CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hawa Rizwana Gelabah Khai Bahar Sanggup ‘Tinggal’ Peminat Sebab Nak Tengok Live TikTok

4-12-2022 10:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2867| Komen: 13

Description: Mata peminat tak lepas dari memerhati Khai Bahar dan Hawa Rizwana sejak penyanyi dan pengacara itu digosipkan sepadan bersama.Terbaharu, peminat 'tangkap' Khai atau Muhammad Khairul Baharuddin, 28, ya ...
Mata peminat tak lepas dari memerhati Khai Bahar dan Hawa Rizwana sejak penyanyi dan pengacara itu digosipkan sepadan bersama.

Terbaharu, peminat 'tangkap' Khai atau Muhammad Khairul Baharuddin, 28, yang dilihat tergesa-gesa menghentikan video siaran langsung sedang dibuat semata-mata untuk menonton Hawa yang juga sedang live di TikTok baru-baru ini.


IG Khai

"Hawa tengah live ke? Okaylah guys Khai nak tengok Hawa live. Bye," katanya sebelum mengakhiri video berkenaan.

Rakaman tersebut sempat dirakam peminat yang kemudiannya memuat naik video reaksinya itu menerusi akaun dengan nama @allaboutKhaiHawa di TikTok.


Sementara itu, video reaksi Khai itu turut disunting dengan menggabungkan reaksi Hawa apabila diberitahu peminat penyanyi itu sedang menonton video siaran langsungnya.


IG Hawa

Sejurus mendapat tahu mengenai perkara itu, Hawa kelihatan gugup dan memberitahu akan bertanya sendiri kepada Khai sekiranya apa diberitahu peminat benar atau sebaliknya.

Malah, Hana secara berseloroh sempat membetulkan kedudukan tudung yang dipakai serta memberitahu berasa malu apabila Khai menonton videonya.

Menjengah di ruang komen, rata-rata peminat terhibur melihat aksi Hawa yang dikatakan gelabah dan malu-malu apabila mendapat tahu Khai sedang menontonnya secara live di TikTok.



Untuk rekod, Hawa muncul sebagai heroin dalam muzik video Khai bertajuk Oh Wanita sehingga ramai mengusik kedua-dua selebriti popular ini ada hubungan.

Bagaimanapun Khai hanya menganggap ia sebagai gurauan daripada peminat.


Sumber: mStar





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote woven11 5-12-2022 02:52 AM
Edited by woven11 at 5-12-2022 02:56 AM

Carikla yang sekufu hawe.. Lelaki educated dan yang penting tulen... tapi ko yg nak kahwin suke hati la.. sejak2 masuk meletop low class chuols pehtu dgn gosip murahan lagik. Jadi la exclusive sikit
Quote jambatannetizen 5-12-2022 03:01 AM
woven11 replied at 5-12-2022 02:52 AM
Carikla yang sekufu hawe.. Lelaki educated dan yang penting tulen... tapi ko yg nak kahwin suke hati ...

Kita pun tak setuju dia masuk program Meletop. Nampak murahan, bagi job kat artis lah.
Quote LadyCarefree 5-12-2022 03:21 AM
Khawa ni gimik je sbb lagu la
Quote Cleocatra 5-12-2022 05:06 AM
Memang ada imbasan rupa neeloterpaling ye. Baru aku perasan
Quote sukacactus 5-12-2022 06:43 AM
Bila fans ngeship diorang ni teringat hael dgn dayang dl hahaha, sikit pun aku xcaya sebab yg lelaki kuat aura kelempuknya
Quote kitmal 5-12-2022 06:47 AM
Trying hard kau hawa...supaya nampak iras jah
Quote insyi81 5-12-2022 10:46 AM
marketing ke tu
Quote CariMalay 5-12-2022 02:04 PM
Dulu pun ramai je kata aku ada rupa, peminat perempuan ramai. Tapi takde la terhegeh2 dengan perempuan macam Khaì ni. Tapi kalau dia buat camtu atas dasar persahabatan dan bukan sekadar nak test market atau  try hard nak nampak macho, dimaafkan la.
Quote epullipan 5-12-2022 05:23 PM
kemon hawa..ur taste should be more better..eh tapi lantak ko la ko nak kawin laki mana
Quote Kancilkering 5-12-2022 07:44 PM
eceh khai try nampak…..good luck le
Quote acepark 6-12-2022 05:33 PM
ceh2 khai.x der ke kuarkan lagu baru
Quote iraizz 6-12-2022 08:23 PM
kitmal replied at 5-12-2022 06:47 AM
Trying hard kau hawa...supaya nampak iras jah

Dua2  biase biase je rupa paras
Quote marchikobonzo 10-12-2022 10:02 AM
Nanti jadi macam haeyang..tak payah la

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 05:57 AM GMT+8 , Processed in 0.208959 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top