Kuala Lumpur: "Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada abah kami," kata Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid.
Nurulhidayah menzahirkan penghargaan itu menerusi hantaran di Instagram (IG) miliknya, awal pagi tadi susulan pelantikan bapanya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri. Menerusi hantaran itu, Nurulhidayah turut memuat naik gambar bersama bapa dan adiknya dengan kapsyen sebagai tanda kesyukuran ke hadrat Ilahi. "Alhamdulillah atas kurniaan rezeki dari Allah buat kami malam ini (malam tadi).
"Perkhabaran yang paling baik buat kami sekeluarga, diterima sebagai 'amanah tambahan' dari Allah untuk memastikan abah sentiasa sihat dan tenang dalam menjalankan tanggungjawab yang baharu nanti. "Allah Maha Baik. Semoga Allah permudahkan dan memberi kelancaran kepada kerajaan yang baharu ini dan diringankan dari ujian dan musibah yang berat. Amin," tulisnya. Menerusi hantaran sama, Nurulhidayah turut menyatakan peranannya dalam keluarga dan tidak kisah berdepan cemuhan masyarakat. "Segala puji hanya bagi Allah. Kami hanya dua beradik perempuan daripada lima beradik. "Kebetulan, kedudukan kami bergambar adalah gambaran kedudukan tugas kami dalam keluarga.
|
Suchi replied at 3-12-2022 03:31 PM
Dia ni bkn org kelate tp dibenci ummah malaysia.
Agak rare laaa
funnyTONE replied at 3-12-2022 03:46 PM
ye la..aku pon tak nyampah ngan anak najib banding dia ni..poyo2 yana plg2 bapak dia rindu stabak. ...
ADVERTISEMENT