Pengunjung gempar apabila Chombi pengsan sebelum membuat persembahan di Karnival Jom Santai di Aeon Mall Taiping, Perak pada malam Sabtu.
Harry Khalifah yang juga bapa kepada penyanyi itu memberitahu anaknya dikejarkan ke hospital akibat mengalami masalah tekanan darah rendah selain baharu sahaja pulih daripada demam. "Beberapa langkah nak naik pentas, Chombi tumbang... sebenarnya Chombi baru lepas baik demam selain sedang datang bulan ditambah pula kehadiran orang ramai serta lighting yang panas membuatkan dia tak selesa. "Sebelum pengsan dia dah kata nampak macam gelap, tahu-tahu dia pengsan. Doktor yang merawat memberitahu dia mengalami tekanan darah rendah," katanya kepada mStar.
Bagaimanapun, Harry bersyukur apabila Chombi atau Siti Maryam Ahamad Sairi, 15, dibantu seorang jururawat yang kebetulan berada di acara itu sebelum di bawa ke hospital berhampiran. "Nasib baik ada jururawat masa itu, dia terus bertindak cepat. Dia yang bawa kami ke hospital berdekatan," katanya. Berkongsi keadaan Chombi, Harry memaklumkan akan membawanya mendapatkan rawatan di hospital sekali lagi ekoran anaknya itu mengadu sakit dada dan mengalami masalah semput. "Ini saya nak bawa Chombi ke klinik lagi sebab dia kata dia macam semput dan sakit dada, sedangkan kami tidak pernah ada yang semput. Chombi ini kalau demam memang sangat manja," ujarnya. Meninjau ke akaun Instagram Chombi pula, penyanyi muda berkenaan memohon maaf kepada peminatnya di Taiping berikutan tidak dapat membuat persembahan di sana. Sumber: mStar |
Goodluckdontcry replied at 4-12-2022 11:05 PM
Muka ko dik klu xmekap..kan seiring usia..muda remaja..ni tak..mekap mcm tepung gomak..ko nak berlak ...
nazriatie replied at 5-12-2022 05:51 AM
Bapak pun aku x kenal walau dh nyanyi lama katanya..anak apatah lg
teen_angelJB replied at 5-12-2022 06:06 AM
Serius ko xkenal...kumpulan khalifah kot...
beta_carotene replied at 4-12-2022 11:15 PM
anak sebagai sumber pendapatan keluarga...
ADVERTISEMENT