CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nabila Razali Tak Cukup Rehat Sebab Tu Menyanyi Sumbang, Terluka Baca Netizen Kutuk Suara

5-12-2022 10:13 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4051| Komen: 51

Nabila Razali menjelaskan bukan suka-suka menyanyi dalam nada sumbang sehingga dia tidak mendapat belas kasihan netizen yang menghina kredilibitinya sebagai penyanyi.


Kata Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 30, sebagai penyanyi dia sudah cuba memberikan yang terbaik setiap kali naik ke atas pentas namun terdapat pelbagai faktor menganggu persembahannya.


Foto: IG

"Pada hari pelancaran saya tidak cukup rehat dan itu salah satu faktor nyanyian sumbang tetapi saya tidak mahu jadikan ia sebagai alasan.

"Perkara pun sudah berlaku, orang pun dah post nak buat apa lagi, enjoy sahaja... saya tak salahkan sesiapa tetapi saya sendiri yang bersalah.


"Sebagai penyanyi saya tak akan sengaja menyanyi sumbang tetapi perkara sudah berlaku. Saya hanya boleh move on dan buat lebih baik pada masa depan," katanya.



Nabila mengulas mengenai persembahan single terbaharunya Aku Terluka ketika pelancaran lagu berkenaan baru-baru ini yang sumbang.

Video persembahan itu tersebar luas di media sosial sehingga Nabila menjadi sasaran tidak puas hati netizen yang mengkritik kebolehannya sebagai penyanyi.

Dalam pada itu, walaupun ramai menghentam dan meminta dia berhenti menyanyi, Nabila tidak akan berbuat demikian kerana bidang nyanyian adalah cintanya.

Kata Nabila, meskipun adakalanya 'terluka' dengan kecaman namun dia hanya mampu memekakkan telinga kerana tidak mahu ia menggangu perjalanan kariernya.



"Saya tolak tepi semua kecaman, kalau saya fikir apa orang cakap nanti saya akan dekat situ sahaja. Menyanyi ini saya minta sejak kecil, jadi kenapa saya perlu nak dengar cakap orang.

"Saya tak marah atau sakit hati tetapi kesal dengan ayat-ayat ditinggalkan seolah-olah mereka ini tiada adik-beradik atau kawan-kawan," ujarnya.

Akui Nabila, dia membaca setiap kritikan ditinggalkan netizen malah turut meluangkan masa membalas sama ada komen baik dan buruk daripada pengikutnya.

Sementara itu, mengulas mengenai permintaan peminat yang mahu dia kembali dengan lagu-lagu berentak rancak, Nabila menjelaskan dia tidak mahu terus menghasilkan lagu berentak sama untuk peminat.

Sebaliknya, sebagai penyanyi dia mahu menjadi seorang yang versatil dan mempelbagaikan genre lagu agar tidak berada di takuk sama.

"Sebagai penyanyi kita kena ada peningkatan, takkan nak nyanyi lagu 'cumi-cumi' sampai umur 50 tahun... nanti peminat kata saya tak ada lagu lain.

"Sebab itu saya sahut cabaran menyanyikan lagu balada dengan nada tinggi... saya mahu tingkatkan kualiti karier saya, jadi peminat dapat kepelbagaian daripada saya," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 5-12-2022 10:19 AM
Nasik dah jadi bubur lambuk
Quote Buritan 5-12-2022 10:19 AM
Dah tak boleh nyanyi laa tuu.. body u bgtau u tak msmpu nyanyi.. mcm aku body aku bgtau aku tak mampu jd cikgu.. so cari keje lain ajelaa
Quote immaryjane 5-12-2022 10:20 AM
Ade je alasan budak ni ea? Mmg kite ni terpkse menerima ke bdk tde bakat ni? Merata muke dia, tv drama, single radio, iklan ade tak?
Mujur la lagu dia best2, boleh la hadap. Tk rengsa gak hidup penuh dgn alasan, dia mmg rase dia boleh nyanyi ke?
Quote Nnasda53 5-12-2022 10:23 AM
Dah mmg vokal kau out la.
Sanggup iols dengar suara sumbang ning baizura dari ko la che nab
Quote sofi_sofia 5-12-2022 10:23 AM
ok kali nih tak cukup rehat plk dipersalahkan ... masih juga tak mengakui bahawasanya dia tak boleh menyanyi!

