Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan yang Jemaah Menteri bersetuju untuk memotong gaji sebanyak 20 peratus setiap bulan. Perkara tersebut telah diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Anwar semalam.
Anwar menjelaskan, perkara tersebut dipersetujui selepas melihat rasa prihatin Jemaah Menteri terhadap masalah yang dihadapi oleh rakyat pada hari ini. “Kami setuju potong gaji 20 peratus setiap bulan,” kata Anwar pada sidang media semalam. Tambah Anwar, pemotongan gaji tersebut akan dibuat sehingga ekonomi negara pulih. Dalam masa sama, Anwar turut mengesahkan bahawa beliau tidak mengambil gaji sebagai Menteri Kewangan.
“Ada orang kata Anwar tidak ambil gaji Perdana Menteri tapi ambil gaji Menteri Kewangan… itu tidak benar…gaji dia satu sahaja,” katanya lagi. Pengumuman Anwar itu bagaimanapun menarik perhatian ramai khusunya netizen. Rata-rata memberikan respons positif terhadap keputusan Anwar yang dilihat maklum terhadap kesusahan rakyat pada waktu ini. Namun, lain pula reaksi yang diberikan oleh pelakon Datuk Fizz Fairuz. Menerusi hantaran di Instagram, Fizz bertanya bagaimana rasanya menjalani pekerjaan tanpa mengambil gaji. Terdahulu, Anwar mengumumkan yang dia menolak daripada menerima gaji Perdana Menteri selain enggan menggunakan kereta berjenama mahal untuk urusan rasmi. Sumber: Gempak |
sapeka replied at 6-12-2022 07:35 PM
Kerja je la macam biasa
Gaji masuk bank
Dia ja tak amik
noorhairiahma replied at 6-12-2022 08:19 PM
Amik gaji berpuluh ribu, salah.
Tak amik gaji, pertikaikan pulak.
scarflicious replied at 6-12-2022 08:15 PM
Artis kan? Camtu lah.
ADVERTISEMENT