CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Murid Darjah 2 Tular- Pakai Baju Pengutip Sampah Ke Sekolah, Bangga Dengan Kerja Bapanya

6-12-2022 11:48 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3688| Komen: 52

Langkap: "Auni pilih pakai baju kerja ayah sebab mahu menjaga alam sekitar, sayang dan bangga dengan ayah yang menjaga kebersihan kawasan,"

Itu reaksi Nur Auni Awatif Mohd Anuar, 8, ketika ditanya bapa, Mohd Anuar Muhammad Yusop, 41, mengapa memilih memakai baju kerja bapanya pada pertandingan pakaian beragam bertemakan kerjaya sempena Hari Kanak-Kanak di sekolahnya, di sini, pada 30 November lalu.

Kisah Nur Auni Awatif yang memakai baju kerja bapanya berkerja sebagai pekerja pembersihan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI), di sini, mendapat perhatian warganet selepas videonya dimuat naik bapanya di TikTok, baru-baru ini.


Foto: Harian Metro


Menceritakan kisah itu, ibunya, Nor Fadilah Jaafar, 39, berkata, anaknya memilih memakai pakaian itu kerana menghargai kerja suaminya walaupun cita-citanya mahu menjadi chef.

Guru kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) itu berkata, anak bongsu dari tiga beradik itu sangat rapat dengan bapanya dan sebelum ini pernah mengikut Mohd Anuar membersihkan tapak pasar malam.

"Nur Auni Awatif suka makan dan mahu menjadi chef tetapi dia tidak mahu memakai pakaian itu kerana mahukan kelainan selain sebagai tanda sayangnya pada ayahnya.

"Saya suruh bergaya seperti ustazah pun dia tak mahu dan selepas dipujuk akhirnya Auni mencuba seragam anggota Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) yang dipinjam suami dari rakannya tetapi dia tidak muat serta tidak selesa memakainya.

"Kemudian dia terus mencuba t-shirt kerja suami yang dicari sendiri di almari. Walaupun sedikit besar dia cakap selesa memakainya, malah terus meminta 'pengepit' dan plastik sampah untuk dia gayakan di atas pentas," katanya kepada Harian Metro ketika dihubungi, hari ini.

Nor Fadilah berkata, mereka pada mulanya meminta anak bongsu itu memilih kerjaya lain walaupun itu hanya pertandingan sahaja.

"Kami tanya juga tidak kisah ke pakai baju kerja ayah dan tak sangka Auni cakap 'tak apa, mak dan ayah yang bagi Auni makan, sediakan tempat tinggal dan bangga dengan ayah'.

"Auni bangun awal dan teruja untuk bersiap ke sekolah dan walaupun dia hanya dapat sagu hati saja dalam pertandingan itu tetapi dia tak sedih langsung, malah berasa gembira," katanya.

Sementara itu, Mohd Anuar berkata, dia terharu dan tidak sangka dengan reaksi Nur Auni Awatif kerana anaknya itu masih kecil.

"Saya seperti mahu menangis apabila mendengar apa yang Auni cakap itu sebab tidak malu, malah bangga dengan kerja saya.

"Itu antara kenangan yang mengusik hati saya selain kenangan dia seronok mendapat basikal rosak yang saya beli dengan harga RM10 saja.

"Saya baiki dan cat semula basikal itu dan tetapi dia sangat gembira macam dapat basikal baru.

