CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

DAP Tak Benci, Takut Atau Ada Prejudis Terhadap Agama Mahu Pun Orang Islam-Lim Kit Siang

1-12-2022 04:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2259| Komen: 27

PETALING JAYA: Bekas Penasihat DAP, Lim Kit Siang menegaskan parti itu tidak pernah membenci, takut atau mempunyai apa-apa prejudis terhadap agama mahu pun orang Islam


Kit Siang berkata, dakwaan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang kononnya DAP menyebarkan Islamofobia adalah fitnah dan penipuan semata-mata.

Katanya, sejak 1969, parti berkenaan sudah meletakkan calon Melayu untuk bertanding, malah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), tiga ahli Parlimennya daripada kaum berkenaan iaitu Syahredzan Johan (Bangi), Young Syefura Othman (Bentong) dan Syerleena Abdul Rashid (Bukit Bendera).


Foto: Utusan Online

“Kita juga ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melayu di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Pahang, Perak dan Pulau Pinang. Jadi bagaimana Abdul Hadi boleh menuduh DAP mempromosikan Islamofobia? 

“Malah, semasa bergelar ahli Parlimen, saya melawat Mesir, Jordan, Turkiye, dan Indonesia untuk berjumpa dengan pemimpin Islam di samping mempelajari Islam yang saya lihat sebagai salah satu agama hebat dunia,” katanya dalam kenyataan di blognya di sini hari ini.

Baru-baru ini, Abdul Hadi mendakwa DAP bukan sahaja menyebarkan Islamofobia tetapi berterusan melemparkan pelbagai serangan fitnah dan memburukkan imej parti berteraskan Islam itu. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tripleid 1-12-2022 04:54 PM
[youtube]ZNneCBS3mno[/youtube]



Quote Highflyer19 1-12-2022 05:00 PM
hahaha lawak…
Quote Belibis 1-12-2022 05:36 PM
Hakkkj tuiiiih..kakah hijo
Quote Rdizz 1-12-2022 05:55 PM
Edited by Rdizz at 1-12-2022 06:03 PM

Betul apa yg lim kit siang ckp, yg extreme mcm ronie liew dah belah drp dap. Lim Guen Eng pulak lagi masa jadi menteri kewangan, tgh berucap azan, siap berenti berucap kerana hormat azan. Sebelum tu sanggup masuk penjara kerana bela dbk melayu yg dirogol oleh leader melayu ameno dr melaka tu. LGE baca buku hadiah drp ustaz Fadhil Noor tentang Saidina Umar Al khattab RA masa dia dlm penjara. Dia admire Saidina Umar, tak igt kata2 dia about this. Mcm tu lah nk berdakwah kpd non muslim, bukan kutuk dan sindir. Mudah2an kit siang, guan eng dpt hidayah masuk islam. Lobai main tembak, melepas geram buat malu ckp ikut sedap mulut tanpa fakta.

Bdk2 tak tau sejarah jgn ckp ikut kepala lobai tgh berdengus.
Quote Rdizz 1-12-2022 05:56 PM
tripleid replied at 1-12-2022 04:54 PM

Wahhh tu Ismael Haniyeh presiden Hamas ke yg call dsai.
Quote Babai 1-12-2022 05:57 PM
Highflyer19 replied at 1-12-2022 05:00 PM
hahaha lawak…

Hahahahaha
Quote Buritan 1-12-2022 06:16 PM
Highflyer19 replied at 1-12-2022 05:00 PM
hahaha lawak…

Mana mana la atok oii.. kauk aje laa ape yg boleh kauk.. bior maju mcm.singapork
Quote Skuau 1-12-2022 06:16 PM
Edited by Skuau at 1-12-2022 06:18 PM
Rdizz replied at 1-12-2022 05:55 PM
Betul apa yg lim kit siang ckp, yg extreme mcm ronie liew dah belah drp dap. Lim Guen Eng pulak lagi ...


