CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Macau Sam Menyamar Jadi Pegawai KKM, Duit Ejen Hartanah RM7.74 Juta Lesap!

6-12-2022 01:43 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 447| Komen: 6

Kuala Lumpur: Ejen hartanah kerugian lebih RM7.74 juta selepas terpedaya dengan taktik baharu sindiket Macau scam yang menyamar sebagai pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, polis menerima laporan daripada wanita berusia 66 tahun terbabit, 12.30 tengah hari semalam.

Menurutnya, mangsa mendakwa menerima panggilan daripada seorang lelaki memperkenalkan diri sebagai pegawai Bahagian Khidmat Pelanggan KKM Cawangan Putrajaya, 18 Mei lalu.


Gambar Hiasan

"Suspek menyatakan bahawa terdapat 52 dos Vaksin Sinovac dimohon atas nama mangsa secara tidak sah dan satu tindakan siasatan sedang dijalankan oleh pihak KKM.


"Panggilan mangsa kemudian disambungkan kepada pegawai 'polis' yang mana dalam perbualan itu, suspek memaklumkan bahawa terdapat waran tangkap atas nama mangsa kerana terbabit aktiviti pengubahan wang haram.

"Mangsa dinasihatkan supaya membuka tujuh akaun bank baharu dan menyerahkan kesemua maklumat akaun itu kepada suspek. Suspek turut mengarahkan mangsa membuat transaksi pemindahan wang simpanannya berjumlah RM7,739,356 ke dalam tujuh akaun berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Amihizam berkata, selepas transaksi berjaya, mangsa membuat semakan dengan pihak Bank Negara Malaysia (BNM) dan dimaklumkan bahawa terdapat transaksi pengeluaran dari tujuh akaun itu.

Berikutan itu, katanya, mangsa tidak puas hati dan rasa tertipu kerana transaksi pengeluaran dilakukan tanpa pengetahuannnya.

Beliau berkata, mangsa kemudian tampil membuat laporan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan sebarang panggilan telefon individu yang tidak dikenali dan pastikan membuat semakan dengan agensi berkaitan terlebih dahulu sebelum membuat transaksi pemindahan wang, tidak mendedahkan data peribadi serta membuat semakan nombor telefon dan nombor akaun di laman web htpp://ccid.rmp.gov.my/semakmule/.

Tambahnya, orang ramai juga boleh membuat laporan ke CCID Scam Response Center di talian 03-26101559 atau 03-26101599 jika mempunyai maklumat berkenaan sindiket penipuan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote rosedemon 7-12-2022 10:24 AM
byknya duit kau. padan muka kena tipu balasan nipu orang kot
Quote Zazama 6-12-2022 10:22 PM
bila scammer talipon, kaka scamming kan dia balik.
Quote KamikuP 6-12-2022 03:06 PM
Mungkin ejen hartanah tu pun kaki sakau duit org. What you give you get back duit tak berkat kekdahnyer ye
Quote whimsicalmusic 6-12-2022 02:56 PM
Buritan: Agaknya dia nipu org kot.. uju ...
mungkin..sbb tu cuak sgt bila ade waran tangkap
Quote ketambangkang 6-12-2022 02:01 PM
bukan calang2 tu ade 7 juta dlm tgn
Quote Buritan 6-12-2022 01:50 PM
Agaknya dia nipu org kot.. ujung ujung 7 juta lingkup

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 11:17 AM GMT+8 , Processed in 0.057806 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top