CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Bila Masa Saya Kritikal?" Nash Bengang! Cuma Sakit Pinggang, Doktor Suntik Dah Lega

5-12-2022 03:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 989| Komen: 8

Description: "Memang saya kena sakit pinggang yang amat sangat, tapi tidaklah sampai kritikal," kata Datuk Nash, 63, mengenai penyebaran berita palsu mengenai keadaan kesihatannya yang dikatakan kritikal oleh bebe ...
"Memang saya kena sakit pinggang yang amat sangat, tapi tidaklah sampai kritikal," kata Datuk Nash, 63, mengenai penyebaran berita palsu mengenai keadaan kesihatannya yang dikatakan kritikal oleh beberapa portal berita.


Nash berkata, penyebaran berita palsu ini membuatkan ada dalam kalangan adik-beradik, saudara-mara dan sahabat baiknya menghubungi bertanyakan perkara sebenar.


Foto: IG

"Mereka bertanya betulkah yang saya ini dalam keadaan teruk sangat dan kritikal? Ada yang menangis teresak-esak bila dengar suara saya dalam telefon.

"Apapun saya maafkan mereka yang buat laporan perkara tak betul dan juga mereka yang muat naik kembali gambar saya terbabit dalam kemalangan jalan raya dua tahun lalu


"Tak apalah perkara dah pun berlaku, saya maafkan. Terima kasih sekali lagi dan saya juga doakan yang baik-baik untuk semua. Aamiin Ya Rabbal Alamiin," katanya menerusi video di Facebook, hari ini.

Dalam hantaran itu, Nash juga merakamkan ucapan terima kasih buat semua sahabat-sahabat dalam Facebook atas doa dan ucapan untuknya.

"Terima kasih kepada seluruh peminat-peminat atau penggemar-penggemar saya di seluruh negara termasuk di Sabah, Sarawak, Brunei, Singapura dan juga sahabat saya di Makkah.

"Alhamdulillah saya mendapat doa dan nasihat penuh kasih sayang daripada mereka-mereka ini berkenaan kesihatan saya," katanya.

Semalam, Nash yang juga penyanyi Lefthanded meminta rakan-rakan dan peminat mendoakan keadaannya yang sukar bergerak akibat tersalah urat agar kembali pulih.

Nash yang baru pulang dari Sarawak terus menghadiri jemputan kahwin anak rakannya di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur.

Dia tiba agak lewat dan sebelah malam akan menghadiri satu lagi jemputan kahwin di Bandar Sungai Long, Kajang.

"Itu yang macam nak cepat-cepat siap. Tiba kat rumah dah nak masuk waktu Maghrib. Saya pun ambil wuduk sambil berdiri dan bila membongkok nak basuh lengan tangan, pinggang saya terus tersentap dan terus tak boleh berdiri tegak.

"Sakitnya Allah saja yang tahu. Seluruh badan saya 'cramp' (kejang), kaki tak boleh gerak. Panggil anak saya untuk bantu saya berjalan. Solat Maghrib pula terpaksa guna kerusi," tulisnya.

Menurutnya, sebaik selesai solat, dia meminta anak dan menantunya menghantarnya ke sebuah pusat perubatan di Shah Alam.

"Doktor terus bagi suntikan supaya saya rasa lega," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 5-12-2022 03:46 PM
Oklah tok nash. Semoga cepat sembuh. Jgn tonggeng2 lagi.
Quote prince_marhaen 5-12-2022 05:21 PM
Tok Nash ni antara artis yang sihat kuat, tegap sangat badan heols. Pernah jumpa few times dekat event few years ago, he's so charming..tinggi jugak ye.. manis manis manggis gittew....dah lah wangiii bau mahalll... kemas je.. asal borak je gelak..so humble.. semoga Tok Nash sentiasa sihat ye... ;p
Quote annadonna 5-12-2022 05:32 PM
Memanglah ada sorang friend aku kat facebook semalam. Punya bodoh sampai update status "mula mula nad zainal kini nash" padahal orang tu salah urat aje pun. Kimak punya netizen
Quote virgocircus 5-12-2022 07:53 PM
Bertabahlah netizen ni main sebat je.
Quote Goodluckdontcry 5-12-2022 11:05 PM
Tp tgh hari td, dlm kereta den dgr radio sinar..pastu den dgrla yg segment quick news tu..penyampai tu pun bgtau, nash msk hospital sbb slh urat, tp kritikal..terkejut juga den..hampeh btl la..xblh ke sampaikan berita yg btl..takpun cekla dulu kesahihannya..apo??
Quote anilanil 5-12-2022 11:07 PM
Tak pasal2 tok nash jadi marketing tool agent insurance.
Quote shernazz 5-12-2022 11:09 PM
Sabo jelah
Iols ada baca dalam.fb smalam
Katanya doakan nash
Haha
Iols igt mmg dah habis ke apa
Quote rosedemon 6-12-2022 10:22 AM
ok gws nash

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 08:44 PM GMT+8 , Processed in 0.053697 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top