CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Jahidah Wanita Koma Dipukul Suami Dah Usia Setahun, Tak Pernah Rasa Belaian Ibu

6-12-2022 05:34 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1290| Komen: 5

SEREMBAN: Ehsan Nufail anak kepada mangsa keganasan rumah tangga yang koma dipukul suami, Jahidah Nodin, 43, genap berusia setahun pada 30 November lalu. 

Adik Jahidah,  Fauziah Nordin, 40, berkata, walaupun baru setahun, kejadian yang menimpa kakaknya itu, seperti baharu sahaja berlaku. 

“Genap setahun umur baby ajaib, baby kak Jahidah, baby ku juga.. Nufail, tepat hujung bulan November lepas.

“Seperti baru semalam semua kejadian yang berlaku, dengan kehadiran Nufail yang lahir semasa ibunya dalam koma,” kongsinya di akaun Facebook miliknya hari ini. 



Fauziah turut berkongsi sebuah video berdurasi tiga minit tiga saat memaparkan wajah Nufail di samping ibunya yang kini masih terlantar di atas katil. 


Menurut Fauziah, kakaknya itu yang teraniaya mengandungkan Ehsan Nufail dalam keadaan koma, namun bayi itu lahir dengan sempurna, sihat dan comel. 

“Moga kami semua terus kuat mengharungi semua ujian yang datang silih berganti. 

“Selamat hari lahir sayang Nufail genap setahun. Moga jadi anak yang soleh, sihat sentiasa, dipermudahkan urusan dunia akhirat dan semoga ibu Nufail boleh sedar sepenuhnya, sihat dan dapat memeluk Nufail,” katanya.


Sebelum ini, media melaporkan dalam kejadian pada 4 Mei 2021, Jahidah yang menetap di Johor Bahru, Johor koma disebabkan kecederaan parah pada kepala.

Tengkoraknya juga terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak dipukul suaminya yang berusia 38 tahun. 

Jahidah pada mulanya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dan kemudian dipindahkan ke Hospital Tuanku Ja’afar,  Seremban atas permintaan keluarga dan nasihat pihak hospital. 

Jahidah selamat melahirkan bayi lelaki, Ehsan Nufail secara pembedahan pada 30 November 2021. – CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 6-12-2022 11:50 PM
Aku xsuka laaa baca cerita psl kakak niii
Sedih bercampur baur dgn geram!!!
Quote Sazreena 7-12-2022 12:56 AM
Auto nangis aku di bucu katil. Aku nak tau jantan sibat tu apa ending dia? Mohon dioku -kan juga biar dia tau rasanya.
Quote rosedemon 7-12-2022 10:26 AM
siann. semoga tabah
Quote boo08 5-12-2024 08:21 AM
Ðð ¥ðµ wåñ† mê †ð?
Quote boo04 9-12-2024 08:22 AM
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 10:41 AM GMT+8 , Processed in 0.295706 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top