masalahnya org buat konsert 4 hari 3 mlm pun elok jer menyanyi drp day 1 sampai habis! itulah yg dinamakan penyanyi kemampuan utk menyanyi ada paham?
Quote slyfynx 5-12-2022 10:28 AM
"Pada hari pelancaran saya tidak cukup rehat dan itu salah satu faktor nyanyian sumbang tetapi saya tidak mahu jadikan ia sebagai alasan.


Oh the irony
Quote ayukpingu 5-12-2022 10:30 AM
lame excuse

suara nab level menyanyi dalam dlm ktv
Quote helicornia 5-12-2022 10:40 AM
Sudah2 la nab. Dh Tau tk bole menyanyi mengalah je la.klu minta menyanyi pi je la karaoke
Quote helicornia 5-12-2022 10:40 AM
Sudah2 la nab. Dh Tau tk bole menyanyi mengalah je la.klu minat menyanyi pi je la karaoke
Quote virgocircus 5-12-2022 10:42 AM
Zaman2 femes karaoke jamban...ramai yg suara mcm ni. Terimalah hakikat dik nab.
Quote elnor_81 5-12-2022 10:45 AM
Dah la..mmg sore ko x sdp. Xyh bg alasan. Tgk ernie zakri. Ad mse dia x sihat..sdp je dgr.
Quote MadameOnion 5-12-2022 10:52 AM
Edited by MadameOnion at 5-12-2022 10:54 AM

sorry la itik tercekik oooiii..tengok senior2 yg masuk gv tu..jadual sentiasa padat..sakit pun nyanyi..tengok je jac dgn shilalat kat final hari tu..nampak sangat ko takda bakat..rupa pun kebanyakan je..tapi sbb gedik mengada ngada je femes..ok la kumpul la kekayaan bebanyak..esok2 tua jgn mintak derma itu ini..tengah laku ni rembat je job walaupun bakat setaraf jamban tersumbat
Quote noorhairiahma 5-12-2022 10:57 AM
tak apalah, nab.

u teruskan je lah berlakon. i tetap sokong u.

i suka dengan nab sebab comel2 tak gedik2, tak perasan macam sesetengah pelakon baru.

u go, nab!!

Quote mamajawie 5-12-2022 11:02 AM
apa la yg netizen pandang sangat si lan pet2 junior ni..x de la ensem mana makin keding ada la..
Quote jelitayu 5-12-2022 11:05 AM
Dik, kamu ni belakon boleh, nyanyi record boleh, nyanyi live yg sangaattt tak boleh. so tumpukan lah benda yg boleh saja...jng lah seksa diri tu...kesian akak tengok. nasihat eklas ni dik.....
Quote RinIna 5-12-2022 11:15 AM
Banyak sangat bagi alasan dah ni Nab. Move on jela. Berenti jela nyanyi. Nanti ko jugak sakit hati netizen caci maki ko.
Quote pooh~key 5-12-2022 12:10 PM
mamajawie: apa la yg netizen pandang sang ...


Akak pun baharu nak komen pasal kekedingan heols sis. Heols menagih ka sis? Sekian akak melontarkan pertanyaan tak ada tapis sis.
Quote ketupatnasi 5-12-2022 12:14 PM
virgocircus replied at 5-12-2022 10:42 AM
Zaman2 femes karaoke jamban...ramai yg suara mcm ni. Terimalah hakikat dik nab.

indeed. suara adik2 opis neh kalau berkaraoke ramai yang lagi sedap daripada sore beliau.
Quote acikbajuhijau 5-12-2022 12:16 PM
masalah nya, dia ni mmg x boleh nyanyi... gitu je la kesimpulannya dari dulu sampai sekarang. cumanya dia x dapat nak terima hakikat.

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 12:03 PM GMT+8 , Processed in 0.039017 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top