CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Dia Tak Mampu Nak Bayar,"-Fifiy Azmi Halalkan Je RM15000 Yang Bekas PA Kebas

5-12-2022 10:04 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2447| Komen: 26

Description: Pernah terpalit kontroversi bersama bekas pembantu peribadi yang didakwa melarikan wang miliknya, pelakon Fify Azmi mengambil keputusan menutup buku berhubung insiden tersebut.
Pernah terpalit kontroversi bersama bekas pembantu peribadi yang didakwa melarikan wang miliknya, pelakon Fify Azmi mengambil keputusan menutup buku berhubung insiden tersebut.


Kata Fify atau Nur Afiqah Muhammad Azmi, 32, dia membuat keputusan tersebut kerana sedar sukar bagi bekas pembantunya itu melunaskan wang sebanyak RM15,000 dan memilih memaafkannya atas kesalahan dilakukan.

Foto: IG

"Saya anggap hal tersebut sudah selesai. Segala laporan yang dibuat sebelum ini juga saya abaikan sahaja. Lebih baik saya lupakan apa yang terjadi.

"Saya tahu dia pun tak mampu nak bayar. Dia di mana pun saya tidak tahu. Kami langsung tidak berhubung. Sekarang ini lebih baik kita move forward. Yang penting urusan saya dipermudahkan," katanya kepada mStar.




Bercakap tentang perjalan kerjaya kini, Fify yang pernah memenangi anugerah Pelakon Wanita Harapan pada FFM31, memberitahu dia semakin banyak diberi kepercayaan untuk menerima tawaran berlakon.

Meskipun masih ada melihat dia lebih berkemampuan membawa watak antagonis dan kasar, kata Fify, itu juga satu cabaran untuk dia memberikan terbaik dalam kerjaya.

"Mungkin sebab awal kemunculan dalam industri saya membawa karakter ganas dan kelakian, orang melihat saya hanya mampu berlakon sebegitu, Namun saya tidak kisah kerana itu juga adalah rezeki.



"Apa pun cabaran yang diberikan saya akan bawa degnan baik. Watak antagonis sekalipun, jika diberi satu kelaianan akan memberi kesan kepada penonton," jelasnya.

Sementara itu, pelakon filem Wira ini juga sempat ditanya soal hubungan cinta dengan kekasihnya Nafiez Zaidi yang sering menjadi perhatian dalam kalangan peminat.

Tidak meletakkan sasaran untuk berumah tangga dalam masa terdekat, Fify juga akui bimbang apabila membaca berita berkaitan masalah perceraian dan isu keganasan terhadap wanita.



"Secara jujur kami memang tidak merancang untuk bernikah dalam masa terdekat. Apa yang boleh saya katakan, kalau ada jodoh tidak ke mana.

"Sekarang ini untuk mendirikan rumah tangga perlu fikir sebaik mungkin dan berhati-hati. Membaca kisah semasa tentang kes cerai dan keganasan rumah tangga membuatkan saya jadi takut.




"Lagipun wanita sekarang ini bukan seperti zaman dahulu yang memilih untuk berkahwin di usia muda. Rasanya umur 32 tahun masih belum terlambat," ujarnya.-CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote takkizawa 5-12-2022 10:22 AM
Mmg klu kes tipu2 ke pinjam duit tak bayar ke, sudahnya kita yg kena la jadi mangsa ek. Jadi malas kadang2 klu bab2 duit ni especially klu bagi pinjam. Unless mmg dah set dlm otak tak kisah x dpt balik.
Quote KamikuP 5-12-2022 10:28 AM
Senang je taknak bagi org pinjam duit hati kene kuat dan cekal wpon org tu buak muka kesian/seposen
Quote cahaya_almas 5-12-2022 10:35 AM
Banyaknya hutang....napelah boleh ya hutang byk tp wat diam je....kalau 100 200 rm boleh lah thn lg nak diam pun...ni org terpaksa halalkan sbb penat kot tagih hutang....
Quote margo20 5-12-2022 11:21 AM
Untungla kena tipu pun duit tak luak
Quote tobobon 5-12-2022 12:06 PM
kesian sheols...tapi meols suspect sheols 'terpaksa' halalkan..bukan sebab x boleh nak cari...

maybe sebab bekas PA simpan banyak citer tak helok tentang sheols..

boleh jer nak saman...tapi malulah terbongkar semua kisah silam yang x berapa nak helok..ujung2 redha jer la ..asalkan bekas PA x bukak citer...

lgpun career sheols tengah naik kan...

meols spekulasi saja...
Quote CiliPadiSedap 5-12-2022 12:54 PM
KamikuP: Senang je taknak bagi org pinj ...


Yup sebab ramai setan culas bayar hutang and play victim. Dah biasa makan duit haram

Patut pun kalau xtaubat dan settle hutang mati masuk api neraka jahanam

Kepada berduit jgn jadi bodoh kasihan. Sebab kasihan orang kaka kena pijak. Bila jatuh orang yang dikasihan tak tolong kaka.

My life lesson ignore to hell je siapa2 yang lari masa susah. Yang setia masa susah just log budi dan bantu mana patut.

Yang berhutang or scam xbayar semula, kaka doakan mampus kena langgar lori balak terlebih muatan. Karma is there bitch
Quote shernazz 5-12-2022 12:58 PM
Kekadang bukan saja saja nak halalkan..
Sebab orang yang songlap.atau hutang tu mmg dah miskin ..mintak pung bukan boleh bayo...harap PA tu selamanyalah miskin..dah songlap duit tak nak bayar plak...

