CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 671|Reply: 3

Anak Jahidah Wanita Koma Dipukul Suami Dah Usia Setahun, Tak Pernah Rasa Belaian Ibu

[Copy link]
Post time 6-12-2022 05:34 PM | Show all posts |Read mode
SEREMBAN: Ehsan Nufail anak kepada mangsa keganasan rumah tangga yang koma dipukul suami, Jahidah Nodin, 43, genap berusia setahun pada 30 November lalu.


Adik Jahidah,  Fauziah Nordin, 40, berkata, walaupun baru setahun, kejadian yang menimpa kakaknya itu, seperti baharu sahaja berlaku.


“Genap setahun umur baby ajaib, baby kak Jahidah, baby ku juga.. Nufail, tepat hujung bulan November lepas.


“Seperti baru semalam semua kejadian yang berlaku, dengan kehadiran Nufail yang lahir semasa ibunya dalam koma,” kongsinya di akaun Facebook miliknya hari ini.








Fauziah turut berkongsi sebuah video berdurasi tiga minit tiga saat memaparkan wajah Nufail di samping ibunya yang kini masih terlantar di atas katil.


Menurut Fauziah, kakaknya itu yang teraniaya mengandungkan Ehsan Nufail dalam keadaan koma, namun bayi itu lahir dengan sempurna, sihat dan comel.


“Moga kami semua terus kuat mengharungi semua ujian yang datang silih berganti.


“Selamat hari lahir sayang Nufail genap setahun. Moga jadi anak yang soleh, sihat sentiasa, dipermudahkan urusan dunia akhirat dan semoga ibu Nufail boleh sedar sepenuhnya, sihat dan dapat memeluk Nufail,” katanya.





Sebelum ini, media melaporkan dalam kejadian pada 4 Mei 2021, Jahidah yang menetap di Johor Bahru, Johor koma disebabkan kecederaan parah pada kepala.


Tengkoraknya juga terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak dipukul suaminya yang berusia 38 tahun.


Jahidah pada mulanya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dan kemudian dipindahkan ke Hospital Tuanku Ja’afar,  Seremban atas permintaan keluarga dan nasihat pihak hospital.


Jahidah selamat melahirkan bayi lelaki, Ehsan Nufail secara pembedahan pada 30 November 2021. – CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2022 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku xsuka laaa baca cerita psl kakak niii
Sedih bercampur baur dgn geram!!!
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 12:56 AM | Show all posts
Auto nangis aku di bucu katil. Aku nak tau jantan sibat tu apa ending dia? Mohon dioku -kan juga biar dia tau rasanya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 10:26 AM | Show all posts
siann. semoga tabah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:40 PM GMT+8 , Processed in 0.165987 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list