Putrajaya: Hanya Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang tidak menghadiri mesyuarat khas Kabinet Kerajaan Perpaduan hari ini.
Perkara itu disahkan pegawai Pejabat Perdana Menteri hari ini yang memaklumkan menteri berkenaan mempunyai urusan di Qatar. Beliau bagaimanapun tidak memperincikan urusan berkenaan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet Kerajaan Perpaduan di Perdana Putra di sini, tiga hari selepas senarai anggota Jemaah Menteri diumumkan Jumaat lalu. Barisan Kabinet dianggotai 28 menteri serta dua Timbalan Perdana Menteri, selain Anwar sendiri memegang portfolio Menteri Kewangan.
Mesyuarat pertama yang dihadiri Jemaah Menteri kecuali Tengku Zafrul itu bermula jam 10 pagi. Anwar tiba di bangunan Perdana Putra itu pada 8.10 pagi sebelum mempengerusikan mesyuarat khas berkenaan. Anwar, 75, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 24 November lalu, hampir seminggu selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) menyaksikan tiada mana-mana parti politik mahupun gabungan berjaya memperoleh jumlah kerusi mencukupi untuk membentuk kerajaan. -CARI Sumber: Harian Metro
|
mojarean_X replied at 5-12-2022 03:34 PM
ari tu pun menteri2 umno dok lepak2 umah wak sambil tgk pengumuman bang non pun dia tiada
exclusive_vvip replied at 5-12-2022 02:56 PM
dah tau diri tu tgh diperhatikan rakyat, masuk je la dulu meeting ni..urusan apa yg penting sgt smpi ...
exclusive_vvip replied at 5-12-2022 03:56 PM
dah tau diri tu tgh diperhatikan rakyat, masuk je la dulu meeting ni..urusan apa yg penting sgt smpi ...
totokreturn. replied at 5-12-2022 04:17 PM
korang ni pikir la logik sikit
dia dilantik pun atas arahan sapa?
bakingsoda replied at 5-12-2022 03:42 PM
tengok world cup lettew
Kak-Rohana replied at 5-12-2022 03:59 PM
Si Hadi rindu tak jd duta …
alesandra replied at 5-12-2022 04:51 PM
ydpa pun lps kabinet angkat sumpah haritu pegi qatar.husnuzonnnn .....jumpa pelabur2 dari ereb qat ...
ADVERTISEMENT