Banjir melanda beberapa kawasan di Selangor turut memberikan cabaran buat murid-murid yang sedang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) seperti video tular di media sosial ketika ini.
Dalam video tersebut, sekumpulan murid didakwa tetap meneruskan peperiksaan meskipun air banjir sudah memasuki kelas. Menerusi ruangan kapsyen, kejadian dipercayai berlaku di Sekolah Rendah Agama (SRA) Sungai Balak, Kajang ketika murid-murid menduduki peperiksaan UPKK. Menerusi video tersebut, kelihatan sekumpulan murid lengkap memakai seragam sekolah bersama tenaga pengajar masih berada di dalam kelas selepas sesi peperiksaan kelihatan baru berakhir.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon UPKK di sekolah itu malah ada yang mendoakan agar urusan calon-calon dan tenaga pengajar terlibat dipermudahkan. Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor, Norazam Khamis ketika dihubungi Sinar Harian memaklumkan tiada laporan kejadian banjir diterima di kawasan berkenaan setakat petang Khamis. Sumber: Sinar Harian |
ADVERTISEMENT