Doktor Malar antara petugas kesihatan yang sering mendapat perhatian ramai kerana rajin berkongsi matlumat mengenai Covid-19 dan petah berbahasa Melayu walaupun berbangsa India. Menurutnya, selepas tular di media sosial, dia menerima banyak jemputan ke majlis ceramah yang merupakan pengalaman sangat baru buat dirinya. Sebagai doktor yang bekerja sepenuh masa di jabatan kecemasan di sebuah hospital swasta, Doktor Malar atau nama penuhnya Malar Santhi Santherasegapan bagaimanapun mengakui mula berasa tertekan dalam kehidupan sehariannya.
Bukan itu sahaja, ibu kepada dua anak kecil ini juga memaklumkan pernah melakukan tiga ceramah mencecah hampir empat sehingga enam jam dalam satu hari. "Pernah suatu hari, saya ter-double booking ceramah. Ada masalah ketiga yakni sebenarnya saya bertugas di jabatan kecemasan. Jadi, tiga tempat memerlukan Dr Malar dan diri saya hanya satu. "Kalau saya mati kan senang, ketiga-tiga tempat yang memerlukan saya tak perlu berbalah untuk kehadiran Dr Malar," ujarnya. Sementara suami dan team ‘Celoteh Dr Malar’ membincangkan solusi terbaik, Doktor Malar mengakui dia mengalami tekanan memandangkan kedua-duanya merupakan majlis besar. Bagaimanapun, dia diminta suami untuk membatalkan kedua-dua majlis berkenaan dan lebih mengutamakan pekerjaan tetapnya sebagai seorang doktor. Sumber: BeautifulNara |
MisXoXo: Sendiri tamak..hadaplah
kotakominami: Tak faham..kenapa tk nak fokus ...
lightheaded67: hujung2 berjual promot planner jah. lain mcm marketing smpi ke mati perginya huhu
eyansss replied at 3-12-2022 01:41 AM
laaaaa… marketing content ke… macam lahanat je…
NBM replied at 3-12-2022 04:58 PM
kenapa kena tau pasal dia ni
ADVERTISEMENT