CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aliff Aziz Dan Bella Astillah Terkena Sihir Pemisah, Tak Nak Tahu Siapa Yang Buat- "Salah Saya Sebab Suka Tayang Suami"

6-12-2022 06:38 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12088| Komen: 148

Bella Astillah mendedahkan dia suami, Aliff Aziz menanggung derita sejak sebulan lalu akibat perbuatan syirik dipercayai sihir pemisah yang ingin meruntuhkan rumah tangganya.


Bella, 28, berkata, dia dan Aliff sering didatangi mimpi pelik dan apabila perkara itu dirujuk kepada seorang ustaz, mereka dimaklumkan ia mempunyai kaitan dengan niat jahat yang mahu lihat mereka berpisah.

Foto: IG

"Saya boleh katakan hubungan kami dalam tempoh sebulan kebelakangan ini memang tak okey. Kami nampak perubahan dalam diri masing-masing. Bagaimanapun saya bersyukur Aliff mahu berubat demi menjaga hubungan kami.

"Kami selalu mimpi benda yang pelik-pelik... saya pernah mimpi nampak ular dan Aliff pula nampak saya bergaduh dengan lembaga hitam. Kalau nak cerita memang buat saya rasa takut.


"Apabila perkara itu dirujuk kepada ustaz, katanya itu memang satu petanda tidak baik," katanya kepada mStar.



Bella mendedahkan perkara itu ketika sidang media program Famili Duo yang berlangsung di Sri Pentas Bandar Utama, Petaling Jaya pada Selasa.

Menyifatkan ia ujian berat dalam hubungan mereka, Bella yang masih dalam proses rawatan secara perubatan Islam bagaimanapun enggan mengetahui siapa dalang di sebalik perubatan terkutuk itu terhadap keluarganya.

Bella yakin, kematangan dalam rumah tangga dan dugaan dilalui sebelum ini membuatkan mereka kuat mempertahankan kebahagian yang dibina sejak enam tahun lalu.



"Syukur selepas proses berubat kami mula rasa perubahan yang lebih baik. Aliff sekarang masih lagi dalam tempoh berehat. Sepanjang berdepan dengan ujian ini Aliff banyak beri sokongan.

"Sekarang ini kami berdua matang dan tahu untuk mempertahankan rumah tangga. Kami anggap ini sebagai satu ujian dan teguran," ujarnya.

Tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak, Bella melihat apa yang berlaku ini juga berpunca daripada diri sendiri yang sering berkongsi gambar bersama suami di media sosial.

Dalam masa sama, Bella mendedahkan dia hampir menarik diri daripada menyertai Famili Duo yang bakal memulakan siaran pada 18 Disember ini disebabkan masalah kesihatan dialami.



"Sebelum ini saya kurang percaya dengan ilmu sihir begini. Bila terjadi ada diri sendiri barulah tahu. Mungkin salah diri sendiri kerana banyak kongsi gambar bersama Aliff.

"Saya mohon maaf jika perkongsian saya buat orang lain tak selesa," jelasnya.



Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Ayden Adrian, 5, dan Ara Adreanna, 2. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DeLuna85 5-12-2022 03:28 PM
Dia nak cakap dia kena sihirla tu
Quote Rogue98 5-12-2022 03:31 PM
Balik malam2 adalah kut benda yg ikut dia balik...
Quote shernazz 5-12-2022 05:26 PM
Dah kau pu ng menggelinjang cam ular
Mana tak ular tu igt ko geng dia jugak ke
Quote totokreturn. 5-12-2022 05:34 PM
mimpi ular kontot yg dalam seluar tu ke?
Quote virgo19 5-12-2022 05:35 PM
Macam2 pulak penyakit retis semenjak dua menjak ni..
Quote makcun14 5-12-2022 05:35 PM
kena sihir alkisahnya.
Siapa la yang buang masa buang tenaga nak sihirkan retis sendu macam dier ni.
Feefeeling terhebat status tok ti ke ? Pm10 ke, banyak musuh dalam selimut..

Quote stingergrumpy 5-12-2022 05:38 PM
totokreturn. replied at 5-12-2022 05:34 PM
mimpi ular kontot yg dalam seluar tu ke?

