CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Jangan Sesekali Pisahkan Lima Adik-Beradik OKU Kalau Kami Dah Mati"

6-12-2022 12:38 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1847| Komen: 25

JOHOR BAHRU – Di sebalik segala penderitaan akibat menghidap penyakit kronik, sepasang suami isteri yang mendiami rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Stulang di sini, tetap cekal membesarkan enam anak mereka termasuk lima yang bergelar orang kelainan upaya (OKU).


Norain Zailani, 34, berkata, dia menghidap pelbagai penyakit antaranya serangan sistem imun badan iaitu Sistemik Lupus Eri­tematosus (SLE) dan penyakit kulit yang kronik, Diskoid Lupus Eritematosus (DLE).

Malah, suri rumah yang kini hamil lima bulan itu turut menghidap ketumbuhan di salur mata, payu dara dan rahim.

Lebih menyedihkan apabila suaminya, Mohd. Hassan Basri, 40, yang merupakan tulang belakang keluarga turut disahkan menghidap penyakit jantung dan kanser usus kronik.

“Sejak menghidap penyakit jantung, suami tidak lagi bekerja sebagai pengutip barang lusuh dan kini hanya duduk di rumah untuk menjaga anak.

“Dalam keadaan kami yang masing-masing menghidap pe­nyakit kronik, saya tetap risau dengan masa depan anak-anak yang masih kecil,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.


Menurut Norain, hanya anak bongsu mereka yang berusia dua tahun dikategorikan sebagai normal, manakala anak lain yang berusia empat hingga 11 tahun disahkan OKU kategori Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) atau Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif.


Foto: Kosmo

Tambahnya, mereka kini ha­nya bergantung kepada bantuan Baitulmal RM400 dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjumlah RM1,000 bagi meneruskan kehidupan.

“Saya risau mengenang nasib anak-anak bila saya dan suami sudah tidak ada nanti, siapa nak jaga mereka ini. Saya pernah minta mereka diletakkan di pusat jagaan OKU, asalkan mereka tidak dipisahkan,” katanya.

Bagaimanapun, nasib malang keluarga itu mendapat ihsan da­ripada Pasar Raya Econsave Cash And Carry yang tampil menyumbangkan barangan keperluan.

Pengurus Besarnya, Mas Imran Adam berkata, pihaknya memberi sumbangan barangan dan kelengkapan persekolahan kepada keluarga tersebut.

Dalam pada itu, orang ramai yang ingin membantu boleh menyumbang terus ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) bernombor 01002-41-00007440-4 atas nama Norain Zailani atau hubungi di talian 011-63640049. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote emera 6-12-2022 12:41 PM
Adakah maknya tgh preknen?
Quote talapia 6-12-2022 12:44 PM
aku baru baca perenggan ke tiga terus rasa nak marah..

Kau dah ada mcm2 penyakit kronik.... laki kau sakit kronik.. anak kau dah 6 .. 5 OKU.. tetiba pregnant 5 bulan????

kau ingat anak kau bole nganga makan minum air hujan aje ke ha?
Quote emera 6-12-2022 12:55 PM
talapia replied at 6-12-2022 12:44 PM
aku baru baca perenggan ke tiga terus rasa nak marah..

Kau dah ada mcm2 penyakit kronik.... laki ka ...

Percayalah akan berterusan membiak.
Quote Thunderclouds 6-12-2022 01:32 PM
Good lord. I'm refraining myself from saying hurtful things. They.just.never.learn.do.they??
Quote True-X 6-12-2022 01:35 PM
sempat lg preknen
Quote True-X 6-12-2022 01:36 PM
bantuan yg perlu adelah pil perancang
Quote shernazz 6-12-2022 01:37 PM
Kongkek mmg sedap
Tapi perancang jangan lupa..
Kalau kau mcm dr sheikh muszaphar tu takpe...anak 10 pung org takcerca..
Ni ko tak nak.pisahkan depa
Bila kau mati..ada orang kesah? Janji anak2 ko terjaga je dengan sapa sapa yang akan menjaga depa nanti...
Quote Simunggu 6-12-2022 02:03 PM
dah tau bibit baka tak baik kena membaik lagi???
Quote ayukpingu 6-12-2022 02:10 PM
tak kesian ke tengok anak2 10-15 tahun lagi?.
lagi nak ngandung dan beranak...aishhh.
Quote noorhairiahma 6-12-2022 02:13 PM
anak2 pembawa rezeqi katanyaaaaaaaaaaaaaa..........

jangan pertikaikan miskin tapi beranak ramai.

yih!
Quote ketambangkang 6-12-2022 02:18 PM
kesian memang kesian tapi tu lah
Quote Nnasda53 6-12-2022 02:21 PM
Lastnya iols tak tau nak komen apa.
Jenuh tergelak baca komen2 acik porum naik hangin
Quote uori 6-12-2022 02:23 PM
puas hati baca komen memasing
Quote melinda_kerr 6-12-2022 02:23 PM
kenapa mereka tetap nk ada zuriat ...genetic disease kot ni.kalau 2 tu acceptable lgi..tpi sampai 5 kot...
Quote namieamuro 6-12-2022 02:31 PM
berite yg same mcm haritu tu ke? kalau ye, harktuih lagi sekali. mohon nurse kk hadiahkan kondom, pill elak membiak.

mohtip la korg ni. dedua sakit. anak nk ramai. yg dimohon jgn pisahkan dorg kalau dh takde. itu je? kalau takde org mau jage, akhirnye jkm jugak la kne handle
Quote tobobon 6-12-2022 02:33 PM
nurse puaka sudah maki kan mereka ni ker?
Quote pekanwoohoo 6-12-2022 02:36 PM
Orang miskin lah kena beranak setiap tahun, kan anak tu pembawa rezeki. Macamana nak keluar dari kepompong kemiskinan kalau tak beranak sentiasa.
Quote xtinkerbellx 6-12-2022 02:44 PM
Entahlah. Aku yg cukup makan ni pon tak berani dah nak tambah anak. Yg ni bole je mengandung lagi. Nurse tak de membebel ke
Quote rosedemon 7-12-2022 10:19 AM
jgn pisahkan habistu spe yg nak jaga ko senang je ckp tau beranak ramai je

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 11:07 AM GMT+8 , Processed in 0.203196 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top