CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Masih Di ICU, Ungku Ismail Gesa Netizen Bantu Report Berita Palsu Tentang Nad Zainal

5-12-2022 09:11 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2475| Komen: 15

Ungku Ismail meluahkan rasa kecewa susulan tular berira berbaur fitnah tentang kesihatan rakannya iaitu Nad Zainal yang kini sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) akibat jangkitan kuman pada paru-paru.


Selain memohon perkara tersebut dihentikan, Ungku dalam masa sama berharap netizen dapat memberi kerjasama supaya menekan butang 'report' jika terlihat isu tersebut di sosial media.

Foto: IG

"Berita yang keluar sebelum ini amat mengecewakan. Saya harap tidak ada mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan buat cerita.

"Kalau anda semua prihatin, boleh cuba report untuk elak perkara begini berleluasa. Kalau bukan dari sumber sahih, kita boleh ambil tindakan," katanya.



Ungku berkata demikian dalam satu perkongsian terbaharu di laman Instagram miliknya.

Sementara itu bercakap tentang perkembangan terkini Nad, Ungku memaklumkan keadaannya masih sama seperti dilaporkan pada Sabtu lalu yang mana Nad masih direhatkan.



"Tidak ada apa-apa untuk saya update. Nad masih di ICU untuk proses pemulihan," jelasnya ringkas.

Dalam masa sama, Ungku juga memberitahu lebih memberi fokus kepada tahap kesihatan Nad sekarang ini berbanding untuk mengambil tahu akan cerita-cerita yang tidak benar.

Dia juga sekali lagi sempat mengucapkan penghargaan buat peminat yang tidak putus-putus bertanya khabar selain menyampaikan sumbangan menerusi tabung dana yang dilancarkan sebelum ini.



"Dalam keadaan sekarang ini fokus utama saya adalah tahap kesihatan Nad," tegasnya.

Pada Sabtu lalu, Ungku memaklumkan keadaan paru-paru Nas masih belum kuat dan disebabkan dia kembali direhatkan selepas mula sedar sehari sebelumnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote annadonna 5-12-2022 09:17 PM
Eh cukuplah satu thread pasal ni. Nad tu  tengah proses penyembuhan buat apa nak bising bisingkan lagi. Dari kesian jadi meluat pulak nanti.
Quote virgocircus 5-12-2022 09:22 PM
Alhamdulillah. Cepat2 sembuh ya nad. Aamiin
Quote virgocircus 5-12-2022 09:22 PM
annadonna replied at 5-12-2022 09:17 PM
Eh cukuplah satu thread pasal ni. Nad tu  tengah proses penyembuhan buat apa nak bising bisingkan la ...

Xleh wat ape chuols. Wartawan cari kebal. Hehe
Quote AcikBuncit 5-12-2022 11:39 PM
Acik rse mkin meluat plk tgk ungku ni dok update2 mcm dia laki nad plk. Mcm xmanis di mata acik ni bila org tau dia dok 24jam ngekor nad kat hosp. Snyap2 dh la.. Kalo ada progress bru, bru ckp. Ke hati acik yg terlalu hitam.. Hahaha
Quote umisha 6-12-2022 09:31 AM
Semoga segera sembuh, pulih sepenuhnya.
Quote acepark 6-12-2022 10:06 AM
semoga cepat sembuh nad
Quote rosedemon 6-12-2022 10:32 AM
halah halahhh terpalingnya
Quote elnor_81 6-12-2022 10:53 AM
AcikBuncit replied at 5-12-2022 11:39 PM
Acik rse mkin meluat plk tgk ungku ni dok update2 mcm dia laki nad plk. Mcm xmanis di mata acik ni b ...

Igtkan aku je meluat.
Quote puteribunga 6-12-2022 10:56 AM
AcikBuncit replied at 5-12-2022 11:39 PM
Acik rse mkin meluat plk tgk ungku ni dok update2 mcm dia laki nad plk. Mcm xmanis di mata acik ni b ...

sama la... sikit2 sudah... ni hari2 plak dia nak update
Quote Miss.Rara 6-12-2022 11:48 AM
AcikBuncit replied at 5-12-2022 11:39 PM
Acik rse mkin meluat plk tgk ungku ni dok update2 mcm dia laki nad plk. Mcm xmanis di mata acik ni b ...

kannn... beria benor duk update condition nad...
org tu baru lepas cerai jerr kan..

macam org tu jatuh sakit tetiba dia mula nak terjatuh cinta pulak... kemain beria nak risau... hahah

macam dalam drama
Quote jalfa 6-12-2022 11:56 AM
Halah halah ko ni x relek la .. pls la stop komen berkaitan nad
Quote prince_marhaen 6-12-2022 12:10 PM
TERPALING BOYFRIENDDDDDD EHH!
Quote KBW2 6-12-2022 12:22 PM
Bukankah dia kata dah tak nak bagi apa-apa kenyataan pasal keadaan Nad lagi? Bikin tak serupa cakap?
Quote Chrating 6-12-2022 12:44 PM
Bukan dia kata dah stop nak udpate pasal Nad ke...

Terfikir juga dalam keadaan bahagia bersama Nad sebelum ni tiba-tiba Allah tarik nikmat.  Kadang-kadang Allah nak uji hubungan kita, kadang-kadang Allah nak kita muhasabah diri, jgn berlebihan tunjuk kebahagian di atas penderitaan orang lain, mana tahu mungkin bekas suami atau anak-anak Nad sgt sedih dengan perpisahan ini masih baru lagi, lain lah dah bertahun...Wallahualam.
Quote shahima99 6-12-2022 02:21 PM
byk sgt umah psl dia..update benang lama pun voleh kanns..

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 11:07 PM GMT+8 , Processed in 0.260958 second(s), 45 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top