CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 965|Reply: 18

Pemuda PN Gesa Anwar Ibrahim Dedah Nama Parti Terima Dana Daripada Syarikat Perjudian

  [Copy link]
Post time 6-12-2022 12:53 PM | Show all posts |Read mode
KOTA BHARU: Pemuda Perikatan Nasional (PN) mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan terus parti mana dalam gabungan itu yang menerima dana Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) daripada syarikat perjudian sebagaimana didakwa.


Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, pihaknya mahu kerajaan menjalankan siasatan dan terus mengemukakan bukti untuk pendakwaan di mahkamah.


“Hal ini kerana kamu (Kerajaan Peraduan) ada semua agensi yang boleh melaksanakan forensik audit. Tapi, kalau tak ada, jangan buat fitnah dan persepsi.


“Ini satu pemikiran ‘luar biasa’ di mana seorang Perdana Menteri boleh membuat tuduhan seperti itu. Tak munasabah langsung, Kerajaan Kelantan, Terengganu dan Kedah sudah tutup premis judi termasuklah Perlis selepas ini,” katanya semasa siaran langsung di laman sosial Facebook miliknya hari ini bagi menjawab tuduhan Anwar yang membayangkan sebahagian dana pilihan raya PN datang daripada syarikat perjudian yang terlibat dengan cabutan khas judi.




Foto: Sinar Daily




Ahli Parlimen Pasir Mas itu memberitahu, berkemungkinan individu yang membuat tuduhan itu sudah hilang akal.


“Bagi kawan-kawan penyokong Barisan Nasional (BN) saya mohon maaf banyak-banyak. Tetapi saya rasa bahawa perkataan seperti ini adalah satu pandangan atau kenyataan daya intelek tuan-tuan sebagai penyokong PH dan BN.


“Sepatutnya selepas mesyuarat pertama jemaah Kabinet, sidang media pertama sepatutnya penuh bermaklumat dan ditunggu-tunggu oleh rakyat,” jelasnya.


Ketua Pemuda Pas itu berkata, sidang media itu sepatutnya menjelaskan perancangan kerajaan untuk berdepan dengan kemelut ekonomi pada tahun hadapan.


Bagaimanapun katanya, Perdana Menteri lebih berminat untuk mengumumkan perkara lain berbanding perancangan kerajaan.


Dalam perkembangan lain, kerajaan yang dibentuk menerusi Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan lain-lain bukanlah perpaduan.


Katanya, Kerajaan Perpaduan melibatkan semua parti namun PN memilih untuk menjadi pembangkang.


“Kerajaan hari ini ialah campuran dan cacamarba yang melibatkan gabungan kleptokrasi dan cauvinis,” jelasnya. – CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2022 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Sediakan bertih jagong dulu dek.. drama dah nak start. File pun dah ada dek kt Putrajaya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 01:19 PM | Show all posts
gaduh jgan x gaduh... mendapat la ummah yg duk undi BN PH PN ni...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 6-12-2022 01:19 PM
gaduh jgan x gaduh... mendapat la ummah yg duk undi BN PH PN ni...

Aritu aku terpangkah pati pejuang. Tapi kalah
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 6-12-2022 01:19 PM
gaduh jgan x gaduh... mendapat la ummah yg duk undi BN PH PN ni...

Ko dapat apa memgundi parti rumah berpuaka. Kelab Che Det bila nak kambuih belakang rumah?

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 02:35 PM | Show all posts
apam replied at 6-12-2022 01:26 PM
Aritu aku terpangkah pati pejuang. Tapi kalah

sama la



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2022 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by makiting at 6-12-2022 02:39 PM



https://t.me/sbemalaysia

Copy&Paste
Sumber : SBEMalaysia Telegram
Yang mana pencen boleh muhasabah diri. Sila tanya duit mari daripada mana. Jangan fikir positive sangat. Pension investment comes largely from Genting too okay, so do not be alarmed and let's continue to do nothing. @sbemalaysia

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada parti hilang deposit tersakiti nampaknya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2022 02:42 PM | Show all posts
Itu yang kau sibukkan ye lobai.
Kerja tak nak buat lepas tu kacau org lain buat kerja.
Korang ni kejanya tau meratib
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Mohon dedah
Bukan sekadar kertas hitam
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 6-12-2022 01:19 PM
gaduh jgan x gaduh... mendapat la ummah yg duk undi BN PH PN ni...

Benda boleh gaduhh.. esok lusa cemolot terus jd suci murni
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Amboi kemain lagi....dana harom pon jadi harus ya
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 08:43 PM | Show all posts
cari pasal ke\ menyusahkan org nak mentadbir negara[ masa PN dulu kenapa tak tanya
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 10:23 AM | Show all posts
taguna taguna taguna tagunaaa
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 6-12-2022 01:19 PM
gaduh jgan x gaduh... mendapat la ummah yg duk undi BN PH PN ni...


Will it make any better if rakyat pilih GTA/Pejuang?

Kesian negarawan kita ...sampai hilang duit deposit...iteww yg aku sampai lani masih terngiang ngiang dalam minda aku...not that he cares of that deposit amt he lost...tapi the manner he lost or had to end his political career...

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 10:54 AM | Show all posts
stingergrumpy replied at 7-12-2022 10:27 AM
Will it make any better if rakyat pilih GTA/Pejuang?

Kesian negarawan kita ...sampai hilang duit  ...

of coz better kalau GTA yg menang haritu...

coming soon......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2022 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 7-12-2022 10:54 AM
of coz better kalau GTA yg menang haritu...

coming soon......


Until then, lets move on,honouring anf respecting the voices of the people at the ballot box...tak berat kheunz?

Anak jiran aju yg 3 tahun  tot dah berpuluh tahun(60yrs plus)kita hirup kencing2(kata perwira) pemimpin2 yg terdahulu ...apa ler sangat taking that chances of having to go through another 5 yrs pada seorang pemimpin yg belum pun sebulan dalam jawatan....?

Iteww yg membezakheun akal fikiran anak jiran aku yg 3 tahun dgn kebanyakkheun mentaliti 3rd world nation of kebanyak rakyat kita yg lain...

Aku.tak sebut kau kheunz?

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 11:18 AM | Show all posts
stingergrumpy replied at 7-12-2022 11:06 AM
Until then, lets move on,honouring anf respecting the voices of the people at the ballot box...tak ...

siapa pulak tak move on dan tak honour keputusan PRU 15 in the first place ?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 7-12-2022 11:18 AM
siapa pulak tak move on dan tak honour keputusan PRU 15 in the first place ?

Takpa anggap aja reply aku iteww ibarat marahkhen anak utk sindir menantu konsepnya....

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:47 PM GMT+8 , Processed in 0.824251 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list