Yg dlm seluar Iteww belut, sea urchin bukannya ular....
Quote stingergrumpy 5-12-2022 05:39 PM
shernazz replied at 5-12-2022 05:26 PM
Dah kau pu ng menggelinjang cam ular
Mana tak ular tu igt ko geng dia jugak ke

Ular ko sihat nenaz?
Quote jambatannetizen 5-12-2022 06:41 PM
Boleh percaya ke? Plus, kadang mimpi U*** kadang sebab kau tengok video contoh kat tt, pastu kau mimpi. Kadang ada maksud lain jugak mcm ada orang nak masuk minang bagai2. Boleh percaya ke minah jongang ini? I nyampah dgn dia dgn menari gedik2.
Quote dudaberhias 5-12-2022 06:46 PM
orang melayu sikit2 mimpi ular je kena sihir... sikit2 kedai takde pelanggan je kedai kena sihir... sakit kaki sikit terpleot pun kena sihir... lari ikut jantan pun kena sihir...

dah takde benda lain ke dikkkkk yang nak di ceritakan kat public... asyik2 ular jah jadi mangsa... sian ular asyik di pitenah dek manusia... cuba tukar beruang kutub ke... harimau ke... kurang2 pun sun wukong ke yang muncul dalam mimpi tu... kurang2 sun wukong dah berbini nama hana... yang bakalan jadi dewi guan yin gitteww duduk atas teratai lelaki sesambil roleplay...
Quote Afifi82 5-12-2022 06:55 PM
Sbb mimpi ular tu ke punca dia menari tergedik2 &  terkinjal2? K..
Quote mamastoney 5-12-2022 08:00 PM
makcun14 replied at 5-12-2022 05:35 PM
kena sihir alkisahnya.
Siapa la yang buang masa buang tenaga nak sihirkan retis sendu macam dier n ...

Tu la pasal, retis hebat, ternama, kaya raya setaraf TokTi, xdak pula self claimed sheols kena sihir sbb org dengki
Quote virgocircus 5-12-2022 08:02 PM
Pastu? Bukak la rukyah satu rumah.
Quote ReginaGeorge 6-12-2022 06:12 AM
Oh bella, kesiannya awak. Selalu org kena sihir ni hidup tak lama.. Kesian alip. Kesunyian. Takpalah, klu bella takda nanti, kitorg semua doakan alip jumpa jodoh baru. Dont worry ok. Kesian bella. Dahlah pakai make up pon masih tak lawa.. menari tergedik2 pon alip tak puji. Skrg ni, disihir pula. Malangnya nasib bella. Byk sangat org tak suka dia.. padahal dia hodoh je, bukannya jahat. Pls la yg sihir dia tu… jgn tambah kesakitan bella. Dia pening sampai dahi keluar cecair. Sampai bella jadi kuat marah2. Biasalah pompuan kalu laki tak bg nafkah tu, auto marah2. Tak dapat ular alip, sampai termimpi mimpi ular lain. Jadi tarik balik la sihir tu… Please… jgn buat bella kami mcm ni. Mukq dia tak salah. Walaupon dia jonggang, gigi tebal, gigi besar sampai mulut tak muat…itu bukan asbab nak kenakan dia.
Hati pompuan mana yg tak insecure bila somi segak, handsome, byk job… dan bella pula terpaksa jaga anak siang malam sampai takda masa nak buat bulu mata palsu.
Just please… please jgn sihir bella. Please.
Quote bulalof 6-12-2022 07:31 AM
hrp dptlah perhatian seperti yg dimahukan....
Quote rbmy 6-12-2022 07:36 AM
shernazz replied at 5-12-2022 05:26 PM
Dah kau pu ng menggelinjang cam ular
Mana tak ular tu igt ko geng dia jugak ke

hahahhaha time menari baju pink tu takde mimpi ke?

Quote sangbara2020 6-12-2022 08:11 AM
attention seeker much
Quote akuHavocczz 6-12-2022 08:58 AM
biasalah melayu.. sikit sikit sihir. sikit sikit kena buatan orang. padahal takde apa pun. lepas tu tak habis habis cakap orang dengki dengan depa. padahal takde benda pun nak dengki.
Quote marchikobonzo 6-12-2022 09:12 AM
totokreturn. replied at 5-12-2022 09:34 AM
mimpi ular kontot yg dalam seluar tu ke?

Ahahaha..aiyoooo!! Sebab alep keluar tabligh ke?

Lihat semua komen(148)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 12:57 AM GMT+8 , Processed in 0.138891 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top