Pendakwah bebas juga penyanyi, Da'i Syed, 27, melahirkan kesyukuran apabila selamat bergelar suami kepada pengacara, Hana Ismail, 36, hari ini.
Syed atau nama sebenarnya, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful berkata, Hana adalah satu anugerah Allah buat dirinya. "Syukur saya menjadi seorang suami kepada Nurul Hana Ismail. Pada pagi yang mulia ini, kami dapat bersama-sama dengan ulama dan habib yang mendoakan kami. "Tarikh nikah hari ini (semalam) juga tiada apa-apa maksud, cuma dipercepatkan kerana tidak mahu proses berkenalan terlalu lama, hanya sebulan setengah saja. "Kenapa saya memilih Hana, sebab keistimewaan dia banyak. Antaranya cantik budi pekertinya, budi bahasanya cantik dan suka ke majlis ilmu," katanya ditemui sebaik selesai majlis akad nikah itu.
Menyentuh mengenai bulan madu, Hana memaklumkan akan ke Sabah dan seterusnya ke Makkah bersama suami.
|
alieyrina replied at 5-12-2022 01:36 AM
Apa perasaan mangsa dia tgk mejelis kawen ni ekk
amyfaha replied at 4-12-2022 11:45 PM
Semalam malu2 kelentik nak bersalam. Pui pui
amyfaha replied at 4-12-2022 03:45 PM
Semalam malu2 kelentik nak bersalam. Pui pui
"Antaranya cantik budi pekertinya, budi bahasanya cantik dan suka ke majlis ilmu,"
ADVERTISEMENT