KOTA BHARU: Pemuda Perikatan Nasional (PN) mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan terus parti mana dalam gabungan itu yang menerima dana Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) daripada syarikat perjudian sebagaimana didakwa.
Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, pihaknya mahu kerajaan menjalankan siasatan dan terus mengemukakan bukti untuk pendakwaan di mahkamah. “Hal ini kerana kamu (Kerajaan Peraduan) ada semua agensi yang boleh melaksanakan forensik audit. Tapi, kalau tak ada, jangan buat fitnah dan persepsi. “Ini satu pemikiran ‘luar biasa’ di mana seorang Perdana Menteri boleh membuat tuduhan seperti itu. Tak munasabah langsung, Kerajaan Kelantan, Terengganu dan Kedah sudah tutup premis judi termasuklah Perlis selepas ini,” katanya semasa siaran langsung di laman sosial Facebook miliknya hari ini bagi menjawab tuduhan Anwar yang membayangkan sebahagian dana pilihan raya PN datang daripada syarikat perjudian yang terlibat dengan cabutan khas judi.
Ahli Parlimen Pasir Mas itu memberitahu, berkemungkinan individu yang membuat tuduhan itu sudah hilang akal. “Bagi kawan-kawan penyokong Barisan Nasional (BN) saya mohon maaf banyak-banyak. Tetapi saya rasa bahawa perkataan seperti ini adalah satu pandangan atau kenyataan daya intelek tuan-tuan sebagai penyokong PH dan BN. “Sepatutnya selepas mesyuarat pertama jemaah Kabinet, sidang media pertama sepatutnya penuh bermaklumat dan ditunggu-tunggu oleh rakyat,” jelasnya. Ketua Pemuda Pas itu berkata, sidang media itu sepatutnya menjelaskan perancangan kerajaan untuk berdepan dengan kemelut ekonomi pada tahun hadapan. Bagaimanapun katanya, Perdana Menteri lebih berminat untuk mengumumkan perkara lain berbanding perancangan kerajaan. Dalam perkembangan lain, kerajaan yang dibentuk menerusi Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan lain-lain bukanlah perpaduan. Katanya, Kerajaan Perpaduan melibatkan semua parti namun PN memilih untuk menjadi pembangkang. “Kerajaan hari ini ialah campuran dan cacamarba yang melibatkan gabungan kleptokrasi dan cauvinis,” jelasnya. – CARI Sumber: Utusan Online
|
Orix replied at 6-12-2022 01:19 PM
gaduh jgan x gaduh... mendapat la ummah yg duk undi BN PH PN ni...
Orix replied at 6-12-2022 01:19 PM
gaduh jgan x gaduh... mendapat la ummah yg duk undi BN PH PN ni...
apam replied at 6-12-2022 01:26 PM
Aritu aku terpangkah pati pejuang. Tapi kalah
Orix replied at 6-12-2022 01:19 PM
gaduh jgan x gaduh... mendapat la ummah yg duk undi BN PH PN ni...
Orix replied at 6-12-2022 01:19 PM
gaduh jgan x gaduh... mendapat la ummah yg duk undi BN PH PN ni...
stingergrumpy replied at 7-12-2022 10:27 AM
Will it make any better if rakyat pilih GTA/Pejuang?
Kesian negarawan kita ...sampai hilang duit ...
Orix replied at 7-12-2022 10:54 AM
of coz better kalau GTA yg menang haritu...
coming soon......
stingergrumpy replied at 7-12-2022 11:06 AM
Until then, lets move on,honouring anf respecting the voices of the people at the ballot box...tak ...
Orix replied at 7-12-2022 11:18 AM
siapa pulak tak move on dan tak honour keputusan PRU 15 in the first place ?
ADVERTISEMENT