Orang yang berhutqng taknak bayo neh.mmg jilaka..
Quote LadyCarefree 5-12-2022 01:04 PM
Muka dulu lagi elok. Paling teruk masa terima award tu. Agaknya baru buat masa tu? Baiklah pi rawat lutut bg kurang kerak.
Quote LadyCarefree 5-12-2022 01:05 PM
tobobon replied at 5-12-2022 11:06 AM
kesian sheols...tapi meols suspect sheols 'terpaksa' halalkan..bukan sebab x boleh nak cari...

mayb ...

Hehehehehehee bijak hang...
Quote TomyamPuteh 5-12-2022 02:54 PM
32 msh lg happy2. Klau zaman dulu dh kena umpat tak cukup tanah dgn org kg
Quote missyL 5-12-2022 04:31 PM
Bgs nye halal kn
Quote missyL 5-12-2022 04:32 PM
tobobon replied at 5-12-2022 12:06 PM
kesian sheols...tapi meols suspect sheols 'terpaksa' halalkan..bukan sebab x boleh nak cari...

mayb ...

Hati i terpikir bende same

Or x berbaloi kot 15k
Saman lg byk kos ke

Tp untung la PA dpt duit free
Quote belilies 5-12-2022 04:51 PM
tobobon replied at 5-12-2022 12:06 PM
kesian sheols...tapi meols suspect sheols 'terpaksa' halalkan..bukan sebab x boleh nak cari...

mayb ...

Iols pun saspek yg ni jg td
Quote tobobon 5-12-2022 04:52 PM
missyL replied at 5-12-2022 04:32 PM
Hati i terpikir bende same

Or x berbaloi kot 15k

15k tu banyak kot....

lagipun bekas PA dia ni jenis mulut cabul jugakkkkk....dulukan bergaduh sebab duit ni lah..sampai bekas PA ni konon2 nk kluarkan tell all stories pasal perangai x senonoh fify ni..

alih2 hari ni artikel cakap....halalkan jer la.....
Quote annadonna 5-12-2022 05:30 PM
Aku hati kering. Aku bagi adik beradik aje pinjam. Sepupu sepapat pikir dua kali. Aku siasat klu dorang betul betul terdesak. Kawan kawan sorry la. Aku cakap je aku mmg tak bagi pinjam duit kat org sebab duit aku pun tak byk. Tak payah berdolak dalih. Kalau kita pun susah sampai tahap kena bergaduh minta balik duit baik jangan bagi pinjam.
Quote TabletSusu 5-12-2022 05:48 PM
annadonna replied at 5-12-2022 09:30 AM
Aku hati kering. Aku bagi adik beradik aje pinjam. Sepupu sepapat pikir dua kali. Aku siasat klu dor ...

tu lah.. aku pun dah keringkan hati. kwn nak pinjam 50hengget pun aku kata xde. ada kwn msih berhutang dgn aku 16k.. pinjam thn 2011. smp skrg x bayar klu byr 1k sethn.. habis dah. ni x.. senyap je. aku call x angkat, aku wasap dpt tanda biru x dibalas. setiap kali terigt, au tetap rs sedih. duit simpanan aku kot
Quote dudaberhias 5-12-2022 05:56 PM
iols dah serik dah bagi kawan2 pinjam... siap ada yang mintak 50k pun ada...
macam2 ragam manusia dan di who are yussskan je oleh iols sampai sekarang...

ada orang hutang ribu2 juga sampai harini tak bayar...

yang berhutang tu dah la lobenak...
kerja beli barang2 viral retis macam inai lobenak tu...
hari2 up hadis ke apa2 quote islamik gittewww...
hari2 makan kat cafe makanan sedap2 dan mahal siap snap pic buat post
tiap2 bulan pergi bercuti dengan kawan2...

banyak barang2 jahlop yang iols dapat tu dia lah yang bagi termasuk sejadah...

heran gila orang suka berhutang ni beli barang viral itu ini boleh tapi nak bayar hutang satu sen pun tak bayar2 sampai ke harini...

barang2 jahlop jual tu bukan murah2 ye... satu katon susu pisang dia pun ratus...
Quote duri_durians 5-12-2022 07:37 PM
takkizawa replied at 5-12-2022 10:22 AM
Mmg klu kes tipu2 ke pinjam duit tak bayar ke, sudahnya kita yg kena la jadi mangsa ek. Jadi malas k ...

undang2 ptama kalau nk bg pinjam duit, u mampu hidup tanpa duit tu.. takde la bg pinjam, pastu minggu depan mintak balik sbb duit poket dah habis. itu tak boleh.kedua, bila dh hulur kat orang tu, bersedia utk halalkan. kalau tak sanggup, jgn bagi.

Quote popcornkari 5-12-2022 07:39 PM
My sis songlap duit i ratus ribu..dia joli dengan pakwe kelantan buat main mesin judi...i dah putus sedara dengan dia..lantak la orang cakap berdosa putus sedara..i siap2 pesan dengan family lain kalau dia mati tak hingin i nak datang..memang frust sangat sebab duit tu i simpan untuk anak dan i sendiri..

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:31 AM GMT+8 , Processed in 0.082927 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top