Pelantikan Timbalan Perdana Menteri akhirnya meniti titik noktah bila mana pada 2 Disember 2022 (Jumaat) lalu, Perdana Menteri ke-10 Datuk Seri Anwar Ibrahim memutuskan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalan beliau.
Sejurus pelantikan tersebut diumumkan, media sosial dibanjiri dengan pelbagai titipan ucapan tahniah buat Zahid Hamidi malah Siti Kasim juga tidak ketinggalan menitipkan ucapan tahniah dan berharap Timbalan Perdana Menteri baru berkenaan di laman Twitter. Melihat ciapan yang ditulis, Siti Kasim berharap Zahid mampu membanteras kegiatan rasuah dari ke akar umbi setelah memegang jawatan penting dalam kerajaan baharu.
“Alhamdulillah.. Datuk Seri Zahid menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia.. Semoga Datuk Seri Zahid mampu bersama Perdana Menteri membanteras RASUAH dari akar umbi..” Ciapan dari aktivis dan juga peguam terkenal itu mendapat pelbagai reaksi serta respon orang ramai di media sosialnya, rata-rata warganet memberi kiasan bagi menggambarkan pandangan mereka terhadap timbalan perdana menteri baru berkenaan. “Kleptokrat kembali berkuasa! Hidup kleptokrat! Hidup kabinet kleptokrat! Hidup pakatan kleptokrat! Kini semua boleh merompak bersama!” “FBI upah penjenayah hebat bekerja untuk melawan penjenayah lain. Kita juga patut ambil JLow dan Jibby.” Ciap mereka “Seseorang yang korap membanteras RASUAH? Bagaimana ni?” “Pertama sekali isytihar aset sebelum dia mula bertugas sebagai Timbalan Perdana Menteri.. Kalau tidak apa kredibiliti yang dia ada….!!!” Ciap warganet Sekadar info, pada 2 Disember lalu Datuk Seri Anwar Ibrahim membuatkan pengumuman bersejarah di mana beliau melantik dua Timbalan Perdana Menteri bagi kerajaan baru iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan juga Datuk Seri Fadillah Yusof. Kedua-dua timbalan perdana menteri ini juga memegang jawatan dalam kabinet, dimana Zahid menyandang jawatan sebagai Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, manakala Fadillah menggalas jawatan sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi. -CARI Sumber: Murai.my
|
kelana36 replied at 6-12-2022 07:23 AM
walupun sarcasm tapi berkemungkinan menjadi benar...
Orang yang selalu berbuat maksiat kalau letak ...
ADVERTISEMENT