Mayat lelaki ditemukan telentang di kerusi hadapan sebuah kereta yang diparkir di hadapan sebuah kedai cuci kenderaan di Bandar Manjalara, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihak polis menerima maklumat daripada panggilan Mers 999 berkenaan penemuan mayat lelaki di dalam sebuah kereta, pada 3.17 petang. Menurutnya, bertindak atas maklumat, polis bergegas ke lokasi kejadian dan mengesahkan seorang lelaki berusia 56 tahun didapati meninggal dunia dalam keadaan terlentang di kerusi hadapan kereta. "Pemeriksaan ke atas mayat mendapati tiada sebarang kesan kecederaan ditemui," katanya dalam kenyataan malam ini.
Beh berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti sebab kematian. "Isteri mangsa berusia 49 tahun yang tinggal berhampiran tempat kejadian dipanggil untuk membantu siasatan," katanya. Sumber: Harian Metro |
supernaturalee replied at 2-12-2022 11:53 AM
terlentang?
maknanya kerusi tu dijatuhkan ye
pooh~key replied at 2-12-2022 11:59 AM
Akak syak suicide atau merajuk sebab tempat kejadian dengan rumah si mati tak jauh pun sister.
supernaturalee replied at 2-12-2022 12:14 PM
mcmn agaknya die buat klu btl suicide
pooh~key replied at 2-12-2022 12:20 PM
Akak pernah tengok satu movie omputih ni tak ingat pulak tajuk apa sis. Dia salurkan asap ekjos ke ...
Artemesiaa replied at 2-12-2022 12:23 PM
Bunuh diri ada hos disambung pada ekzos kereta dan disalur ke dalam keretanya. Banyak hutang kot ta ...
ADVERTISEMENT