View: 1930|Reply: 29
|
Myvi Murah - Rakyat Tunggu Menteri Ekonomi 'Walk The Talk'
[Copy link]
|
|
Kredit : warcar
Nampaknya formula menurunkan harga kenderaan yang dikupas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli sebelum ini menjadi isu yang paling ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia.
Ini kerana sejak Rafizi Ramli yang merupakan ahli parlimen Pandan dilantik menyertai kabinet, formula menurunkan harga kereta yang pernah dikupas Rafizi dahulu telah kembali ditularkan netizen.
Formula kiraan tersebut adalah sebahagian daripada manifesto Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu kira-kira 10 tahun lalu. Pada masa itu, beliau mendakwa sekiranya parti berkenaan diberi mandat mentadbir negara, inisiatif Turunkan Harga Kereta akan dilaksanakan.
Memetik kenyataan di laman sesawang rafiziramli.com, kempen Turunkan Harga Kereta ini mula digerakkan sejak 2012.
Rakyat Malaysia tidak sabar menunggu penurunan harga kereta selepas melihat harga sebenar kereta Perodua Myvi menurut Rafizi hanya sekitar RM25,000 tidak termasuk cukai.
Selain Myvi, harga sebenar tak termasuk cukai kereta Toyota Camry pula ialah RM71,000 manakala harga sebenar Honda Civic kira-kira RM63,000, menurut Rafizi lagi.
Kredit : warcar
Namun, rakyat Malaysia lebih teruja dengan harga mampu milik Myvi pada harga RM25,000 seunit kerana dengan harga serta kemampuannya, kereta tersebut menjadi pilihan orang ramai terutamanya mereka yang baru bekerja.
Namun, yang menjadi kemusykilan kelak, sekiranya cukai-cukai yang dikenakan kepada kereta baharu yang dijual dihapuskan bagaimana agaknya kerajaan dapat mengganti kehilangan pendapatan itu agar tidak menjejaskan kemampuan kerajaan untuk berbelanja?
Adakah sinar harapan untuk rakyat Malaysia merasa membeli kereta pada harga jauh lebih rendah? -CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Murahnya maibi, bole beli 2 gini |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan mimpi laa. Kalau turun 10% pun bersyukur sgt |
|
|
|
|
|
|
|
Dah lama mengidam maibi model baru.. ada harapan la nak pinang nanti.. syukurrrrrr |
|
|
|
|
|
|
|
Tunggu gak ni.. alang2 kete skrg ni pun dah rosak..Kalo btl turun harga piji bgtau dl 25k seketul kete..aku jual emas yg ade bl kete..mls nk hutang..Mls nk layan kete rosak nu |
|
|
|
|
|
|
|
ok yb. tolong bagi formula utk kereta range rover pulak. kami rakyat b40 ni tak sabar nak booking. |
|
|
|
|
|
|
|
Itu research yang dia buat 10 tahun lalu. Valid lagi ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Every 5yrs iols tukaq keta baru la kalo murah mcm nehhh. Hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
biasanya bila dia dah duduk dlm sistem yg dulu dia kecam, baru dia tau susah nak ubah sistem tu |
|
|
|
|
|
|
|
ReginaGeorge replied at 8-12-2022 02:20 PM
Itu research yang dia buat 10 tahun lalu. Valid lagi ke?
Formula ni pon pas x berjaya buat. Haha |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
raxief replied at 8-12-2022 02:27 PM
biasanya bila dia dah duduk dlm sistem yg dulu dia kecam, baru dia tau susah nak ubah sistem tu
Kalau ni cmne |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
ayukpingu replied at 8-12-2022 02:17 PM
ok yb. tolong bagi formula utk kereta range rover pulak. kami rakyat b40 ni tak sabar nak booking.
Yg ni tkde siapa nk tanya ke |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Aku nak kelisa seken jer..4k |
|
|
|
|
|
|
|
ni pun sama la, susah juga nak implement
mcm loan rumah utk state gov servant.. sbb state gov servant tu bape kerat je, boleh la dia bagi
|
|
|
|
|
|
|
|
Lagi elok kereta mahal-mahal, buat macam Singapore lagi bagus. Takdelah sesak sangat jalan raya. Kereta lama-lama lebih 7-8 tahun tu lupus je. Kalau miskin kau naik je motor anak beranak ramai-ramai. Kalau dah tahu miskin kenapa sibuk beranak-pinak, ye dak? |
|
|
|
|
|
|
|
nanti dia cakap x ble turun harga, nak jaga market used car |
|
|
|
|
|
|
|
pekanwoohoo replied at 8-12-2022 02:45 PM
Lagi elok kereta mahal-mahal, buat macam Singapore lagi bagus. Takdelah sesak sangat jalan raya. Ker ...
Singapore sebab public transport dia bagus. So penduduk xde private transport pun xde masalah nak naik public transport ke mana mana.
Kl ni dekat klang valley pun hampir mustahil tanpa private transport. Unless rumah walking distance ke train station.
Rasanya zaman ku nan menteri wilayah dulu dan zaman ph pun ada cadangan untuk buat tol kesesakan.
Yang tu mungkin berkesan untuk kurangkan jem. Dan duit kutipan pula guna untuk improve public transport. |
|
|
|
|
|
|
|
Bolehlah acik porom angkat camry satu sorang |
|
|
|
|
|
|
| |
|