nak kagum..tgk la david blaine...cayala...hang pasti terkesima
Quote Rdizz 1-12-2022 06:37 PM
Edited by Rdizz at 1-12-2022 06:40 PM
Skuau replied at 1-12-2022 06:16 PM
nak kagum..tgk la david blaine...cayala...hang pasti terkesima


Terkesema.. haha uwekkkkkk. Org yg termkn doktrin dap jahat dap jahat yg dah ditnm sekian lama. Senjata utk buat melayu bodoh dan ditarik hidung ialah menakutkan melayu dgn dap. Melayu yg menyakau, dap yg salah, melayu menipu dap salah. Senang2 melayu songlap sebab ada dap utk disalahkan.
Quote daisy71 1-12-2022 07:26 PM
Yang paling kelakar panggil PAS taliban... Engko engko engko tahu tak erti taliban tu?  Bodoh bengap melabel sebarangan
Quote tripleid 1-12-2022 07:50 PM
Rdizz replied at 1-12-2022 05:56 PM
Wahhh tu Ismael Haniyeh presiden Hamas ke yg call dsai.


Ya.nampak mcm beliau...
Quote Skuau 1-12-2022 07:54 PM
Edited by Skuau at 1-12-2022 07:56 PM
Rdizz replied at 1-12-2022 06:37 PM
Terkesema.. haha uwekkkkkk. Org yg termkn doktrin dap jahat dap jahat yg dah ditnm sekian lama. Se ...


Sapa Melayu yg penyakau tu??? Tak dgr pon Mat Sabu 'cakap' kt tioman..kalo tau..hang habaq la..atau hang buat fitnah
Quote zamzam 1-12-2022 07:55 PM
Edited by zamzam at 1-12-2022 07:56 PM

Screenshot_20221201_195616.jpg
Rdizz replied at 1-12-2022 05:55 PM
Betul apa yg lim kit siang ckp, yg extreme mcm ronie liew dah belah drp dap. Lim Guen Eng pulak lagi ...


Menurut mat sabu guan eng akan masuk islam bila bapaknya kit siang mati.
Quote Perwira2022 1-12-2022 08:29 PM
Kau tipu khadam PAN kau boleh la kit siang weiii
Quote Perwira2022 1-12-2022 08:31 PM
Rdizz replied at 1-12-2022 05:55 PM
Betul apa yg lim kit siang ckp, yg extreme mcm ronie liew dah belah drp dap. Lim Guen Eng pulak lagi ...

Budak2 PAN memang mudah kena tipu dengan lakonan kafir2 harbi yg licik ni

Baru tengok orang tu berlakon diam dengar azan je terus diangkat ke taraf Nabi
Quote Lagubestbest 1-12-2022 08:36 PM
I memang dah lama tahu yang Lim Kit Siang ni bagus memperjuangkan prinsip keadilan Malaysian Malaysia ikut sunnah nabi jangan berkaum-kaum dan dia pun sebenarnya lagi berjiwa besar dan zuhud berbanding Hj. Hadi Awang
Quote itik_magic 1-12-2022 10:27 PM
perjuangkn malaysian malaysia tu xpe. tp yg sibuk nk kacau hak2 bumiputera tu buat pe. walau pun ada kata cerita lama tp masih ramai yg x lupa. skrg je nmpk ramai melayu bertanding atas tiket DAP. dulu sikit sngt.
Quote rosedemon 2-12-2022 10:29 AM
iyela tuuuu puihhh dasarrrr
Quote grouper 2-12-2022 10:35 AM
Melayu liberal je percaya ngan dap....itupun diorg ni minoriti. Yg paling dap takut melayu ni bersatu sbb tu cuba amik hati lembut lidah bila bercakap...tapi kat belakang...yg boleh baca bahasa cina cubalah masuk fb pro dap...

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 09:34 AM GMT+8 , Processed in 0.146173 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top