Melaka: Pekerja restoran asam pedas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas pertuduhan merakam gambar pelanggan premis itu sedang membuang air kecil menggunakan telefon bimbit, bulan lalu.
Tertuduh, Muhammad Azizi Hazim Kamarudin, 18, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mazana Sinin. Mahkamah bagaimanapun menangguhkan hukuman terhadap pesalah itu pada 11 Januari depan bagi mendapatkan laporan akhlaknya daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Mengikut pertuduhan, remaja lelaki itu didakwa mengaibkan kehormatan seorang wanita dengan cara merakam gambar mangsa sedang buang air kecil di tandas sebuah restoran asam pedas tanpa pengetahuannya menggunakan telefon bimbit yang mengganggu kesantunan mangsa.
Kesalahan itu dilakukan di restoran berkenaan di Jalan PM3, Plaza Mahkota, dekat sini, pada 14 November lalu, jam 3.35 petang. Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Mengikut fakta kes, antara lain mangsa bersendirian ke tandas itu sebelum ternampak telefon bimbit dihalakan tepat ke arahnya dan menjerit untuk mendapatkan pertolongan. Timbalan Pendakwa Raya, J Banusha berhujah supaya hukuman setimpal dikenakan sebagai pengajaran kepada tertuduh kerana perbuatannya yang menjurus kepada mengaibkan mangsa serta mencadangkan jaminan RM8,000 bagi membebaskannya sementara menunggu laporan akhlak disediakan. Bagaimanapun, peguam Muhammad Izzuddin Ab Malek merayu hukuman ringan dikenakan kepada Muhammad Azizi selaku pesalah muda dan wajar diberi peluang untuk membaiki diri. Katanya, tertuduh bekerja di restoran tempat kejadian dengan pendapatan RM350 seminggu dan perlu menyara kedua ibu bapanya selain sudah insaf dan berjanji tidak mengulangi kesalahan itu. Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 Januari tahun depan untuk sebutan semula kes bagi fakta dan hukuman serta laporan akhlak. -CARI Sumber: Harian Metro
|
KamikuP replied at 5-12-2022 07:39 AM
Apa nama restoran asam pedas kat Melaka tu cuolls?
Yg meolls ingat Restoran 35 yg owner dia makcik ...
xtahumenahu replied at 5-12-2022 03:01 PM
yang aku makan sedap ..Asam Pedas Pak Man..dekat dengan Zoo Melaka
harap2 adik2 kat situ x buat hal
LadyCarefree replied at 5-12-2022 04:14 PM
iols makan kat kedai baru dia. 1st time sebab kawan bawa. xsedap mana.
xtahumenahu replied at 5-12-2022 03:56 PM
kedai baru kat mana?
aku suka laaa asam pedas tetel dia..
ikan mayong n pari aritu keras sket
Kak-Rohana replied at 5-12-2022 08:59 PM
Anat nye perangai.. org gi mkn asam pedas dia intai asam keping kiter pulak dek
Kak-Rohana replied at 5-12-2022 08:59 PM
Anat nye perangai.. org gi mkn asam pedas dia intai asam keping kiter pulak dek
ADVERTISEMENT