SEBERANG PERAI – Sebuah blok pangsapuri di Perai di sini, yang sebelumnya tular sebagai flat paling kotor di Pulau Pinang kini diisytihar sebagai lokaliti wabak tidak terkawal dan berpotensi sebagai lokasi bahaya susulan lima kes demam denggi direkodkan sejak 6 November lalu.
Ketua Inspektorat Cawangan Penyakit Bawaan Vektor, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP), Mohd. Wazir Khalid berkata, berdasarkan satu pemeriksaan khas yang dijalankan di kawasan terbabit, terdapat banyak lokasi atau tempat yang tidak sepatutnya berlaku pembiakan nyamuk itu. Beliau berkata, ini termasuk lopak-lopak air di bahagian lantai, longkang yang tidak ditutup dengan dengan sempurna serta kawasan-kawasan takungan air yang ‘diceroboh’ atau dibiarkan tanpa pemantauan sesiapa. Lebih mengejutkan katanya, hampir setiap tingkat di blok pangsapuri setinggi 20 tingkat itu dikesan ditakungi air yang mengandungi tempat pembiakan jentik-jentik. Mohd. Wazir menunjukkan sampel jentik-jentik yang dijumpai di kawasan takungan air di sekitar sebuah blok pangsapuri yang kotor di Perai, Butterworth, di sini hari ini. “Kita akan hantar (sampel jentik-jentik ini) ke makmal untuk dianalisis bagi memastikan sama ada ia (jentik-jentik itu) tergolong dalam kategori ‘albopictus’ atau ‘Aegypti’. “Sebenarnya, kedua-dua kategori ini boleh menyebabkan demam denggi dan kita berasa risau sekiranya berlaku peningkatan kes di sini kerana ia berisiko untuk membawa kepada kematian,” katanya kepada pemberita selepas mengetuai operasi mencegah denggi atau Op Vektor di sini, hari ini. Mohd Wazir berkata, ini kali keempat operasi seperti itu dibuat di kawasan berkenaan sepanjang tahun ini dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Tengah (PKDSPT) selain tiga kali pemantauan yang dijalankan oleh unit di bawah seliannya. Bagaimanapun katanya, tiada sebarang perubahan berlaku khususnya dari segi kebersihan di sekitar blok pangsapuri berkenaan. Menurut beliau, pihaknya juga ada menganjurkan satu taklimat dan gotong-royong di sini, namun ia tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan sehingga sesi tersebut terpaksa dibatalkan beberapa minggu lalu. “Saya difahamkan bahawa blok pangsapuri ini telah wujud di sini sejak lebih 20 tahun lalu dan pernah ditularkan beberapa tahun lepas kerana persekitarannya yang terlalu kotor dan menjijikkan. “Bagaimanapun, senario itu masih sama hingga ke hari ini. Justeru, saya berharap agar penghuni yang terlibat serta masyarakat sekitar lebih bekerjasama dalam menangani isu ini daripada terus berlarutan,” ujarnya. – CARI Sumber: Kosmo
|
bulalof replied at 5-12-2022 04:30 PM
malis perbandaran pun bodoh takde campur tangan.
pasa replied at 5-12-2022 04:36 PM
kenapa pulak PBT yg kene bang Check dulu pengurusan strata ni under sapa kenapa CM / JMB ber ...
intan244 replied at 5-12-2022 09:58 PM
flat mana ni
pasa replied at 5-12-2022 04:36 PM
kenapa pulak PBT yg kene bang Check dulu pengurusan strata ni under sapa kenapa CM / JMB ber ...
bulalof replied at 5-12-2022 04:39 PM
ye betul tu. cuma saya geram kalau dah culas sgt sampai JMB pun x berfungsi, saya rasa baik agensi ...
pasa replied at 6-12-2022 09:44 AM
Flat ni dah lama pemaju pun dah serahkan JMB ni pada persatuan penduduk. Ummah PPR kalau JMB meet ...
naina replied at 5-12-2022 10:47 PM
Aku rasa kerajaan tak perlu sediakan rumah flat kos rendah untuk orang susah cmni. Memang takda ke ...
bulalof replied at 6-12-2022 09:46 AM
kalau begitu susah nak betulkan keadaan.
cuma harap ada yg boleh amik kuasa JMB utk betulkan kead ...
pasa replied at 6-12-2022 09:59 AM
tu lah apa pun kene berbalik pada penduduk juga. Cuba kira gaji mackcik cleaner 5 org x 1300 gaji ...
ADVERTISEMENT