CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Putera Qatar Tular Di China, Muka Comel Disamakan Dengan Maskot Piala Dunia

5-12-2022 04:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1651| Komen: 11

DOHA, Qatar – Seorang ahli keluarga diraja Qatar, Abdulrahman Fahad al-Thani  menjadi sensasi di media sosial China selepas ekspresi wajah beliau semasa menonton perlawanan Piala Dunia tular dalam kalangan netizen, lapor laman berita Wion News semalam.


Reaksi wajah Abdulrahman, 16, disifatkan sebagai ‘amat comel’ yang menyebabkan beliau digelar ‘putera pembalut dumpling’ dalam kalangan netizen di laman sosial China, Weibo.

Gelaran itu merujuk kepada gurauan netizen di China mengenai maskot Piala Dunia, La’eeb yang dikatakan kelihatan seperti pembalut dumpling (sejenis makanan tradisional China).



Abdulrahman sedang menonton perlawanan  Qatar menentang Ecuador, yang menyaksikan pasukan tuan rumah kalah 0-2, menyebabkan beliau kelihatan kecewa.


Ramai netizen di China berkata, kain egal berwarna putih yang dipakainya, menyebabkan  ekspresi wajah Abdulrahman kelihatan seperti La’eeb.

“Kami menyukainya kerana beliau amat comel. Tiada kaitan dengan politik,” kata seorang netizen.

Menyedari populariti yang diterima, Abdulrahman membuka akaun Douyin iaitu aplikasi TikTok  versi China.

Dalam tempoh kurang seminggu, beliau menerima lebih 15 juta pengikut selain pengguna Douyin turut cuba meniru ekspresi wajah Abdulrahman.

Beliau turut menyertai laman Weibo dan menamakan dirinya sebagai Little Prince La’eeb dan menerima lebih 2.5 juta pengikut.

“Saya hanya memberi reaksi biasa. Saya tidak menyangka reaksi itu akan popular sehingga ke China atau di mana-mana sahaja.

“Kepada semua peminat di China, anda dialu-alukan untuk datang ke Qatar bagi melihat budaya kami yang hebat,” katanya kepada stesen penyiaran CCTV. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 6-12-2022 09:37 AM
tak sama langsung tak comel
Quote pekanwoohoo 6-12-2022 09:47 AM
Wow. Komunis China tak block ke content dari Arab? Nanti terjadi Muslim menggelupur Cina pendatang
Quote syaz_lina 6-12-2022 09:49 AM
Agak2 la..comey apanya
Quote she 6-12-2022 09:51 AM
Abang dia hensem
Boleh lah nak buat menantu
Itupun kalau dia sudi dekkk
Quote JunkMail 6-12-2022 09:52 AM
Comel lah sebab kayoooo... Kalau marhaen muka camni kena cerca bertubi-tubi
Quote dani-rox 6-12-2022 09:55 AM
Tak comel pun. Tak cukup utk menutup isu corruption and human rights violations, termasuk kematian beribu2 org buruh migrant yg membina projek WC.
Quote sangbara2020 6-12-2022 10:48 AM
lah cmtu ke comel taraf kau netizen
ke sebab berkepuk
Quote KamikuP 6-12-2022 11:01 AM
Comey ke cuolls? ekekeke
Quote edayildiz 6-12-2022 11:37 AM
tggu dah akil baligh nnti beratur semua
Quote supernaturalee 6-12-2022 11:39 AM
sangap ke dekkkk


Quote airfilterkotor 6-12-2022 11:43 AM
Buta seni ke hape cina-cina ni.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 10:53 PM GMT+8 , Processed in 0.081948 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top