Saya bersyukur Auni dan dua kakaknya sangat memahami kehidupan sederhana kami," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_premierleag 6-12-2022 11:52 AM
Bagus dik..sucinya hati budak ni sbb nmpk job ini penting dlm society
Terima kasih kpd semua pekerja sbb jaga alam sekitar kami
Quote Samerosie 6-12-2022 11:57 AM
Comel nya adik ni. Acik doakan semoga segala cita2/doa2 adik dikurniakan Allah swt.
Quote tintin22 6-12-2022 12:00 PM
unsung hero,benci la mata masuk habuk
Quote ilahaz 6-12-2022 12:02 PM
good character Auni.. faham kerja ayah.. anak iols pun masa kecil nak jadi 'pengkutip' sampah sbb nak naik lori sampah.. dia kata nk rasa angin haha
Quote elnor_81 6-12-2022 12:13 PM
Bagus adik ni..
Quote shernazz 6-12-2022 12:22 PM
Mesti ayah dia pung terangkan elok2.masa anak nya tanya kerja ayahnya apa..
So inspired gitu anaknya kepada ayahnya...
Kita kalau jawab elok2 dgn anak...buat keje elok2..sure anak akan kagum
Walaupung sebenonya cite2 dia chef kan..
Quote gideoncross 6-12-2022 12:27 PM
tintin22 replied at 6-12-2022 12:00 PM
unsung hero,benci la mata masuk habuk

Aiol plak psl ptong bwang.
Quote gideoncross 6-12-2022 12:28 PM
shernazz replied at 6-12-2022 12:22 PM
Mesti ayah dia pung terangkan elok2.masa anak nya tanya kerja ayahnya apa..
So inspired gitu anaknya ...

Lpas ni anak2 rider plak pkai bju rider.
Quote mayakaren 6-12-2022 12:29 PM
Berhabuk mata..sayang adik
Quote Nyonyaroguy 6-12-2022 12:36 PM
ilahaz: good character Auni.. faham ke ...
Hahahah sama lah denagn adik lelaki saya. Nak kerja macam tu jugak, nak naik lori sampah tu sebab nampak macam best.
Quote talapia 6-12-2022 12:37 PM
tintin22 replied at 6-12-2022 12:00 PM
unsung hero,benci la mata masuk habuk

hahaha.. nyampah kan.. baca menda camni pon bole masuk habuk.. lemahhh..

serious note : benda2 mcm ni yg jarang diketengahkan.. menyentuh perasaan kita..  betapa kita yg dewasa ada yang memandang rendah kerjaya 3D sedemikian... hati mulus anak ini menyanjung tinggi kerjaya bapanya. Syabas ibu bapa anak ni.. berjaya didik anak tinggi empati.
Quote mejaputih 6-12-2022 12:38 PM
ala sape potong bawang ni...
Quote che-cikL 6-12-2022 12:40 PM
Edited by che-cikL at 6-12-2022 12:41 PM

Aduh... Bangganya, bahagianya ibu ayahnya.   Bergenang air mata Acik tumpang rasa bangga. Semoga dipermudahkan perjalanan hidupmu Auni
Quote lazim 6-12-2022 12:42 PM
Klu iols jd juri iols bg dia jadi juara. Benda gini pntg utk ubah mentaliti bdk2.  Byk org pndh kj kutip smph tu kj low class.  Terimgat iols msuk pkaian beragam masa tadika.  Iols mnggayakan Karekter  atas pentas sampai semua penonton gelak.  Iols bt sbb mak iols garang.  Nnt xbt kne mrh.  Tp iols dpt no 1 okeh
Quote sangbara2020 6-12-2022 12:42 PM
sucinya kau dekk...bangga bapaknya
Quote ketambangkang 6-12-2022 12:42 PM
bagus dik, mak ko pon jimat tak payah beli kostum pekerjaan bagai
  
Quote tintin22 6-12-2022 12:50 PM

hahaha
Quote tintin22 6-12-2022 12:51 PM
talapia replied at 6-12-2022 12:37 PM
hahaha.. nyampah kan.. baca menda camni pon bole masuk habuk.. lemahhh..

serious note : benda2 mc ...

kan ,lemah benci

setuju la komen2 uolz
Quote tripleid 6-12-2022 12:58 PM
kerja yg plg underrated kat msia..spatutnya tukang kutip sampah ni plg kurang gaji 3k sebulan..

sumbangan dorg pada negara mmg tak ternilai

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 11:25 AM GMT+8 , Processed in 0.053108 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top