Ashraf Muslim dikejarkan ke sebuah hospital di Kuala Terengganu selepas terjatuh akibat ditendang seekor kuda yang ditunggang rakannya dalam satu acara, kelmarin.
Ashraf yang kini mendapatkan rawatan pesakit luar di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini, berkata, dia bersyukur apabila tidak mengalami kecederaan teruk, sebaliknya hanya cedera ringan di bahu kiri dan kanannya. "Terima kasih kepada yang mendoakan saya. Alhamdulillah kesakitan pada bahagian bahu ada kurang sedikit. Sekarang saya di PPUM sebab kemungkinan tisu di bahagian bahu saya koyak. Semalam saya sudah dibenarkan pulang ketika menerima rawatan di hospital di Kuala Terengganu.
"Nasib baik tiada anggota badan yang patah. Biasalah adat bersukan, tak sakit tak perlu bersukan. Kalau tak nak sakit jangan bersukan," katanya.
|
ADVERTISEMENT