CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Myvi Murah - Rakyat Tunggu Menteri Ekonomi 'Walk The Talk'

8-12-2022 12:25 PM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 2735| Komen: 29

Kredit : warcar


Nampaknya formula menurunkan harga kenderaan yang dikupas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli sebelum ini menjadi isu yang paling ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia.

Ini kerana sejak Rafizi Ramli yang merupakan ahli parlimen Pandan dilantik menyertai kabinet, formula menurunkan harga kereta yang pernah dikupas Rafizi dahulu telah kembali ditularkan netizen.

Formula kiraan tersebut adalah sebahagian daripada manifesto Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu kira-kira 10 tahun lalu. Pada masa itu, beliau mendakwa sekiranya parti berkenaan diberi mandat mentadbir negara, inisiatif Turunkan Harga Kereta akan dilaksanakan.

Memetik kenyataan di laman sesawang rafiziramli.com, kempen Turunkan Harga Kereta ini mula digerakkan sejak 2012.


Kredit : FB Rafizi Ramli via wapcar

Rakyat Malaysia tidak sabar menunggu penurunan harga kereta selepas melihat harga sebenar kereta Perodua Myvi menurut Rafizi hanya sekitar RM25,000 tidak termasuk cukai.

Selain Myvi, harga sebenar tak termasuk cukai kereta Toyota Camry pula ialah RM71,000 manakala harga sebenar Honda Civic kira-kira RM63,000, menurut Rafizi lagi.

Kredit : warcar

Namun, rakyat Malaysia lebih teruja dengan harga mampu milik Myvi pada harga RM25,000 seunit kerana dengan harga serta kemampuannya, kereta tersebut menjadi pilihan orang ramai terutamanya mereka yang baru bekerja.

Namun, yang menjadi kemusykilan kelak, sekiranya cukai-cukai yang dikenakan kepada kereta baharu yang dijual dihapuskan bagaimana agaknya  kerajaan dapat mengganti kehilangan pendapatan itu agar tidak menjejaskan kemampuan kerajaan untuk berbelanja?

Adakah sinar harapan untuk rakyat Malaysia merasa membeli kereta pada harga jauh lebih rendah? -CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Highflyer19 8-12-2022 01:03 PM
Hmmm...knowing rapiji
Quote Omai 8-12-2022 01:22 PM
..... kohkohkoh
Quote netto_ 8-12-2022 01:28 PM
Murahnya maibi, bole beli 2 gini
Quote mikasa 8-12-2022 01:37 PM
Jangan mimpi laa. Kalau turun 10% pun bersyukur sgt
Quote JunkMail 8-12-2022 01:48 PM
Dah lama mengidam maibi model baru.. ada harapan la nak pinang nanti.. syukurrrrrr
Quote ina_na 8-12-2022 01:49 PM
Tunggu gak ni.. alang2 kete skrg ni pun dah rosak..Kalo btl turun harga piji bgtau dl 25k seketul kete..aku jual emas yg ade bl kete..mls nk hutang..Mls nk layan kete rosak nu
Quote ayukpingu 8-12-2022 02:17 PM
ok yb. tolong bagi formula utk kereta range rover pulak. kami rakyat b40 ni tak sabar nak booking.
Quote ReginaGeorge 8-12-2022 02:20 PM
Itu research yang dia buat 10 tahun lalu. Valid lagi ke?
Quote Thunderclouds 8-12-2022 02:24 PM
Every 5yrs iols tukaq keta baru la kalo murah mcm nehhh. Hehehehe
Quote raxief 8-12-2022 02:27 PM
biasanya bila dia dah duduk dlm sistem yg dulu dia kecam, baru dia tau susah nak ubah sistem tu
Quote caprut 8-12-2022 02:31 PM
ReginaGeorge replied at 8-12-2022 02:20 PM
Itu research yang dia buat 10 tahun lalu. Valid lagi ke?

Formula ni pon pas x berjaya buat. Haha
Quote caprut 8-12-2022 02:32 PM
raxief replied at 8-12-2022 02:27 PM
biasanya bila dia dah duduk dlm sistem yg dulu dia kecam, baru dia tau susah nak ubah sistem tu

Kalau ni cmne
Quote caprut 8-12-2022 02:33 PM
ayukpingu replied at 8-12-2022 02:17 PM
ok yb. tolong bagi formula utk kereta range rover pulak. kami rakyat b40 ni tak sabar nak booking.

Yg ni tkde siapa nk tanya ke
Quote Belibis 8-12-2022 02:33 PM
Aku nak kelisa seken jer..4k
Quote raxief 8-12-2022 02:39 PM

ni pun sama la, susah juga nak implement

mcm loan rumah utk state gov servant.. sbb state gov servant tu bape kerat je, boleh la dia bagi
Quote pekanwoohoo 8-12-2022 02:45 PM
Lagi elok kereta mahal-mahal, buat macam Singapore lagi bagus. Takdelah sesak sangat jalan raya. Kereta lama-lama lebih 7-8 tahun tu lupus je. Kalau miskin kau naik je motor anak beranak ramai-ramai. Kalau dah tahu miskin kenapa sibuk beranak-pinak, ye dak?
Quote s@s@ 8-12-2022 02:50 PM
nanti dia cakap x ble turun harga, nak jaga market used car
Quote ResellerMaxis 8-12-2022 02:52 PM
pekanwoohoo replied at 8-12-2022 02:45 PM
Lagi elok kereta mahal-mahal, buat macam Singapore lagi bagus. Takdelah sesak sangat jalan raya. Ker ...


Singapore sebab public transport dia bagus. So penduduk xde private transport pun xde masalah nak naik public transport ke mana mana.

Kl ni dekat klang valley pun hampir mustahil tanpa private transport. Unless rumah walking distance ke train station.

Rasanya zaman ku nan menteri wilayah dulu dan zaman ph pun ada cadangan untuk buat tol kesesakan.

Yang tu mungkin berkesan untuk kurangkan jem. Dan duit kutipan pula guna untuk improve public transport.
Quote jalfa 8-12-2022 03:30 PM
Bolehlah acik porom angkat camry satu sorang

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 09:39 AM GMT+8 , Processed in 0.141714 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top