kampung mcm hanyir sikit kan bila mkn me ...

Tak kena salmonella ke sis?
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Bertabah la marhein. Moga PM kita dapat membantu dan buat yg terbaik untuk marhein. Dulu masa kempen, PM janji yg marhein akan merasakan kehidupan yg lebih baik, yg tak pernah dirasai sebelum ini. Mohon PM kita yg berintergriti mencuba sedaya upaya untuk menunaikan janji2 nya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2022 10:37 PM | Show all posts

jarang2 kena klu kena pun 2-3 kali gi tandas lega da


Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Telur.ni murah je rm5 . Siap ikat lagi

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 11:56 PM From the mobile phone | Show all posts
lama dh x mkn roti telur dh naik harga ni..korang letak la sukati korang....xde undang2 kena mkn roti tulur...jugok...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 11:59 PM | Show all posts
Once dah naik mmg xkan turun walau harga brg mentah turun..bukan ku xtau perangai peniaga2 tel aviv ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_jeangrey replied at 6-12-2022 11:59 PM
Once dah naik mmg xkan turun walau harga brg mentah turun..bukan ku xtau perangai peniaga2 tel aviv  ...

Betul. Tengok jela haritu masa harga minyak masak naik, amboi.. kemain laju masing-masing naik harga. Minyak dah turun, tak turun pun regenye.

Tel Aviv sangat perangai peniaga macam ni. Semoga dapat la hang pi haji lekaih
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
bunnyj3lly replied at 7-12-2022 12:19 AM
Betul. Tengok jela haritu masa harga minyak masak naik, amboi.. kemain laju masing-masing naik har ...

Boleh tak nk menyumpah peniaga mcm yg mcm ni
Benci btol aku
Semoga mendapat balasan setimpal nnti
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 01:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Artificial eggs bikin lah
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 09:25 AM | Show all posts
Tak minat roti canai bubuh telur hilang rasa asli roti canai dah le mahal pulek tu puikk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2022 11:40 AM | Show all posts
bunnyj3lly replied at 7-12-2022 12:19 AM
Betul. Tengok jela haritu masa harga minyak masak naik, amboi.. kemain laju masing-masing naik har ...

aiyooo minyak masih mahal ye sistur..kat tempat iollss ni paling murah cap buruh rm29.79..lahanat tol..dengan minyak paket payah nk dpat beli kat shopee pun rm4.80 sepeket siap pos..tu blum msuk lagi bahan mentah cam sayur memula harga rm2.59/kg selang 2-3 hari trus naik jadi rm6.59/kg..iollss penah kena masa amik tender time PRU ri tu..haru tau..tu blum lagi tender kantin sekolah..Allah je la yg tau jerih perit peniaga makanan skang ni..

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
mamajawie replied at 7-12-2022 11:40 AM
aiyooo minyak masih mahal ye sistur..kat tempat iollss ni paling murah cap buruh rm29.79..lahanat  ...

supply demand kinda situation. Indonesia restrict export, make sure domestic supply meet baru export. Malaysia takde restriction nak export minyak ni. Harga tengah mahal kan.

What about seller jual minyak masak terpakai? Dapat juga duit utk cover balik harga duit minyak masak tu. Mostly peniaga kecil buang je unless restaurant la. Memang dorg jual minyak masak terpakai tak silap.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
KamikuP replied at 7-12-2022 09:25 AM
Tak minat roti canai bubuh telur hilang rasa asli roti canai dah le mahal pulek tu puikk

Kalo Bawak telor sendiri dari rumah tak boleh keew?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
ninja boy replied at 7-12-2022 01:59 AM
Artificial eggs bikin lah

Quails eggs skg dlm tin dari china ....bens grocer ada
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:02 PM GMT+8 , Processed in 0.090829 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list