KUALA LUMPUR – Bekas adik ipar Datuk S.M Faisal S.M Nasimuddin memberitahu Mahkamah Majistret di sini hari ini, tujuh tahun lalu kakaknya Emilia Hanafi pernah bercerita dia selalu dipukul oleh suaminya secara berterusan selama tiga hingga empat tahun.
Elisa Nani Hanafi, 38, berkata sepanjang perkara itu berlaku, Emilia Hanafi tidak pernah menceritakan kepada sesiapa dan meminta perkara itu dirahsiakan. “Pada 20 Oktober 2015, dia (Emilia) memberitahu saya bahawa dia telah secara fizikal dipukul oleh Faisal (S.M Faisal) dan berkongsi foto melalui WhatsApp. Emilia memberitahu saya bahawa ia telah berlaku selama tiga hingga empat tahun (2011 hingga 2015) dan masih berterusan. “Dia tidak memberitahu orang lain….dia tidak mahu orang lain tahu dan meminta saya merahsiakannya,” kata saksi itu. Pada masa sama Elisa Nani dalam pernyataan saksinya juga mengesahkan ada pernah menerima gambar melalui WhatsApp daripada Emilia Hanafi yang mana dalam gambar itu terdapat kesan lebam di paha dan tangan. Tambah saksi itu selain dipukul, kakaknya juga pernah menceritakan S.M Faisal pernah melempar pinggan sehingga pinggan itu berkecai. Seperti yang diceritakan, insiden itu berlaku apabila Emilia masak makanan sihat iaitu salmon dengan sos lemon, avocado, buah zaitun dan bayam kerana tahu S.M Faisal sedang berdiet. “Apabila makanan dihidangkan, Faisal (S.M Faisal) melempar pinggan ke arah Emilia dan pinggan itu berkecai. Faisal juga campak Emilia ke lantai beberapa kali, selain mengoyakkan kad hari jadi dan mengunci bilik tidur mereka yang terletak di tingkat tiga, supaya Emilia tidak boleh masuk,” kata saksi itu lagi. Terdahulu ketika membaca pernyataan saksinya, Elisa Nani turut berkata, selepas Emilia memberitahu tentang masalah rumah tangganya itu, sebagai adik dia telah menasihatkan kakaknya itu supaya tidak berputus asa. “Saya memberitahunya, dia (Emilia) adalah orang yang berkahwin dengannya (S.M Faisal) dan jika dia memutuskan untuk memperjuangkan dan menyelamatkan perkahwinan dia tidak harus berputus asa. Saya memberi jaminan bahawa akan menyokongnya tidak kira apa keputusannya,” kata saksi itu lagi. Sebelum ini pada prosiding lalu, saksi itu memberitahu S.M Faisal merupakan satu-satunya teman lelaki kakaknya, Emilia Hanafi sewaktu zaman persekolahan sebelum kedua-duanya berkahwin pada 2004. Emilia dan S.M. Faisal yang ketika itu berusia 15 tahun dan masih bersekolah, berkenalan melalui Ezhan yang merupakan adik lelaki mereka (Emilia dan Elisa) ketika mereka bermain kasut roda. Mengikut pertuduhan, SM Faisal, 43, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Emilia, 43, di sebuah rumah di Desa Sri Hartamas, Brickfields, antara pukul 12.30 tengah hari hingga 4.30 petang, pada 22 November 2015. Pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 326A kanun sama, yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Dalam prosiding hari ini pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria, manakala Elisa turut S.M. Faisal diwakili oleh peguam-peguam Datuk Jagjit Singh dan Datuk Akberdin Abdul Kader. Perbicaraan dihadapan Majistret Nadia Othman bersambung lagi 5 Januari 2023. –CARI Sumber: Kosmo |
auntieagony replied at 6-12-2022 04:52 PM
Ya Allah, berikanlah keadilan kepada isteri2 yg telah diperlakukan secara kejam oleh suami2/bekas su ...
Orenn1 replied at 6-12-2022 11:15 PM
Patutnya nasihat kakak suruh berceraii tinggalkan jantan mcm tu, suruh buat report. Ni siap bagi sok ...
noor2 replied at 7-12-2022 01:51 AM
7 tahun sanggup kena pukul ....euww....pelik....
ADVERTISEMENT